Showing posts with label Aloft KL Sentral. Show all posts
Showing posts with label Aloft KL Sentral. Show all posts

Thursday, 13 November 2025

Cuti Santai 2 Hari 1 Malam di Aloft Kuala Lumpur Sentral: Makan, Rehat & Lepas Penat!

24 Feb  2024- 25 Feb 2024 Sabtu & Ahad  

Dah jadi rutin, dua minggu sekali kalau Cik Yuyi free, dia datang rumah makcik. Dulu tiap-tiap minggu dia datang, tapi makcik tak bagi — makcik pun nak rehat juga. Makcik masih kerja, jadi hujung minggu tu lah masa nak berehat ,tenang2kan diri. Bunyi macam makcik ni kejam tak bagi anak datang, tapi bagi makcik tak apa — asalkan makcik rasa tenang dan bahagia. Tak perlu paksa diri jaga hati orang kalau akhirnya hati sendiri yang sakit. Hidup ni, kena jadi diri sendiri, kan?

Kadang orang luar tak faham, ingat kita ni macam tak sayang anak. Padahal bukan macam tu — makcik sayang, cuma makcik pun manusia, perlukan ruang sendiri. Dah penat kerja, balik rumah nak tenang, bukan nak fikir banyak benda. Bila badan dan hati cukup rehat, baru boleh layan anak dengan betul, dengan ikhlas giteww

Makcik selalu fikir, tak salah pun nak jaga diri sendiri dulu. Kalau asyik fikir nak puaskan hati orang, lama-lama kita sendiri yang penat dan hilang diri. Hidup ni pendek — kalau benda kecil macam nak rehat pun kita kena rasa bersalah, sampai bila nak bahagia, kan?

Sekarang makcik belajar untuk pilih apa yang buat makcik tenang. Anak-anak pun nanti akan faham — mak dia bukannya tak sayang, cuma nak jaga diri supaya boleh terus kuat untuk mereka juga.

Tak semestinya hujung minggu lepak rumah makcik je. Kadang-kadang makcik dengan Cik Yuyi rancang bawak budak-budak tidur hotel — dua hari satu malam pun jadilah. Janji dapat tengok dunia luar sikit, nyah. Bosan juga kalau asyik terperuk kat rumah je


Gambar percutian 2 hari 1 malam tu dah lama tersimpan dalam draft blog, baru sekarang makcik nak update, nyah. Tak kisahlah ambik masa lama, janji makcik update juga. Setiap kali pergi KL Sentral, makcik memang selalu perati je hotel Aloft ni — harga dia pun boleh tahan. Makcik ada bagitau Cik Yuyi, makcik rasa macam nak bawak cucu datang sini. Lepas makcik riki-riki, tengok pool dia pun dah tahu cucu-cucu mesti suka. Jadi makcik pun terus book. Mak suka betul, nyah — bilik dia ada dua katil queen, memang berbaloi dengan harga!





Lokasi yg sgt   baik, bersambung dengan KL Sentral dan  pusat membeli belah NU Sentral. Tempat yg sangat disyorkan untuk dikunjungi  untuk bercuti dan menerokai Kuala Lumpur yg berdekatan


Daus  melayan siantu


Masa ni Daus form 6


Suasana hotel yang moden dan bersemangat membuatkan kita  berasa sangat selesa , gitew


Disediakan kemudahan tambahan seperti minibar atau mesin pembuat kopi untuk keselesaan tambahan. Daus  suka  sgt  dengan mesin pembuat kopi tu.ha ha ha












 Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandi yang menyegarkan dan kemudahan lain seperti sinki yang elegan dan cermin besar.








 Suasana keseluruhan bilik mandi sangat menyenangkan dan memberikan pengalaman yang santai setelah seharian beraktiviti. 




Terdapat juga ruang kerja yang baik dengan meja dan kerusi yang sesuai untuk bekerja atau bersantai. 




kemudahan di dalam  bilik seperti penghawa dingin berfungsi dengan baik, televisyen dengan pelbagai saluran, dan WiFi yang laju  . Makcik akan masukkan dalam senarai hotel untuk direpeat.he he he



Bilik yg luas dengan 2 katil bersaiz queen






Sekarang ni mereka bertiga tengah giat belajar berenang. Mana tahu, satu hari nanti mereka jadi perenang negara pulak. Matilah nak, huk huk huk!


Cucu makcik  tak sabar nak mandi pool terutama siantu.ha ha ha









Balik dari main pool masing2 penat. Cik yuyi tidorkan sipecot .Siantu  penat tapi  tak nak tido. Dia  layan melukis . Lepas sipecot  bangun tido, kitaorang gi makan kat  SINI 








Aloft KL Sentral
5 Jalan Stesen Sentral
Kuala LUmpur Sentral
50470 Kuala Lumpur







Thursday, 7 March 2024

Dolly dim sum , pestime makan terus suka

 24  Feb 2024 Sabtu -  Petang tu masing2 penat terutama cik yuyi penat melayan  sikakak ngan siadik  mandi pool, jadi  tak larat nak keluar dari Aloft gi  cari makan. Lepas mandi pool terus naik bilik.  Cik yuyi  tidurkan siadik.  Dari kat pool  mata  siadik mcm  tak boleh bukak dah, senyum pun dah kureng lebih kepada muka lesu. Tak sampai beberapa minit  dia  menyusu pastu terus lelap . Siakak tak nak tido. Dia lukis apa ntah kat buku . Siakak suka melukis. Cik yuyi ada  masukkan dia kelas art

Lepas siadik bangun tido, kitaorg gi  jalan2 cari makan kat nu sentral. Aloft ada connecting ke Nu  Sentral dan KL Sentral .Tak sampai 2 minit berjalan, sampai Nu  Sentral .cik yuyi ajak makan kat Dolly Dim Sum. Makcik terus onzz. Tak pernah lagi makcik makan kat sini. 





Dolly Dim sum Nu Sentral  Shopping Mall




Ramai jugak org makan kat sini


Tukang order cum tukang bayar




Crispy shrimp cheong fun  sedap sangat




Cik yuyi makan Cantonese style yin -yang noodles(egg gravy served dengan udang, sotong, fish ball dan wawa kobis






Royal golden fried rice, ekceli   served ngan  udang, cik yuyi suruh dorang tukar kepada ayam.





Siganature egg custard bun  dalam ada flowing salted egg yolk caramel. serius sedap.Pestime makan terus suka sampai tak cukup seketul





Makcik ngan Daus makan Wok fried beef kway teow.  served dengan premium  Australian ribeye tersembunyi  di bawah kway teoy ya.....




Prawn cheong fun tuk  baby  girl no 2.  Tengok pun terliur



Szechuan dumpling (prawn dumpling drizzled in a spicy tangy sauce) 





Dolly Dim Sum
Nu Sentral Shopping Mall
LG43,201
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur