Assalamulaikum....hai kengkawan semua. apa khabar? Odah doakan kengkawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan di berkati Allah selalu. Tanpa kengkawan saperlah odah. ceh wah. Odah ni tak berapa sihat dari semalam lagi. Biasalah sakit orang perempuan yang tiap-tiap bulan tu. Walaupun badan dan otak tak berapa nak okey odah tetap jugak nak update blog demi CPUV campaign Nuffnang yang duk berterabur tu. Tak update saper susah odah jugak yang susah.
Amboi boi boi masa odah tengah sakit mongron tapioca macam- macam versi cerita pasal suami curang & berzina salahkan isteri , odah dengar. Odah senyum je, tak tahu nak cakap apa .Terlebih komen pun susah jugak kot. Mana tahu tup tup tup suami odah yang curang so saper yang salah ,odah jugak . Last but not least (omputih ko) pada isteri yang menjadi mangsa kecurangan suami cuma satu je odah nak pesan, kumbang bukan seekor tetapi bunga hanya sekuntum Pada isteri yang bajet suaminya tak pernah curang ,good good & hencem macam Rajinakanth & Arjun rampal tu, berdoalah banyak-banyak pada Allah SWT dik supaya suami adik terus tetap setia til jannah bersama adik. Eni angkat kain jemuran hari dah hujan . Apa tunggu lagi pergilah angkat kain. Okeylah nak cerita pasal aktiviti sabtu hari tu odah & co pulak. Tengahari sabtu lepas adik habis kelas mengaji odah & co sepakat nak merasa pecel lele waroeng penyet di Harbour Place.
Menunggu nasi ayam penyet dengan sabar
Kalau anda rasa gembira minumlah soda gembira
Asyik makan pecal lele kat Food Court Tesco Bukit Tinggi, sesekali nak jugak makan pecal lele aka lele penyet kat Waroeng Penyet. Kalau nak dibandingkan pecal lele Tesco dan pecal lele waroeng penyet aku pilih pecal lele waroeng penyet , garing,banyak kriuk kriuk .Sambal cilinya pun sedap. Adik maintain dengan ayam penyetnya.
Abaikan tangan adik di situ .Sila fokus kepada kicap, hot & mild sambal
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .