Sunday 31 August 2014

nasi kukus & sup tulang Tok Wan sedap



30 Ogos 2014,Sabtu, Puan aulia cikgu mengaji adik bagitahu yuyi dia tak dapat mengajar adik atas sebab-sebab tertentu. Adik tak mengaji ni bolehlah aku bangun lambat sikit.Dalam pukul 12,yuyi ajak pergi rumah dia.Biasalah dia tu , mana betah meninggalkan milo lebih dari 1 hari di bawah jagaan gula-gula hacks. Memandangkan aku tak sempat menyediakan juadah makan tengahari,yuyi singgah kat kedai tok wan tapau makanan  sebelum ke rumah dia.

Lepas makan dalam pukul 3,gerak dari rumah yuyi  pergi Shah Alam temankan dia ambik  barang tempahan pelanggan .Kebetulan pulak depan tempat yang dia ambik barang tu ada Hero Market. Sementara menunggu dia,sempat aku masuk Hero Market memborong sedikit barang basah dan  bahan kering . Dah setel semua terus balik ke rumah aku. Masa dalam perjalanan balik,dalam kereta yuyi pandang aku senyum.Dia cakap aku sempat lagi beli barang dapur sementara menunggu dia ambik barang . Aku cakap kat dia rugi ,lepaskan peluang ada.Dalam hidup kita ni selalunya peluang hanya datang sekali je  : )

Area rumah yuyi ni banyak tempat makan yang sedap sedap,salah satunya Restoran Tok Wan nasi kukus masakan ala kelantan.


Dah lama aku tak nampak tapai pulut dibungkus  dengan daun getah,tu yang tetiba saja hati  ni  jadi teruja nak makan tapai pulut.
Apasal lah adik ni gelap sangat?


Sup tulang Tok Wan terbaik,yang penting murah

Sambal cili untuk dimakan bersama sup tulang



Sup  tulang Tok Wan


Rembat sekali nasi ayam dan nasi kukus ayam rempah  Tok Wan


Sesekali makan  taugeh goreng campur  sawi okey jugak

















Suasana 2,Jalan Anggerik Vanilla 31/93
Shah Alam,Selangor,Malaysia

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )