Showing posts with label sambal udang. Show all posts
Showing posts with label sambal udang. Show all posts

Monday, 8 February 2016

Resepi ikan goreng berperisa dan sedap


Salam hari Isnin, rajinnya cik ina update blog.

Haruslah rajin,buhsann,cuti tahun baru cina panjang sangat,tak tahu nak buat apa. Nak keluar berjalan , malas jadi kerja cik ina masak, makan , tidur kalau rajin update blog .

Berbalik kepada tajuk entri, saper suka makan ikan goreng? angkat tangan .Laju cik ina angkat tangan. Korang mesti  cakap , apa barang ikan goreng. Nampak simple ikan goreng , ingat senang nak dapat ikan goreng yang sedap kalau tak rajin nak melumur ikan dengan bahan perapan dan memerapnya sebelum digoreng. Cik ina serius ni.


Diantara bahan-bahan yang cik ina guna  untuk memerap ikan
1)serbuk jintan manis
2)serbuk jintan putih
3)garam
4)serbuk kunyit
5)rempah kari
6)lada hitam berperisa
Lumurkan ikan dengan garam , kunyit dan diikuti bahan-bahan lain sehingga rata.Perap   beberapa minit, kemudian goreng ikan seperti biasa.

*kuantiti bahan perapan bergantung kepada kuantiti ikan. [Pandai-pandailah agak]


Rupa ikan kembung selepas dilumur dengan bahan perapan


Rupa ikan pecah periuk selepas dilumur dengan bahan perapan 

 Di bawah ni juadah makan tengahari cik ina yang menyelitkan ikan goreng  sebagai penyeri juadah.


Asam rebus ikan kembung dengan ikan kembung goreng



Sup suhun fucuk dengan kentang dan telur, sambal belacan  , tak lupa ikan jenahak goreng beperisa dan sedap.


Sambal udang, kobis campur sawi goreng, perhangat asam rebus ikan kembung baki semalam & ikan pecah periuk goreng








Sebelum mengundur diri cik ina ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina[Gong Xi Fa Chai] kepada semua masyarakat berbangsa cina. Sekian terima kasih, panjang umur kita jumpa lagi, InsyaAllah.
















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 23 October 2014

Happy Deepavali 2014,ketang ketung ketang ketung dihari Deepavali

Salam Khamis,


Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama hindu teristimewa sekali buat keluarga belah suami . Malam  Deepavali tahun ni  sama seperti tahun- tahun  sebelumnya, dalam pukul 8.30 malam  kami semua berkumpul, makan-makan , bakau -bakau mercun dan bersembang-sembang  dirumah adik ipar lelaki . Maaf , aku tak sempat nak ambik  gambar  riang ria di malam Deepavali sebab terlalu ghairah menikmati makanan India(nalerke unguleke), kari kambing, sayur campur, ketam black peper , ayam kicap halia  hasil air tangan adik ipar yang berbaju hijau di [ SINI ] Pukul 11.30 lebih kurang kami gerak balik.

Siang  cuti Deepavali tu memang tak kemana -mana hanya berehat di rumah. Jadi hari tu , makan, tidur, makan tidur tengok tv.  Seronok, banyak jugak cite tv best2  . Sampaikan suami aku yang selama ni tak layan drama melayu boleh stay sampai habis tengok cite Putu piring vs putu mayam.

Bila sebut je cuti  takde orang yang tak rasa seronok  terutama ibu yang bekerja macam aku ni. Macam biasa  aktiviti aku basuh kain ,menyapu sampah & mengemop lantai ala kadar  .Last sekali aktiviti feveret aku masak, part ni aku tak buat ala kadar : ) Menu hari cuti deepavali, sambal udang, bayam goreng, ikan pelaling goreng & kari daging kambing 


Ini masuk  entah kali berapa kawan suami beri udang besar. Syukur Alhamdulillah atas rezekimu ya Allah.
RESEPI SAMBAL UDANG
 Bahan-bahan
1)13 ekor udang size L[Gunting kulit belakang udang, kemudian belah tengah separuh udang untuk membuang urat hitam. Gunting kepala dan ekor udang.Cuci berseh  dan tuskan.
2)1 cawan cili kisar (lebih kurang 15 tangkai cili kering rendam dengan air panas kemudian kisar cili tadi bersama dengan 4 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih dan sedikit belacan. Jangan terlebih belacan kang sambal terlebih rasa belacan pulak
3)100 ml air asam jawa cair
4)Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
 Cara memasak
1)Panaskan minyak , tumis cili kisar  hingga  pecah minyak.
2)Masukkan garam dan air asam jawa -biar  sambal agak mendidih
3)Masukkan  gula , serbuk perasa secukupnya dan udang 
4)Masak  sekejap kemudian angkat.

Sambal udang campur  petai pun sodap. Nak buat macam mana, kedai acheh kat rumah aku takde stok petai
Bayam goreng
lauk sambal udang +   ikan pelaling goreng memang judu
Kari Daging kambing












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .