Showing posts with label ikan bawal tambak. Show all posts
Showing posts with label ikan bawal tambak. Show all posts

Monday, 24 November 2014

Kari ikan bawal sedap anak & kawan -kawan suka, suami sayang

Salam Isnin,
 


Assalamulaikum kengkawan. Tengah buat apa tu? cik senah di sini sedang mengupdate blog sambil mengudap-gudap kacang dari kudat pemberian bos . Sedap betul kacang dari kudat ni, tak boleh berhenti mengudap , berlawan-lawan  dengan bos mengudap. Buruk betul siku bos aku ni, dah bagi ambik balik. Ingatkan hajat dihati nak memunya kacang kudat tu hurmmm nampak gayanya macam tinggal angan-angan je lah. Tengah cik senah syok-syok  mengudap kacang tetiba cik senah teringat janji dengan kak ngah  nak bagi resepi kari ikan bawal . Cik senah  perhati je kak ngah  tu  memang  happy sangatlah kalau dapat resepi ehem ehem ehem bilalah agaknya cik senah dapat merasa kari ikan air tangan kak ngah .okey kak ngah sila  salin rsepi jangan tak salin.


Diantara bahan -bahan untuk  kari ikan bawal 
 
Ikan ni lagi lama diperap dengan garam kunyit  lagi sedap sebab kunyit dan garam dah benar-benar mesra dan sebati


Resepi kari  ikan bawal
Bahan-bahan
1)2 ekor ikan bawal tambak  sederhana besar[ikan dibersehkan dan dikelar kemudian digaram kunyit] ketepikan.
2)5 sudu besar rempah kari ikan,aku guna rempah kari ikan Alagapas [bancuh rempah dengan air ]
3)3 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih[dihiris nipis]*
4)2 cm halia [dimayang]*
5)1 sudu kecil halba yg dicampur sedikit biji sawi*
6)2 tangkai daun kari*
7)8-10 batang bendi[dicuci berseh]
7)Air asam jawa[1/2 genggam asam jawa dibancuh bersama dengan 800 ml air]
8)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kepekatan  kuah kari ikan bergantung  kepada kepekatan air asam jawa dan kuantiti rempah kari
Cara memasak
1)Panaskan minyak,tumiskan  bahan yang bertanda bintang hingga naik bau.
3)Setelah naik bau, masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak
4)Kemudian masukkan air asam jawa  dan garam.Kacau sebati . Biarkan  agak mendidih baru masuk kacang bendi .
5)Bila   kacang bendi dah separuh empuk, masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya. Biarkan masak
6)Sedia dihidang
Anak cik senah yg sulung  suka sangat makan nasi dengan  kari ikan dan sambal belacan


Mantopkan,ikan bawal goreng cik senah



Dapat kunyah kepala   & ridip  ikan  bawal goreng pun sodap.Perghhh lemak berkrim aja rasanya.























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 2 October 2014

Juadah makan tengahari makcik senah yang ohsem , ikan bawal tambak again


Salam Khamis,

Dalam  sibuk- sibuk  dengan kerja kat ofis hari ni, makcik senah curi-curi jugak masa  share  juadah makan tengahari yang makcik senah masak pagi tadi. Ingat makcik senah !! ko tengah banyak kerja tu, terus ke tujuan asal,okeylah kengkawan meh tengok juadah makcik senah.

Dalam masa sejam makcik senah  masak 3 lauk,Ko ado memasak masak pukul 5 pagi?
Anak anak  peraplah dulu ikan tu dengan garam kunyit  lebih kurang 1/2 jam sebelum digoreng
Yeah  ,  hari ni makcik perap ikan dengan black pepper seasoning mix jenama Delichef Cosway plus serbuk kunyit
Hari tu ikan bawal tambak kita   kukus,hari ni  tukar selera pulak pada masak sos
Telur kicap ohsem.Budak budak,kalau nampak  telur ni muka dorang  terus glowing.

kobis panjang goreng kicap cair




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 30 September 2014

resepi ikan bawal tambak kukus soya sauce(kicap cair) (Chinese style) ,langkah demi langkah


Salam Isnin,,


Alhamdulillah ,syukur atas rezekimu yang tak pernah putus. Sekiranya terasa nak makan ikan bawal tambak & udang fresh tak perlu susah payah  beli,kawan suami yang berniaga ikan selalu hulur. Mungkin berkat suami aku rajin tolong dia buat kerja .Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa ye dak.

Bercakap pasal ikan ni,tetiba dalam hati rasa banyak kupu-kupu berterbangan. Aku memang suka giler makan ikan, pendek kata seluruh ahli keluarga semua suka. Lebih -lebih lagi bila dapat makan ikan segar kukus. Part part mengukus ikan ni selalunya aku serah pada suami . Terus terang aku cakap.Aku memang fail part mengukus ikan.
 
Kuantiti bahan -bahan selalunya bergantung kepada  kuantiti dan size ikan. Suami makcik senah kukus 2 ekor,jadi bahannya kenalah lebih sikit ye dak .Tapi jangan lebih yang tidak terkawal terutama part bawang merah dan halia ,jika terlebih ia akan memberi kesan maung/sedikit pahit kepada rasa air kukusan ikan

RESEPI  IKAN BAWAL KUKUS SOYA SAUCE[KICAP CAIR]
Bahan-bahan(anggaran 1 ekor ikan bawal tambak size sederhana)
1)Sediakan 1 loyang sederhana besar
2)1 ekor ikan bawal tambak  fresh size sederhana
3)5 ulas bawang merah size kecik[dikupas kulit dan diketuk dengan belakang parang.
4)Halia 3 cm[dikupas kulit dan dimayang halus]
5)1 1/2 sudu besar light soya sauce(kicap cair)
6)1 sudu besar minyak bijan
7)1/2 cawan air
Cara-cara
1)Panaskan  pengukus[aku kukus dalam kuali]
2)Ikan dibuang perut dan sisik halus.Cuci berseh dan kelar.Letak ikan dalam loyang yang disediakan. Masukkan air,kicap cair,minyak bijan ,halia dan bawang merah.Kacau rata agar semua bahan bercampur.
3)Letak tuala basah disekeliling penutup kukus  agar wap air tak keluar. Kukus ikan selama 12minit ,tempoh masa  kukusan bergantung kepada size ikan
 
Sebelum ikan dikukus sempat lagi bergambar dengan adik,saper yang bergambar dengan saper ni?

Satu mangkuk untuk somi,satu mangkuk untuk mokcik senah dan satu mangkuk lagi untuk anak bongsu mokcik senah

Sementara menunggu ikan bawal tambak kita siap dikukus moleklah kiranya mokcik senah stand by nasi untuk 3 orang makan dulu.Motip,berkobar-kobar nak makan ikan.


Sedap giler ,fresh sungguh ikan bawal tambak ni. Terasa kemanisan ikannya,syukur Alhamdulillah atas rezeki kurniaanmu ya Allah.




























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 22 February 2013

resepi ikan bawal tambak terbaek masak bersos momotulituli, sedapnya hingga menjilat jari


Maaflah, nama resepi aku kali agak kebaratan, kebaratan sepert bvlgari girl. Well you now me I tak boleh dipisahkan dengan perkataan bvlgari girl bila ingat bvlgari mula otak aku menerawang ke  beberapa tahun lepas  aku  pernah menang satu peraduan kalau tak silap aku  dalam majalah Wanita  dan  hadiahnya sebotol  bvlgari perfume.Kalau tak silap aku yuyi pun pakai bvlgari perfume dan kalau tak silap aku dia peminat minyak wangi bvlgari tegar. Apa kena dengan aku  ni? Dalam dua tiga hari ni tangan aku naik lebam  asyik menekan perkataan bvlgarigirl  dan muka Ms. Arianna hari-hari duk terbayang dalam otak aku .Bosan yang teramat sangat bila mengingatkan novel  bvlgarigirl  tak de ending story tergantung  macam tu saje, mulalah aku  rasa nak ketuk kepala sendiri nak bagi ketat  punat  dengan  skru  dalam kepala otak aku.


Berbalik pada tajuk entry, dua minggu sebelum tahun baru cina suami aku bawak balik 3 ekor ikan bawal tambak bersize  L lebih kurang lah tu. Harga sekor ikan I dunno.Nak tahu rega sila  contact  suami aku. Teringat masa zaman aku kecik,  aku suka sangat makan ikan bawal  sos yang arwah ayah masak.  Ikan bawal bersos arwah ayah sedap  tak de  tandingan. Macam mana tak sedap  arwah ayah akan mengoreng  ikan bawal separuh masak dulu sebelum dimasak sos dan yang penting kuah sosnya  mewah dan boleh menutupi keseluruh ikan . Bayangkanlah bila aku tak mejadi kekasihmu kevin opssss bila   rasa sos  menyerap ke isi ikan bawal, perghhhh  sedap momitolili. Begitulah ceritanya.


Ikan bawal dibersehkan, kelar depan belakang kemudian diperapkan dengan kicap cair. Sebelum digoreng,gaulkan  ikan tadi  dengan sebiji telur yang sudah dipukul.Sebelum digoreng gaulkan  ikan tadi dengan tepung jagung & ubi  .Aku masak  dua ekor saje, yang sekor lagi aku masak kemudian untuk yuyi bawak  balik ke rumah dia.


Wajib ,dua biji  bawang besar Holand dihiris bulat-bulat. Selebihnya aku masak kangkung goreng belacan ye.

Sekiranya nak masak dua ekor ikan bawal sila gandakan pengunaan sos cili, sos tomato  dan cili kisar
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
Sila pastikan ikan bawal tambak  digoreng Separuh masak di dalam minyak yang panas dan banyak
ikan bawal tambak selepas digoreng






Untuk pertambahan rasa kuah sos, jangan lupa masukkan garam , gula dan secubit kecil serbuk perasa


Cara Menyediakannya

1)Tumis hirisan bawang Holland hingga naik bau dansedikit layu. Bila dah naik bau , angkat dan ketepikan-guna api sederhana

2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak

3)Tumis  sos tomato dan sos cili

4)Masukkan 250 ml air-kacau dan kaup balik

5)masukkan sedikit garam dan gula –Seimbangkan rasa pedas, masin, manis dan masam kuah sos tadi

6)Jeng jeng apa tunggu lagi masukkan  hirisan bawang besar yang dah digoreng tadi ke dalam  kuah sos. Kacau kaup balik kemudian curahkan kuah sos  di atas ikan bawal tambal yang sudah digoreng sederhana masak tadi
 
slurppppp, ikan bawal tambak yang pertama, gigih tu aku asingkan bekas asalkan dapat ambik gambar kasi korang meleleleh
 ikan bawal tambak yang kedua, yang ketiga aku bagi yuyi bawak balik
Lauk tambahan ; kangkung goreng belacan
model aku yang sentiasa mantop dan berselera




Aku akhiri cerita ini dengan pesanan Prof Muhaya "JANGAN SEKALI -KALI BAJET BAGUS"



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .