Tuesday, 10 December 2013

Teman tapi tak mesra sangat

(Nyanyi ikut lirik lagu Teman tapi mesra) Aku punya teman ,bukan teman sepermainan apatah lagi teman curhat. Nama temanku itu tak perlulah aku bagi tahu kat sini. Dia jenis tak banyak cakap(jalan tunduk macam cari duit 10 sen)ha ha ha (not you kak limah) tapi sekali bercakap, melahar siottt masa tu rasa macam nak tampar je mulut dia. Jenis manusia yang agak pendiam ni memang agak sukar untuk ditelah hati budinya.Dahlah dia pendiam perahsia pulak.mamposss. Ada aku kisah kalau dia nak berahsia pun, tapi yang annoyingnya *mampos campur omputih* dalam duk berahsia nak juga meriki- riki samada orang sekeliling tahu atau tidak tahu rahsia dia tu . Senang cerita macam nilah aku beli kasut high heel brand salvatore feregammo kononyalah , kalau boleh aku nak rahsiakanlah daripada orang sekeliling kasut mahal aku tu tapi dalam masa yang sama didalam hati bertanya-tanya "woiiii, takde ke makhluk yang nampak atau nak ambik tahu pasal kasut branded aku ni?'???????. arghhhh Saper susah sendiri nak berahsia sendiri terbako bila orang sekeliling tak ambik tahu. Kan senang kalau sendiri bagitahu kat orang pasal kasut branded tu. Mana tahu tekanan yang terbuku dihati kita akan beransur-ansur berkurangan bila orang ramai mulai ambik tahu pasal kasut tu, .....sedihhhh
 











 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 December 2013

langkah demi langkah ayam masak kicap #resepimakcikperia


Keluarga aku dengan kicap memang tak dapat dipisahkan.Masaklah macam mana sedap pun........ nanti hujung-hujungnya mesti anak-anak  aku  nak  kicap , lagilah kalau ada kicap kipas udang lemak manis lagi  ligat tangan dorang menuang kicap  di dalam nasi  .Pernah suatu hari tu kami sekeluarga  berada  di meja makan menghadap hidangan tengahari yang sedap ,dah tentunya  masakan  dari air tangan maknya  sendiri .Sedang mereka asyik menikmati hidangan masing-masing , tiba-tiba salah seorang daripada  mereka bertanya "mak !!ada kicap tak?"  "tak de," aku menjawab selamba sambil tangan  laju menyuap nasi kedalam mulut.

Ayam masak kicap
Bahan-bahan:
1)13 ketul ayam sederhana besar  [dibersehkan dan digaram kunyit]
Bahan tumis
1) 1 batang kayu manis
2) 3 kuntum bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga
3)5 ulas bawang putih[dikupas kulit dan dihiris nipis]
4)2cm halia[dikupas kulit dan dimayang halus]
5)7 tangkai cili api merah[dibelah dua]
6)4 tangkai cili besar merah[dibelah dua]
7)1 labu bawang besar [dikupas kulit dan dihir bulat-bulat]
Bahan  Kuah kicap
1)Kicap kipas udang lemak manis secukupnya
2)3  sudu besar sos cili Life
3)2 sudu besar kicap pekat
4)2 sudu besar lada hitam kicar
5)Air secukupnya

cara menyediakan:
1)Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.Ketepikan..
2)Panaskan minyak dan tumis  bahan tumis 1 -4 hingga naik bau
3) Setelah naik bau tumis bahan tumis 5-7 hingga layu
4)Masukkan bahan kuah kicap 1-3 kacau dan biarkan sekejap .(kalau kuah kicapnya nampak pekat boleh tambah air)
5)Akhir sekali, masukkan ayam goreng  dan  serbuk lada hitam kisar. Kacau rata sekali lagi.
6)Bila kuah kicap dah mendidih, boleh tutup api dan sedia dihidangkan
ayam masak kicap #resepimakcikperia


  Tumis bahan tumis sehingga garing

Bahan-bahan :
1)1/2 biji kobis cina sederhana besar[dihiris halus]
2)4 ulas bawang putih[dipecah dan dibuang kulit kemudian dicincang]
3)1/2 genggam ikan bilis[dibasuh berseh]
4)serbuk perasa secukupnya & Kicap cair [penganti garam]
Cara menyediakan :
1)Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga sederhana garing dan ketepikan ditepi kuali
2)Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan agak garing
3)Masukkan kobis, goreng hingga kobis masak/lembut
4)Akhir sekali perasakan dengan kicap cair[penganti garam] dan serbuk perasa secukupnya
5)Masukkan sedikit air sebelum diangkat

kobis cina goreng bawang putih
















Tarikh : 5 December 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah Makan tengahari







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .