Showing posts with label Acar berempah. Show all posts
Showing posts with label Acar berempah. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

Masakan mak sentiasa yang terbaek dan sedap

Prekual cerita sebelum cerita kunjungan balas ; 3 bekas berbalas dengan 6 bekas; houk aloh !! houk aloh !! houk aloh  Aku bukanlah terer sangat  masak tapi  bolehlah  setakat nak masak untuk family sendiri makan. Mak mak diluar sana jangan risau, zaman sekarang ni mak tak pandai masak, mak masak tak sedap bukan satu isu besar .Dalam  28.3 juta penduduk Malaysia(cilok statement anak aku no 2)  mengata & mengutuk  masakan korang tak sedap  tapi salah sorang penduduk Malaysia iatu  anak korang akan tetap memuji  masakan korang yang paling sedap dan terbaek dalam dunia. *statement tak boleh blah dari bini makyo*

Reminder ; Jangan cuba nak add fren anak aku sebab aku pun tak add dia.ha ha ha

Bahan-bahan
1)8 ulas bawang merah-belah dua setiap biji
2)5-6 ulas bawang putih-belah dua setiap biji
3)sedikit udang kering-dicuci berseh
4)1 1/2 batang timun-buang empulur dan potong jejari
5)1 batang carrot-dikupas dan potong jejari
6)1 biji cili merah-dibuang biji dan dipotong jejari
7)1 1/2 cm halia-kupas kulit dan dimayang halus
8)1/2 sudu besar serbuk cili dan 1/2  sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
9)Sedikit kayu manis, buah pelaga dan rempah campur
10)sedikit cuka
11) dua sudu besar bijan -sangrai bijan sehingga naik bau dan bertukar kekuningan
12)garam, gula dan serbuk perasa
13)dua sudu besar bijan yang telah disangrai
14)air
bijan yang telah disangrai
Cara menyediakannya-Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau rempahnya 
1)Panaskan minyak dan tumis kayu manis , buah pelaga , halia dan rempah campur sehingga naik bau
2)Bila dah naik bau masukkan bawang merah dan putih dan tumis sehingga layu
3)Bila bawang dah layu masukkan udang kering diikuti dengan rempah kari -Tumis sekejap
4)Masukkan jejari cili merah, carrot & timun diikuti dengan sedikit air dan biar jejari  timun & carrot empuk
5)Masukkan  1-2 sudu besar cuka-Kacau sekata
6) Sebelum diangkat ,masukkan garam, gula dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
7)Taburkan acar berempah dengan bijan yang telah disangrai
Acar berempah makcik tempe : )

Bahan -bahan untuk memasak nasi tomato
Bahan-bahan untuk masak nasi tomato, dari kiri SW peeled tomatoes, pati tomato  ayam brand, susu sejat ideal 
Aku campur beras basmathi dengan beras biasa
Bahan-bahan tumis

Resepi nasi tomato aku cilok dari  blog  Chef Hanieliza   tapi tak  cilok 100%
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan -aku guna 3 cawan beras basmathi plus dua cawan beras biasa
1/2 cawan susu cair-aku guna susu sejat ideal
4 biji tomato - cincang-aku guna 1/2 cawan  SW whole peeled tomatoes
1/2 cawan sos tomato-aku guna  1 cawan tomato puri 
2 s/b majerin /minyak sapi-aku guna 4 sudu besar minyak sapi
5 s/mb minyak-aku tak guna
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang-aku guna daun pandan je, daun sup tak sempat tanam
bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
Mengikut ajaran arwah mak aku , berasnya kena tumis dulu supaya nasi nampak lawa , tak patah dan kelihatan berderai
Cara menyediakannya:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah  tumis dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..-Aku tumis sekejap beras yang dah ditus dengan bahan tumisan
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..-Aku hidang bersama lauk  acar berempah dan ayam masak merah
Nasi tomato
Ayam masak merah
1)Bahan tumis ; 6 batang serai,1/2 cm kunyit hidup,  2 cm halia, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih-dikisar halus
2)Ayam sekor dibersehkan , digaram kunyit dan digoreng  70-80%  masak
3)15-20 tangkai cili kering-direndam dalam air & dikisar
4)5 sudu besar tomato puri
5)100 ml susu ideal
6)garam, gula dan serbuk  perasa
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
2)Setelah bahan tumisan  pecah minyak masukkan cili kisar  diikuti dengan tomato puri dan tumis lagi sehingga pecah minyak
3)Bila semuanya dah pecah minyak, masukkan santan atau susu cair diikuti dengan gula , garam dan serbuk perasa-Kacau sekata .
4)Akhir sekali masukkan ayam goreng-Biar mendidih sekejap
5)Seimbangkan rasa dan tutup api
Mehh bukak mulut mama suapkan?????????
Anak-anak kata"perghhhh sedapnya mak masak." Anak sendiri mah












Tarikh : 21 September  2013, Sabtu
Lokasi : Rumah Sendiri
Peristiwa : Masak masak hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 19 September 2013

Cadangan menu makan tengahari untuk diet ; Acar berempah bersama ayam masak merah makcik tempe

Amboi boi boi boi ramainya mengoogle menu diet........tak pe adik tak bersalah : )  Buat pengetahuan adik , ayam masak merah bukan menu untuk diet, ia  lebih kepada  menu untuk menambahkan berat badan je. Tapi pada pendapat makcik yang hanya belajar di primary and  secondry school ni, kita boleh  makan makanan yang sedap masa tengah berdiet cuma  kenalah pandai  jaga pengambilan kalori dan kalau boleh   makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil dan kerap.Pokok pokoknya apa ??pokoknya  kita kena rajin bersenam atau beraero aero macam ELLA,  dan banyakkan minum air. ~konpius,aku pakar diet atau pakar diabetis??~

Kita mulakan dengan menu diet hari pertama  acar berempah

Bahan-bahannya

1)8 ulas bawang merah-belah dua setiap biji
2)5-6 ulas bawang putih-belah dua setiap biji
3)1 1/2 batang timun-buang empulur dan potong jejari
4)1 batang carrot-dikupas dan potong jejari
5)1 biji cili merah-dibuang biji dan dipotong jejari
Jejari  timun
 jejari carrot
6)1 1/2 cm halia-kupas kulit dan dimayang halus
7)1 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
8)Sedikit kayu manis, buah pelaga dan rempah campur
9)sedikit cuka
10)garam, gula dan serbuk perasa
11)air

 Cara menyediakannya-Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau rempahnya 
1)Panaskan minyak dan tumis kayu manis , buah pelaga , halia dan rempah campur sehingga naik bau
2)Bila dah naik bau masukkan bawang merah dan putih dan tumis sehingga layu
3)Bila bawang dah layu masukkan rempah kari -kacau sekejap
4)Masukkan jejari cili merah, carrot & timun diikuti dengan sedikit air dan biar jejari  timun & carrot empuk
5)Masukkan  1-2 sudu besar cuka-Kacau sekata
6) Sebelum diangkat ,masukkan garam, gula dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
Acar berempah

Bahan-bahan untuk membuat ayam masak merah(anggaran separuh ekor ayam)
Ayam separuh ekor dibersehkan , digaram kunyit dan digoreng  70-80%  masak

1)Bahan tumis ; 4 batang serai,1/2 cm kunyit hidup,  2 cm halia, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih-dikisar halus
2)15-20 tangkai cili kering-direndam dalam air & dikisar
3)3 sudu besar tomato puri
4)100 ml santan atau susu ideal
5)garam, gula dan serbuk  perasa
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
2)Setelah bahan tumisan  pecah minyak masukkan cili kisar  diikuti dengan tomato puri dan tumis lagi sehingga pecah minyak
3)Bila semuanya dah pecah minyak, masukkan santan atau susu cair diikuti dengan gula , garam dan serbuk perasa-Kacau sekata .
4)Akhir sekali masukkan ayam goreng-Biar mendidih sekejap
5)Seimbangkan rasa dan tutup api
Ayam masak merah.yummy yummy yummy
Biasalah  pepagi brader muka ketat.Berselera sungguh  Firdaus makan nasi bersama dengan acar berempah dan ayam masak merah.



~Sekadar luahan hati~

Anakku!!  menangislah sepuas hatimu sepertimana aku  menangis dan terus  menangis sepanjang hidup kerana kehilanganmu .Bukan nak mengusung amarah apatah lagi dendam aku cuma mahu merungkai segala yang terbuku didada.Terima kasih kerana mengajar aku sesuatu tentang hidup ini.








Tarikh : 19 September 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Menu makan tengahari cum breakfast






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .