Tuesday, 16 July 2013

Juadah bersahur mudah dan simple ; nasi goreng kampung idea untuk menu bersahur

InsyaAllah setakat ni aku tak de masalah nak bangun awal  untuk menyediakan juadah bersahur sebab kalau bukan bulan puasa pun memang  aku  bangun seawal pukul 4.30  pagi.  Cuma pagi tadi je aku tak masak juadah untuk bersahur . Korang tahu tak hari ni hari apa?  hari ni hari selasa  korang tahu tak dah dekat  seminggu kita berpuasa yeah yeah yeah .Tapi kan tapi kan dah dekat seminggu kita berpuasa entah kenapa pagi ni  aku rasa  malas   nak masak  untuk sahur,  aku just perhangatkan juadah berbuka puasa. malam tadi
Aku dera Firdaus makan kurma dan buah sebelum  menjamah nasi..........stok mak tiri bawang merah
Pengambilan  makanan yang seimbang amat penting ketika bersahur dan berbuka *poyo kuasa 10*
 
Nasi goreng kampung dimakan bersama ikan bilis goreng dan telur mata kerbau
Firdaus nampak  lemau masa  bersahur

Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung

1)Anggaran semangkuk /seperiuk sederhanan  nasi sejuk atau nasi baki malam tadi digaul dengan sedikit garam
2)Segenggam ikan bilis dibasuh dan dikisar sederhana halus
3)lebih kurang segenggam cili api merah dikisar halus (kuantiti cili ikut suka hati masing-masing)
4)7 biji bawang merah dihiris dan dikisar sederhana halus
5)suku cekak kangkung- disiang , berseh dan dituskan
5)dua biji telur
6)serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakannya

1)Panaskan minyak dan  tumiskan bawang kisar  hingga naik bau
2)Masukkan cili api kisar dan tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan ikan bilis kisar dan kacau sekejap
4)Pecahkan telur dan kacau hingga masak
5)Masukkan kangkung-kacau hingga sayur separuh lembut
6)Masukkan nasi sejuk-gaul rata dan tekan nasi supaya tidak berketul-ketul
7)Sebelum diangkat, masukkan serbuk perasa secukupnya -

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau



Tarikh : 14 July 2013, Ahad
Peristiwa : Juadah bersahur
Lokasi : rumah sendiri


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang