16 June 2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bersambung dari cerita di SINI. Hari pertama di Johor bahru, kami makan malam di Yanalis cafe Puteri Harbour. Makcik tahu pasal Yanalis cafe ni dekat tiktok. Ramai jugak artis yang pernah makan dekat situ. Jadi makcik pun terjebak, kebetulan pulak, masa dekat Puteri Habour tu, tak tahu nak makan dekat mana. Jangan tanya mana gambar makan2. Sedih makcik,semua gambar makan dekat Yanalis Cafe Daus dah delete. Makcik tak boleh salahkan dia, dah lama, dia tak sangka makcik nak update dalam blog. Lepas makan dekat Yanalis Cafe, kami main electric bike dengan electric scooter sampai pukul 12 malam.
Hari kedua di johor Bahru, siangnya kami berjimba2 di Legoland jadi masing2 penat, Malam, malas nak keluar cari tempat makan jadi kami makan dekat Hard Rock Cafe, lokasinya berdekatan dengan hotel kami duduk.
Gambar pergi Legoland makcik tengah kumpul2, kalau ada makcik update.
Makcik dengan Daus pertama kali jejak kaki dekat Hard Rock Cafe. Cik Yuyi conform dah pernah pergi sebelum ni.
Sampai Hard Rock Cafe , ko bawak bag 7-eleven tu Daus.He he he
Menantu bawa kami duduk luar, dekat dalam ada live band,dia risau kami tak selesa makan dalam suasana bising . Masa muda remaja oklah nak makan sambil layan live band, dah tua2 ni nak tenang2. He he he
Hot fudge brownies, beria ia siantu usik buah ceri tu, mcm dia nak makan, sebenarnya dia tak makan manis pun.
Boneless bodacius tenders & mac & cheese for kids
spicy shrimp, kalau tak silap makcik, almaklumlah gi tahun lepas , tahun ni baru nak update.he he he
Makcik makan grilled norwegian salmon . I like salmon very much, tiber
Topa makan original legendary burger
Daus makan twisted mac chicken cheese
Mac & cheese for kids
Menantu makan steak, besan makan apa??? makcik lupa. Gambar tak tahu ke mana.he he he
Hard Rock Cafe Puteri Habour
No comments:
Post a Comment