Sunday, 26 April 2015

tauhu sumbat cik ina do do cheng sedap dan mudah disediakan,langkah demi langkah


Salam sabtu


Rasanya lama jugak blog cik ina do do cheng  tak update kan?tetiba rasa rindu dengan blog sendiri.Maunya tak rindu,blog ni dah menjadi separuh dari nyawa cik ina. Tanpanya aku lemah pasti tak berdaya bak lirik lagu mahakarya cinta faizal tahir. Blog ni adalah segalanya dalam hidup cik ina selain anak-anak ,tanpa blog ni siapalah cik ina.Terima kasih kerana terus   menyokong blog cik ina do do cheng, Sebagai menghargai sokongan korang semua cik ina belanja resepi tauhu sumbat.hehehe,fresh from farm,tauhu sumbat  brekpes pagi tadi.


Resepi tauhu sumbat cik ina do do cheng
bahan-bahan
1)3 ketul tauhu[dipotong kepada bentuk segitiga kemudian dibelah dua.


 2)1/2 batang timun jepun[dihiris nipis kemudian dimayang halus seperti batang mancis
Cara menyediakannya
1)panaskan minyak ,goreng tauhu sampai garing
2)sumbatkan  hirisan timu ke dalam tauhu tadi. Susun tauhu sumbat dalam pinggan
Resepi sos tauhu sumbat cik ina do do cheng
1)4 biji cili besar merah[dicuci berseh dan dihiris nipis]
2)3 ulas bawang putih
satukan bahan-bahan diatas dan kisar  hingga  halus.ketepikan
3)3 sudu besar sos cili
4)garam dan gula secukupnya
cara memasak
1)Masukkan cili  kisar dan sedikit air ke dalam periuk.Masak hingga naik bau cili.
2)Masukkan sos cili,kacau sekata.
3)perasakan dengan garam dan gula.Masak hingga agak pekat.

Hidangkan tauhu sumbat cik ina do do cheng bersama sos cili cik ina do do cheng.mantop .


Tetiba pagi ni tekak cik ina nak brekpes bihun goreng   dengan  tauhu sumbat





Teruskan menyokong blog cik ina do do cheng  #blogcikinadodocheng .kahkahkah,Jumpa lagi.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 16 April 2015

Resepi rendang daging pedas, langkah demi langkah


Salam Khamis,


Entah apa puncanya, cik senah sendiri kurang pasti .di ofis semalam seharian cik senah sakit pinggang .Sakit tak tertahan , malamnya cik senah  terpaksa  pergi klinik. Lepas kena enjet dua das,syukur Alhamdulillah rasa lega sikit sakit cuma rasa  lalok .Tapi nasib baik  yuyi ada,boleh jugak tengok tengokkan cik senah.

Cik  senah keluar dari klinik pukul 9.30 malam.Masih awal,adik tamat kelas mengaji pukul 10. Sementara tunggu adik keluar kelas,yuyi bawak  pusing -pusing sekitar tempat mengaji adik. Sebelum balik ke rumah kitaorang sempat makan dulu. Sampai rumah cik senah terus fengsan.Nasib baik dapat MC boleh fengsan lebih sikit. Okeylah kengkawan ,cik senah baru lepas makan ubat  mata ni dah semakin mengantuk. Cik eenah masuk tidur dulu. Selamat malam semua. Jangan lupa baca doa sebelum tidur . Kepada mereka yang tak rasa mengantuk lagi,sudi sudilah layan resepi rendang daging pedas cik senah. Ekceli resepi rendang daging pedas ni   yuyi yang request .



Brekpes cum juadah makan tengahari  cik senah, nasi goreng kampung dijudukan dengan telur goreng, timun dan rendang daging pedas

Resepi rendang daging pedas
Bahan-bahan
1)900 grams daging lembu[tak sempat cekau daging fresh kat pasar,cik senah guna daging frozen je]
2)5 ulas bawang merah*
3)1 labu bawang putih*
4)6 batang serai*
5)1 ketul  halia sederhana besar*
6)1 ketul lengkuas sederhana besar*
7)Kunyit hidup sebesar ibu jari*
8)3  sudu besar kerisik
9)6 tangkai cili  api + 10 tangkai cili kering[dikisar basah]
10)1/2 kotak santan M&S[sumpah rasa santan segar sebenar]
11)1 helai daun kunyit[disiat-siat]
12)Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1)Potong daging sederhana besar kemudian dibasuh berseh dan dituskan.Ketepikan
2)Kisar basah bahan - bahan yang bertanda  * .Ketepikan
3)panaskan minyak dalam kuali(cik senah guna pemanggang ajaib),tumiskan bahan  bertanda * yang telah dikisar hingga naik bau dan agak garing.
4)Tumiskan cili  kisar hingga  pecah minyak
5)Masukkan daging diikuti dengan kerisek. Kecutkan sekejap
6)Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kacau sebati
7)Masukkan santan M&S dan Daun kunyit. Masak hingga daging empuk dan bumbunya sedikit kering




















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .