Salam Isnin,
Apa khabar kengkawan?Sihat ke? Harap semuanya sihat. Cik tom disini sihat cuma tekak cik tom je tak sihat , gatal & merenyam semacam je hari ni. Serba tak kena cik tom dibuatnya. Rilex cik tom, don't thing to serius, tarik nafas hembus, tarik nafas hembus ,done . Don't fokus pada tekak gatal and merenyam .Baik fokus pada benda yang cik tom suka .Okeylah cik tom nak cerita pasal food court . Saper suka makan food court ? Angkat tangan. cik tom cecepat angkat tangan sebab suka.Tapi tengok keadaan & situasi food court. Cik tom suka makan kat food court yang berseh, selesa dan yang paling penting tak ramai orang.
Ha ni dua minggu lepas punya cerita, cik tom makan dengan anak- anak kat food court .Sesekali cik tom kena jugak "down to earth" asyik up makan tempat best je nanti ada pulak orang kata cik tom tak sedar diri, berlagak kaya padahal cleaner je. Tu dia mulut poka. Lumrah manusia, terlalu mudah bersangka buruk pada orang lain. Entah entah kita yang perasan orang mengata kita . Walhal hakikat sebenarnya orang lain tak ambik port pun pasal kita. Naya.
Cik Tom and family di Food Court Giant Bukit Tinggi
Lain macam je senyum adik ni. Semenjak dua menjak dah macam anak kel aku tengok adik ni
Adik dapat makan nasi goreng cina tak henggat orang kiri & orang depan.Abaikan pari bakar yuyi tu
Tetiba cik tom feeling nak makan nasi goreng kampung hidang telur mata kerbau diatasnya.Slurppp cik tom sedut kuning telur. Anak cik tom , cik yuyi tak ingat doniya , order sekali dua, kuey teow goreng hidang telur mata kerbau diatasnya dan pari bakar
*****************
Cik Tom and family di Food Court Tesco
Nun dihujung sana anak cik tom sedang mengorder pecal lele dan nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet feveret adik
Cik tom dan cik yuyi order pecal lele. Pecal lele yang cik tom pernah cerita kat [SINI] , terbaek.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .