Tuesday, 9 December 2014

Cucur Udang & Cendok bakar Auntie Sue perghhh sedap

Salam Selasa,

Assalamulaikum. Apa khabar semua.Harap korang semua sihat walafiat.Korang rindu dengan cik senah tak? Haruslah rindu cik senah  200% kan. Okeylah ,cik senah nak cerita  aktiviti  cik senah& co sabtu hari tu.  Cik senah punya besanlah baik hati  belanja nasi lemak air tangannya. Korang semua jangan tanjat cik senah mention besan dan bakal asben yuyi dalam cerita kali ni .Esok lusa bila senang cik senah cerita noh. Berbalik cerita pasal nasi lemak beras,Jadi lepas ambik adik dari kelas agama yuyi terus bawak kami ke rumah besan. Sampai rumah besan lebih kurang pukul 1,tak pandang kiri kanan cik senah bedal hampir 2 pinggan nasi lemak  sambal sotong besan. Selepas cik senah tersandar kekenyangan hampir 2 jam, beras dan bakal asben  yuyi ajak  pekena Cendol Bakar Auntie Sue  Dengkil pulak.Pucuk dicita ulam mendatang  , dengar cendol terus cik senah lupa somi kat rumah.


 Kalau tak silap cik senah rombongan cik senah sampai lebih kurang pukul 4 di Cendol Bakar Auntie Sue  Dengkil. Sampai je di sana peserta rombongan diberi taklimat  tentang sejarah penubuhan Cendol Bakar Auntie Sue *woiii cik senah ko ingat ni rombongan ke Melaka ke? .hehehe tergelincir dari landasan pulak.Cik senah & co di jamu dengan CB durian pulut & CB jagung serta bihun udang dan CB cucur udang.perghhhh sedap,kucing mengiow giow kat belakang pun tak dengar.


  Beraneka cendol ada di Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil dan di cawangannya yang lain , antaranya CB (stand for Cendol Bakar), CB durian pulut, CB tapai pulut, CB tapai, CB jagung, CB durian & CB pulut. Cuba jangan tak cuba noh.



My lovely model memilih CB durian pulut 
CB Durian pulut, nalerke, isi duriannya sedap gilerr

Yuyi memilih CB Jagung, gabungan  jagung dengan cendol  memang terbaek nalerke

Makan CB durian pulut  & CB Jagung dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, pekena pulak CB cucur udang , kucing lalu kat belakang pun tak nampak. *auta betul cik senah ni, bukan sabtu tu  Dengkil  panas berdenting *






Besan perkenalkan cik senah & co dengan  bihun udang anje anje gerai sebelah




 cik senah baik hati nak belanja gambar kemeriahan hari pertama Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil beroperasi.


 Cik senah belanja lagi satu gambar Cer teka saperkah retis yang sudi singgah di Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil.



Pengurus Outlet: En. Farhan (019-3577370)
Lokasi: GPS Coordinate: 2.860007,101.692822


Jika anda dari arah:
Cyberjaya/Putrajaya
Lokasi:
Lalu lebuhraya besar yang menghubungkan LDP ke Putrajaya dan Cyberjaya menuju kearah Dengkil/Sepang/KLIA
(sama seperti jalan menuju KLIA/LCCT melalui jalan tiada tol yang biasa dilalui teksi)
(ia juga jalan yang sama menuju ke Sepang/Nilai daripada Putrajaya)
Jalan terus sehingga anda sampai ke penghujung lebuhraya
Dipenghujung lebuhraya, dihadapan anda hanya dua pilihan kiri ke pekan Dengkil dan kanan ke Kota Warisan/Sepang/Nilai/Klia. Ambil pilihan Kanan.
Terus anda akan melalui satu jambatan diatas tasik dan paya.
Terus sehingga anda sampai ke simpang empat yang ada traffic light.
Traffic light itu jika terus menuju Kota Warisan/Sepang/KLIA. Jika kiri menuju Bangi Lama. Jika kanan menuju pekan Dengkil.
Selepas traffic light jalan terus, dalam lingkungan 100 meter.
Outlet @Dengkil berada di tepi sebelah kiri anda

**********



MRR2Kuala Lumpur Waktu Operasi : 11am to 7pm setiap hari

Pengurus Outlet: Pn. Wina (018-9682866)
Lokasi: GPS Coordinate: 3.234237,101.723978

Jika anda dari arah:
1) Ampang/Taman Melawati/Taman Melati
Lalu lebuhraya MRR2 daripada arah Ampang/Tmn Melawati/Tmn Melati
Anda akan melalui Petronas dan McDonald Taman Melati disebelah kiri anda.
Selepas itu anda akan naik satu flyover.
Selepas flyover ada satu jambatan besar merentasi gaung. Pastikan berada di lane paling kiri di jambatan tersebut.
Selepas jambatan ada satu simpang kecil ke kiri, menuju ke dua buah stesen minyak Shell. Masuk simpang tersebut.
Outlet @MRR2 berada di sebelah kanan selepas masuk ke simpang tersebut, betul betul berhadapan dengan stesen minyak Shell

2) Batu Caves/Gombak
Lalu lebuhraya MRR2 daripada arah Batu Caves.
Jalan terus sehingga anda lalu melepasi simpang masuk ke Lebuhraya Karak/Kuantan/UIA, simpang ke Lebuhraya Karak itu berada disebelah kiri anda.
Jalan terus melepasi satu jambatan besar merentasi gaung. Outlet kami terletak bertentangan dengan sebelum jambatan (anda kena U-turn sebentar lagi)
Selepas jambatan tersebut, pastikan anda di lane kiri.
Anda akan nampak satu simpang naik flyover kiri menuju ke Taman Melati. Naik flyover tersebut dan buat pusingan U. (u-turn)
Terus melepas jambatan besar tersebut semula dan pastikan anda di lane paling kiri.
Selepas jambatan ada satu simpang kecil ke kiri, menuju ke dua buah stesen minyak Shell. Masuk simpang tersebut.
Outlet @MRR2 berada di sebelah kanan selepas masuk ke simpang tersebut, betul betul berhadapan dengan stesen minyak Shell


**********

SEMENYIHSelangorWaktu Operasi : Isnin-Jumaat: 10am to 7pm / Sabtu-Ahad : 8.30am to 7pm

Pengurus Outlet: En. Fazlee (019-6428684)
Lokasi: GPS Coordinate: 2.944985,101.848224

Jika anda dari arah:
1) Kajang
Katakan anda daripada Pekan Kajang.
Lalu Jalan Besar Semenyih dari Pekan Kajang terus menghala ke Pekan Semenyih - Seremban
Sepanjang perjalanan ke Semenyih anda akan melewati tempat-tempat berikut:-
High School Kajang di sebelah kiri
Sekolah Menengah Teknik Kajang di sebelah kiri
Klinik Kesihatan Kajang di sebelah kiri dan bertentangannya stesen minyak Shell di sebelah kanan
Terus ke hadapan lagi anda akan dapat melihat Pusat Menimbang Kenderaan JPJ di sebelah kanan dan di sebelah kiri ada stesen minyak Petronas
Terus kehadapan lagi anda akan memasuki Pekan Semenyih sehingga ke persimpangan Sg Lalang di mana anda dapat melihat Balai Polis Semenyih di sebelah kiri dan Masjid di sebelah kanan.
Selepas Balai Polis Semenyih, ikut laluan di sebelah kiri untuk terus dan anda akan melewati Sg Semenyih dan Outlet @Semenyih akan berada di sebelah kanan anda. Landmark nya adalah stesen minyak Petronas.
Anda boleh terus belok ke kanan jika trafik tidak sibuk atau anda boleh belok ke kiri di persimpangan lampu trafik tidak jauh di hadapan dan membuat pusingan “U” untuk lebih memudahkan anda masuk ke Outlet @Semenyih yang akan berada di sebelah kiri.


2) Highway LEKAS
Sama ada dari arah Seremban atau Kajang, anda perlu mengambil susur keluar melalui Semenyih.
Selepas keluar dari tol ambil laluan kiri dan terus ke kiri di persimpangan lampu trafik.
Terus kehadapan dan anda akan tiba di satu persimpangan lampu trafik dan ambil laluan untuk belok ke kanan.
Di lampu trafik seterusnya apabila memasuki Pekan Semenyih, anda ambil laluan untuk belok ke kiri dan terus sahaja.
Terus sehingga lampu trafik seterusnya ambil laluan untuk belok ke kanan dan lalui Jalan Besar Semenyih.
Anda akan melalui jambatan melewati Sg Semenyih dan Outlet @Semenyih akan berada di sebelah kanan anda selepas jambatan tersebut.
Anda boleh terus belok ke kanan jika trafik tidak sibuk atau anda boleh belok ke kiri di persimpangan lampu trafik tidak jauh di hadapan dan membuat pusingan “U” untuk lebih memudahkan anda masuk ke Outlet @Semenyih yang akan berada di sebelah kiri.


3) Seremban / Rinching / Beranang/ Mantin
Jika anda daripada jalan (lama) Seremban – Mantin – Beranang, terus menghala ke Pekan Semenyih sehingga tiba di persimpangan Broga
Persimpangan Broga terletak sebelum Pekan Semenyih
Setibanya di persimpangan Broga, anda akan lihat Petronas disebelah kiri anda. Perlahankan kenderaan anda.
Masuk ke persimpangan kecil selepas Petronas.


**********



Akhir kata, marilah sama-sama kita pakat singgah kedai   Cendol Bakar Auntie Sue. Sekian Terima Kasih












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 4 December 2014

Cik senah dan memasak ni memang tak dapat dipisahkan lagi ; berita terkini pasal peti ais cik senah


 Salam khamis,


Apa khabar kengkawan semua? diharap semuanya sihat  belaka. Lama cik senah tak  update blog  sebab otak tak berapa nak sihat .Cik senah tengah sedih ni, peti ais peninggalan arwah ayah yang cik senah tatang bagai minyak yang penuh semakin nazak, bahagian atas peti ais tak sejuk seperti biasa. Siapakah yang harus dipersalahkan ?itu rasanya  sudah tak penting lagi. Sebenarnya sejak my lovely peti ais rosak ikan, ayam daging , aneka sayur dah  jarang bertandang kat rumah. Itulah paling aku terasa sekarang ni. Perlukah aku mencari penganti mu peti ais?Bila ku ingat bila ku kenang  my lovely peti ais seusia yuyi  cik senah down gilerrr.. Tabahlah wahai hati,, nak beli baru bukan sikit duit. Hasil menoreh cik senah kumpul sikit sikit ,InsyaAllah cukup bulan  dapatlah cik senah beli sebijik peti ais baru.

Rutin harian cik senah waktu subuh masa anak-anak cuti sekolah ni(bajet anak 10)  kentang ketung ketang kentung seawal 5 pagi. Waktu pagi &  tengahari  calling calling adik. Setiap hari skrip lebih kurang  sama.


cik senah : Assalamulaikum adik, dah bangun?

adik  : baru bangun.

cik senah : adik dah makan?tengah buat apa tu?

adik : belum.tengah tengok tv

cik senah : Jangan sepahkan rumah.Lepas makan , tutup tudung saji elok elok ye.

adik : ok

cik senah :Dah kemas bilik

adik : Belum.Tunggulah firdaus  syok syok & selesa baru firdaus kemas.


cik senah : ahhh, apa maksud syok syok selesa tu?

adik : lepas firdaus setel main games, tengok video , tengok tv, tu maksudnya selesa

cik senah : ha ha ha cam tu pun boleh .


Sambung cerita pasal memasak. Sementara menunggu peti ais baru sampai makanlah dulu sambal sardin . Lepas ni kengkawan tak payah pelik,   dalam minggu ni dua kali dah cik senah masak sardin. Jeng jeng jeng menu yang  cik senah masak  hari ni, sardin goreng cili bla bla bla bla


 Sardin goreng cili api
 Timun goreng udang kering
 Telur dadar bawang
 Telur masin, ek eleh apa kena dengan dua biji  telur masin cik senah  belah kanan  macam sendu je kuningnya.






















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .