16 Feb 2024 Jumaat Lepas makan di The Curve kat SINI , makcik ngan Daus memulakan perjalanan dari The curve gi stesen MRT Mutiara Damansara . Perjalanan memakan masa 10 -15 minit. Tak sampai 2 minit menunggu, MRT sampai. Makcik bercadang nak ke MRT kajang , dari MRT Kajang makcik nak ambik grab gi satay Hakimi . Tekak rasa nak repeat makan satay Hakimi. Pestime makan satay Hakimi minggu lepas kat umah cik yuyi. lepas makan terus jatuh cinta ngan lelemak satay ayam & satay daging hakimi . perghhh sedap, lelemaknya garing.
Dalam MRT makcik periksa peta laluan ke Kajang. Selepas membuat pemeriksaan, makcik gibab. Makcik kenotlah , kena melalui 23 MRT stesen untuk sampai ke stesen MRT Kajang . Cancel gi Kajang, sampai MRT TRX Tun Razak exchange kitaorg turun. Satay Hakimi makan dlm mimpi .Sedih
Pertama kali jejak.kaki kat Tun Razak exchange(TRX),wow. Jenuh cuci mata, sampai lupa ambik gambar. .Besau betul TRX tak larat nak jalan, tengok pun dah penat. Saper peminat barang berjenama bolehlah cuci mata.Makcik mampu tengok je.
Berjalan sakan sampai perut lapau. Jenuh mencari tempat makan yg sesuai selera dan suasana hati. Sehinggalah makcik bertemu dengan Kedai Kopi Malaya yg lokasinya betul2 kat depan escalator untuk naik ke stesen MRT TRX
No comments:
Post a Comment