16 June 2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama dah makcik tak pergi Johor Bahru. Last makcik pergi tahun 1989. Jangan gelak ya. Selepas 1989 hati makcik tak pernah tergerak nak ke Johor Bahru, nak buat macam mana kan. Tapi bila cik yuyi ajak makcik bercuti ke Johor Bahru. makcik sangat teruja Almaklum lah lama tak pergi, hati ni tertanya2 macam manalah rupa Johor Bahru tahun 2023.he he
Sampai Johor Bahru petang jumaat 16 June 2023 tempat pertama yg makcik pergi JPO, Johor premium outlets. Besar betul JPO. Kami singgah makan dulu kat Absolute Thai.Makcik tengah cari gambar makan2 di Absolute Thai JPO, kalau ada makcik post kat sini. Selesai makan , kami meneruskan penjelajahan ke semua kedai2 di situ He he he. Makcik tak beli apa2, Daus je beli jam tangan Micheal Kors.
Selesai menjelajah ke semua kedai2 di JPO, menantu terus bawak kami ke Fraser Place Puteri Harbour. Kami menginap di Fraser Place selama 4 hari 3 malam . Lokasi fraser Place berdekatan dengan restoran dan tempat makan. Hard Rock Cafe berada dalam bangunan yang sama dan hanya 6 minit memandu ke Legoland.
Permandangan dari bilik makcik
Bilik dengan pemandangan laut, menenangkan.
Suka tempat ini! Jauh dari bandar , makcik love
Laluan ke bilik penginapan
Daus lupa nak bawak teropong
sofa sangat selesa
Masa ni muka daus tengah breakout
Love double line duvet, cadar , sarung bantal, pertama kali makcik tengok hotel guna double line.
Bilik besar dengan dapur dan mesin basuh, sesuai untuk penginapan jangka panjang.
wajib bawak berus gigi dengan ubat gigi dari rumah, baru puas hati.he he he
Macam biasa, bilik mandi , tandas, wavib ambik gambar.he he he
Tak sia2, menantu tempah hotel dengan sarapan pagi sekali. Swatches Restoran terbaek, banyak pilihan sarapan. Semua menu makanan dan minuman sedap2 belaka
Sarapan berempat, cik yuyi dan family turun lambat. Dia tak nak kacau anak dia tidur. Anak2 dia masuk tidur lambat
Variety menu breakfast ada menu asian, western, local favourites
kek, puff semua sedap belaka
siapa pulak ambik gambar baju merah tu.he he he
Roti canai pun sedap.Mak love
Nasi lemak sambal dia sedap, rendang ayam pun sedap
Sedap sangat sampai tak rasa bahang matahari .ha ha ha
Scrambled egg, puding roti sedap jugak. Ha ha ha
Bubur jagung pun ada
Makcik suka ada sayur2 rebus. Sedap makan bersama dengan bihun goreng
Croissants segebu tangan org yg makan . He he he
Sukanya, ada idli. Lama dah tak makan idli
Puding roti, Daus cakap sedap. Makcik kurang minat dengan puding roti
Makcik suka pemandangan di Fraser Place Puteri Harbour dengan bilik yang selesa, kemudahan dalam bilik terbaek, dan sarapan sedap, menu sarapan pun banyak.Makcik bagi 10 bintang.
Makcik macam nak cari Fraser Place Kuala Lumpur , tiber rasa nak makan dekat Swatches Restoran.
Fraser Place Puteri Harbour
Residensi & Hotel Marina
jalan Persiaran Tanjung Pengkalan Puteri
79100 Iskandar Puteri Johor
No comments:
Post a Comment