Monday, 3 November 2014

cucur udang kering lembut dan sedap, nak buatnya pun mudah


Salam Isnin,

Cak!!!! tengah buat apa tu???cik senah tengah bizi mengemop lantai  tapi masih sempat nak update aktiviti memasak cik senah  semalam. Hari minggu, biasalah banyak masak sikit nak memasak .Ambok cik senah banyaknya  masa kau  memasak  bila  masuk bab  mengemas  terus takde  masa ye. Hehehe, I hate kemas mengemas. Okeylah, straight to the point , pagi minggu tu cik senah buat brekpes nasi lemak .Cik senah kalau buat brekpes nasi lemak memang akan buat untuk makan   sampai malam  .Tapi oleh kerana  cik senah  baik hati malam tu cik senah  masak jugak maggi goreng untuk juadah makan  malam .Petangnya cik senah buat cucur udang kering .Memang layan makan sambil nonton filem Tamil TV2

Resepi sambal nasi lemak kat [SINI] ,resepi nasi lemak kat [SINI]
RESEPI CUCUR UDANG KERING
Bahan-bahan)
1)300gm tepung gandum
2)1  biji bawang holand sederhana besar[dihiris nipis]
3)Udang kering  sengenggam[dicuci berseh dan ditoskan]
4)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
5)1/2 sudu kecil baking powder
6)Segenggam taugeh[dicuci berseh dan ditoskan]
7)5 tangkai kucai[dicuci berseh dan dipotong 1 cm]
8)Sebiji telur
9)Garam dan serbuk perasa secukupnya
10)Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

 Bancuhan jangan terlalu lembik ,agak2 boleh dijemput
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan hirisan  bawang besar ,telur,  udang kering ,taugeh dan daun kucai. Bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
Cucur udang kering , abaikan tapis kelapa besi yang dah herot berot  peninggalan arwah mak aku tu, nak buang sayang
Cucur udang kering sedap dimakan bersama sos cili atau jika suka boleh   dimakan bersama kuah kacang .
Cucur udang kering pekena dengan nescafe panas  perghhh  hantu lalu lalang depan  kita  pun tak nampak































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 2 November 2014

Fish 'n chip sedap di The Manhattan Fish Market

Salam Ahad,

Sedih tengok blog sendiri terabai. Bila tengok hampir 30 CPUV campaign nuffnang yang hinggap terasa diri tak menghargai pemberian Nuffnang. Tetiba teringat masa mula berblog ,satu CPUV campaign hinggap kemain suka  macam dapat  emas. Hehehe kelakar bila ingat saat tu. Hopefully lepas ni akan lebih rajin mengupdate blog .#noteuntukdirisendiri

Tinggalkan dulu cerita Nuffnang. Aku nak cerita aktiviti  hari Jumaat.  Hari jumaat tu aku ambil cuti sebab nak melawat abang sado (gula-gula hacks)accident .Kasihan abang sado ,kalau ikutkan hati mahu saje aku kerat 14 si KEL  tu. Pakkal lah .....malaslah nak cerita nasi dah basi,kalau jadi bubur boleh jugak di makan lagi ye dak.

Seriau tengok luka abang sado apatah lagi nak cuci luka dia,memang tak lah. Aku ni  bab cuci najis okey lagi kalau bab cuci luka aku surrendar. Selalunya bab cuci luka aku serah kat  yuyi .Lepas setel yuyi cuci luka abang sado dan siapkan apa patut terus gerak hantar barang kepada pelanggan yang dikasihi.hehehe.Dah setel semua barulah boleh  JJCM di The Manhattan Fish JJ Bukit Tinggi.


Adik buat muka lapar


Pasal minuman serah pada adik.Haishhh kali ni dia order air gummy bear. Kadang -kadang  nama yang indah tak semestinya menjanjikan kesedapan .



Tartar sauce & cili sauce 

4 in -tastic starters [fried country  mushroom, fried calamari, cranberry coleslow & chilled seafood mixed.
Tak sah kalau yuyi tak order starters yang akhirnya aku yang kena perhabiskan,arghhh geram.


Adik susah nak berpisah dengan nasi ; Mediterranean  baked fish


Yuyi order Fish 'n chip  with the marvelous cheesy chips


Dory Fish 'n chip -light ,sedap tak terkata,cik senah happy
Alang-alang pergi JJ, shoppinglah sekali barang dapur


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .