Wednesday, 27 March 2024
Roti canai kayu arang, Bachang Melaka .Tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu
Friday, 15 March 2024
Atlantic Nyonya Restaurant -Authenthic nyonya cuisine- Percutian santai2 2 hari 1 malam di Melaka
9 March 2024 Sabtu. Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan anak, menantu, besan dan cucu. Gerak dari bangi dalam kul 8 pagi. Sampai RNR Nilai , rasanya Nilai, makcik lupa. Faktor usia kot. Singgah sekejap, isi perut . Makcik makan nasi lemak ngan Nescafe panas. Tak sedar diri minum manis. ha ha ha Dalam kul 11.45 sampai Melaka kat area kedai roti canai arang , Cik yuyi terus call kedai roti canai kayu arang tanya bukak lagi ke tak. Rezeki kitaorang, kedai bukak lagi . Ekceli kedai tu tutup kul 12. Gambar makan2 kat roti canai kayu arang tak tahu kat saper.Kalau jumpa makcik update pasal kedai roti canai arang tu ya.
Lepas makan roti canai kayu arang, menantu terus shoot ke double tree Melaka , check in. Berehat jap solat, dalam kul 3.30 kuar makan kat Atlantic nyonya restoran.
Tengok dekorasi restoran, kat dinding dia lekat dulang dulu2 , tiber teringat dulang arwah mak, tak tahu gi mana dulang tu sekarang. Dulu time kenduri tak yah pinjam jiran guna dulang sendiri.
Buku menu makanan
Cik yuyi cakap lepas ni boleh repeat Melaka 2 hari 1 malam. Cukuplah wat ghaso2. Gi lama2 bosan
Tuesday, 12 March 2024
Daging masak merah ala Thai. Mudah masak dan sedap
7 Mar 2024 Khamis. Lama dah tak masak daging masak merah ala thai. Setiap kali makan kat kedai tomyam asyiklah dapat daging keras. Tulah nak masak sendiri. Bahan2 semua cukup ,ada kat umah.
Monday, 11 March 2024
Selamat berpuasa bulan Ramadhan 2024
11 March 2024. Esok 1 Ramadhan 2024. Selamat berpuasa kepada semua umat islam. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kita dalam menjalankan ibadah puasa.
Dalam peti ais makcik, dah takde stok bahan2 basah. Jadi pagi tadi lepas sarapan, daus bawak makcik gi kedai acheh beli barang basah. Makcik beli sekali lauk pauk tuk makan tengahari .Balik umah tinggal masak nasi je.
Thursday, 7 March 2024
Dolly dim sum , pestime makan terus suka
24 Feb 2024 Sabtu - Petang tu masing2 penat terutama cik yuyi penat melayan sikakak ngan siadik mandi pool, jadi tak larat nak keluar dari Aloft gi cari makan. Lepas mandi pool terus naik bilik. Cik yuyi tidurkan siadik. Dari kat pool mata siadik mcm tak boleh bukak dah, senyum pun dah kureng lebih kepada muka lesu. Tak sampai beberapa minit dia menyusu pastu terus lelap . Siakak tak nak tido. Dia lukis apa ntah kat buku . Siakak suka melukis. Cik yuyi ada masukkan dia kelas art
Lepas siadik bangun tido, kitaorg gi jalan2 cari makan kat nu sentral. Aloft ada connecting ke Nu Sentral dan KL Sentral .Tak sampai 2 minit berjalan, sampai Nu Sentral .cik yuyi ajak makan kat Dolly Dim Sum. Makcik terus onzz. Tak pernah lagi makcik makan kat sini.
Friday, 1 March 2024
Kedai Kopi Malaya, roti canai dia sedap
16 Feb 2024 Jumaat Lepas makan di The Curve kat SINI , makcik ngan Daus memulakan perjalanan dari The curve gi stesen MRT Mutiara Damansara . Perjalanan memakan masa 10 -15 minit. Tak sampai 2 minit menunggu, MRT sampai. Makcik bercadang nak ke MRT kajang , dari MRT Kajang makcik nak ambik grab gi satay Hakimi . Tekak rasa nak repeat makan satay Hakimi. Pestime makan satay Hakimi minggu lepas kat umah cik yuyi. lepas makan terus jatuh cinta ngan lelemak satay ayam & satay daging hakimi . perghhh sedap, lelemaknya garing.
Dalam MRT makcik periksa peta laluan ke Kajang. Selepas membuat pemeriksaan, makcik gibab. Makcik kenotlah , kena melalui 23 MRT stesen untuk sampai ke stesen MRT Kajang . Cancel gi Kajang, sampai MRT TRX Tun Razak exchange kitaorg turun. Satay Hakimi makan dlm mimpi .Sedih
Pertama kali jejak.kaki kat Tun Razak exchange(TRX),wow. Jenuh cuci mata, sampai lupa ambik gambar. .Besau betul TRX tak larat nak jalan, tengok pun dah penat. Saper peminat barang berjenama bolehlah cuci mata.Makcik mampu tengok je.
Berjalan sakan sampai perut lapau. Jenuh mencari tempat makan yg sesuai selera dan suasana hati. Sehinggalah makcik bertemu dengan Kedai Kopi Malaya yg lokasinya betul2 kat depan escalator untuk naik ke stesen MRT TRX