Salam Isnin,,
Alhamdulillah ,syukur atas rezekimu yang tak pernah putus. Sekiranya terasa nak makan ikan bawal tambak & udang fresh tak perlu susah payah beli,kawan suami yang berniaga ikan selalu hulur. Mungkin berkat suami aku rajin tolong dia buat kerja .Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa ye dak.
Bercakap pasal ikan ni,tetiba dalam hati rasa banyak kupu-kupu berterbangan. Aku memang suka giler makan ikan, pendek kata seluruh ahli keluarga semua suka. Lebih -lebih lagi bila dapat makan ikan segar kukus. Part part mengukus ikan ni selalunya aku serah pada suami . Terus terang aku cakap.Aku memang fail part mengukus ikan.
Kuantiti bahan -bahan selalunya bergantung kepada kuantiti dan size ikan. Suami makcik senah kukus 2 ekor,jadi bahannya kenalah lebih sikit ye dak .Tapi jangan lebih yang tidak terkawal terutama part bawang merah dan halia ,jika terlebih ia akan memberi kesan maung/sedikit pahit kepada rasa air kukusan ikan
RESEPI IKAN BAWAL KUKUS SOYA SAUCE[KICAP CAIR]
Bahan-bahan(anggaran 1 ekor ikan bawal tambak size sederhana)
1)Sediakan 1 loyang sederhana besar
2)1 ekor ikan bawal tambak fresh size sederhana
3)5 ulas bawang merah size kecik[dikupas kulit dan diketuk dengan belakang parang.
4)Halia 3 cm[dikupas kulit dan dimayang halus]
5)1 1/2 sudu besar light soya sauce(kicap cair)
6)1 sudu besar minyak bijan
7)1/2 cawan air
Cara-cara
1)Panaskan pengukus[aku kukus dalam kuali]
2)Ikan dibuang perut dan sisik halus.Cuci berseh dan kelar.Letak ikan dalam loyang yang disediakan. Masukkan air,kicap cair,minyak bijan ,halia dan bawang merah.Kacau rata agar semua bahan bercampur.
3)Letak tuala basah disekeliling penutup kukus agar wap air tak keluar. Kukus ikan selama 12minit ,tempoh masa kukusan bergantung kepada size ikan
Sebelum ikan dikukus sempat lagi bergambar dengan adik,saper yang bergambar dengan saper ni?
Satu mangkuk untuk somi,satu mangkuk untuk mokcik senah dan satu mangkuk lagi untuk anak bongsu mokcik senah
Sementara menunggu ikan bawal tambak kita siap dikukus moleklah kiranya mokcik senah stand by nasi untuk 3 orang makan dulu.Motip,berkobar-kobar nak makan ikan.
Sedap giler ,fresh sungguh ikan bawal tambak ni. Terasa kemanisan ikannya,syukur Alhamdulillah atas rezeki kurniaanmu ya Allah.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .