Showing posts with label Double tree Melaka. Show all posts
Showing posts with label Double tree Melaka. Show all posts

Friday, 26 July 2024

DoubleTree by Hilton Melaka 2 hari 1 malam(Jalan2 sebelum puasa)

 9 March 2024(Sabtu) -10 March 2024(Ahad)   Lepas makan  kat SINI, menantu terus drive gi double  tree Melaka check in. Ni pestime makcik duk double tree Melaka.  Bilik  mcm luas sikit dari double tree KL ngan double tree i city. Kalau tak silap mata makcik. Menantu book  twin guest room. Makcik sebilik ngan daus. Besan sebilik ngan anak bongsu. Cik yuyi, suami ngan anak2 sebilik


Kat  sebelah hotel,ada pusat beli-belah - The Element Mall. Pusat beli-belah ni bukak sejak tahun 2017 tapi mcm  sunyi berbanding ngan  Mahkota Parade Mall dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Tak banyak kedai yg beroperasi dlm pusat beli-belah ini. Makcik syak  org gi  hanya nak tengok wayang.




Dalam banyak2 hotel yg makcik  duk makcik  love sgt ngan Double tree by Hilton. 


Makcik suka hotel yang menjaga penyelenggaraan. Bila hotel diselengara  ngan baik secara berkala, conformlah berseh, terutama toilet, bilik mandi, yg paling penting ekon berfungsi ngan baik. Ekon tak sejuk, makcik  boleh angin satu badan.ko  jgn ya.



Pagi ahad, sebelum brekpes makcik beli 2 kek



Sipecot pantang nampak  kamera phone, mcm2 aksi spontan dia buat. Siantu  shy2 cat tapi bila nampak  sipecot beraksi , hilang  shy2 cat  siantu




Aksi menyenget dari sipecot dengan  siantu. Hahaha



Sipecot mengidolakan siantu. Apa je siantu buat , sipecot mesti ikut


dua beradik bersantai di Kids club sambil diawasi  mummy




Sementara anak  cucu bersuka ria, kita boleh mencuri masa merehatkan diri di kolam renang atau di bilik sauna & steam yg berdekatan. 



Bilik dilengkapi ngan katil yang luas dan selesa



Dulu2 makcik takut mandi bawah shower cemggini, sekarang ni dah berani. He he he







Single bed dia besau



Setiap bilik dilengkapi ngan ruang duduk yang selesa, di mana kita boleh berehat atau membaca.  Selain dari meja kerja, terdapat juga peti keselamatan, dan pengering rambut utk kemudahan tambahan tetamu.


Cookies, complimentary utk tetamu yg menginap disini


Lepas Zuhur ,  kami semua makan di SINI.  Syukur Alhamdulillah. Malam ahad, kami semua gi jonker walk, jalan2 cuci mata. Sebelum balik hotel singgah makan kat Memang meow cafe. Penat sgt, sorang pun tak ambik gambar. Untuk sarapan pagi makcik beli guna online grab.  Lepas check out 10 Mar 2024(Ahad), sebelum balik  KL, kami makan kat SINI. Lepas makan terus gerak ke KLIA, sampai KLIA singah makan di Oriental cafe.  Makan kat Oriental cafe makcik belum sempat update kat sini. Ha ha ha

Insyaallah nak repeat Melaka lagi. Nak gi pizza parang. Hari tu gi tak sempat singgah








Double Tree by Hilton Melaka
Jalan Melaka Raya 23
Hatten City 
75000 Melaka


Friday, 15 March 2024

Atlantic Nyonya Restaurant -Authenthic nyonya cuisine- Percutian santai2 2 hari 1 malam di Melaka

 9 March 2024 Sabtu.  Santai2 je gi melaka . short vacation 2 hari 1 malam . gi berlapan ngan  anak,  menantu, besan dan cucu.  Gerak dari bangi dalam kul 8  pagi.  Sampai RNR Nilai , rasanya Nilai, makcik lupa. Faktor usia kot. Singgah sekejap, isi perut . Makcik  makan  nasi  lemak ngan Nescafe panas.  Tak sedar diri minum manis. ha ha ha   Dalam kul 11.45 sampai Melaka kat area kedai roti canai arang , Cik yuyi terus call kedai roti canai kayu arang tanya   bukak lagi ke tak. Rezeki kitaorang, kedai bukak lagi . Ekceli  kedai tu  tutup kul 12. Gambar makan2  kat roti canai kayu arang tak tahu kat saper.Kalau jumpa  makcik update pasal kedai roti canai arang tu ya.

Lepas  makan roti canai kayu arang, menantu terus  shoot ke double tree Melaka , check in. Berehat jap solat, dalam kul 3.30 kuar makan kat  Atlantic nyonya restoran.




Posing mak2


Atlantic Nyonya restoran ada 3 cawangan  kat  Melaka 


Tengok dekorasi  restoran,  kat dinding dia lekat  dulang dulu2  , tiber teringat dulang arwah mak,  tak tahu gi mana dulang tu sekarang. Dulu time kenduri tak yah pinjam jiran guna dulang sendiri.


Buku menu makanan

Cik yuyi cakap lepas ni boleh repeat Melaka 2 hari 1 malam. Cukuplah wat ghaso2. Gi lama2 bosan



Menu untuk 8 orang makan termasuk 2 org budak  tecit  ,  telur dadar, sambal sotong petai, cili padi petai ikan bilis, cencaluk, sambal belacan, acar nyonya, Jenahak nyonya asam, Lorbak, Ayam pong teh, Salad hijau goreng




Jenahak  nyonya asam ok lah cuma cair sikit



Ayam pongteh untuk budak  tecit




Salad hijau goreng




Special pineapple rice, makan camtu je  pun sedap 




Acar nyonya, masam sikit



Lorbak dia sedap


Asam udang dengan nenas, sesuai selera.Sedap


Nyonya cendol tuk cik yuyi , ada durian , untuk besan yg besha







Atlantic Nyonya Melaka Raya
100, Jalan Merdeka
Taman Merdeka Jaya
75000 Melaka