25 sept 2025- 28 sept 2025(Khamis-Ahad) Assalamualaikum kengkawan makcik. Semoga semuanya baik2 saje, kalau tak baik, baik2 kan je, Insyaallah baik kan.
2024 bilik 5301 2025 bilik 4303 bilik takde beza cuma beza size badan Daus. Ketara sikit. Tahun 2026 ketara banyak. Sekarang ni dia tengah berusaha menurunkan berat badan. Pelan2 , tak urgent .ha ha ha,
Adui apa yg makcik buat ni, dlm draft banyak post yg tak publish, masak pun idak , kamonlah makcik wake up.huk huk huk . OK makcik janji ngan diri sendiri, InsyAllah tahun 2027 makcik nak lebih rajin kemas kini blog kesayangan makcik ni.Love my blog, my diary digital nyah.ha ha ha
Bulan September harijadi 2 cucu makcik yg kiut miut comel loteh ,sesuai permintaan dorang berdua yg suka memanjakan diri ngan berurut ,facial, pedicure, manicure, tu yg mak dorang bawak bercuti ke Krabi. Aktiviti memanjakan diri, bukan cucu je suka, kami sekeluarga pun suka. Memandangkan Krabi banyak tempat urut yg bagus dan menawarkan harga yg murah jadi pilihan bercuti ke Krabi sangatlah tepat .
Tahun ni cucu makcik bercuti ke Phuket, makcik tak ikut . Insyaallah akan datang makcik nak pegilah, dengar cite anak, sana lagi banyak tempat urut. Tunggu cuti tahun makcik penuh balik.tahun ni cuti dah habis nyah.
Oklah jom tengok gambar-gambar cuti makcik kat Krabi
Oleh kerana gambar ni menarik, makcik letak yg no syatu
My besan, my anak dan cucu. Dah kenapa Daus mulut camgitu
Sekejapnya cucu makcik besar, atau makcik semakin berusia.huk huk huk
Wajib kan minum air purple, cucu makcik ni pura2 je , sebenarnya dia tak minum pun, dia sejenis yg tak suka minum air manis
Maafkan makcik suka ulang siar gambar.ha ha ha
Wajib gambar kat dinding setiap kali gi hotel ni.nyah dah kat situ cantik, wajib bergambar kat situ
My anak sulung, cik yuyi bersama anak2nya

Makcik suka hotel ni, sekeliling penuh dengan pokok2 hijau
Pemandangan hadapan bilik makcik
Menantu tempah bilik sambung, tapi sebelum masuk hotel cik yuyi pesan ngan makcik jgn beritahu anak dia makcik kat sebelah.ha ha ha. Dia nak makcik berehat, dia tak nak anak2 dia kacau makcik.
Merenung masa depan
Gambar yg wajib diambil setiap kali duk hotel. Tak tahu nape
Puas hati bilik besar
Bilik air pun besar
Hotel Holiday Inn Resort Krabi sering jadi pilihan cik yuyi setiap kali berkunjung ke Krabi sebab ni nyah. Tak payah pening2, anak bosan2 bawak gi bawah, main.
Dulu2 ya setiap kali beli hotel wajib beli gan breakfast sekali, sekarang ni,sejak ada grab, kita grab je, rasanya lagi murah. Tapi kat krabi ni, anak beli hotel ngan breakfast sekali. Pandai2 lah pilih makanan
Ulang siar gambar kan hobi makcik
Gambar tanpa hala tuju, Daus ni sgtlah estetik
Gila ko Daus, ni pun ko nak ambik gambar. La la la
Kalau tak mee goreng, roti puri cicah kacang apa ntah,lupa makcik
Setiap pagi makcik ulang sarapan yg sama, mee goreng vege, telur mata
Lepas breakfast rombongan cik kiah naik bot ke pantai Ao Nang . Jarang anak menantu ambil pakej melawat pulau2 disekitar Krabi. Tapi kali ni, tanjat jugak makcik, al maklumlah dah lama tak melompat naik atas bot. Ok makcik sentiasa bersedia ngan kekuda.ha ha ha
Penat sgt besan makcik. Umur 69 tahun masih gagah jugak dia, tak tahulah makcik cam mana masa umur mcm dia. Sekarang pun makcik dah sakit sana sakit sini
Halah2 cucu makcik pejam mata pun comel.ha ha ha
Cucu sulung makcik ngan makan berpisah tiada
Muka mummy tak puas hati tu, anak tak tahu nak stop makan, mummy risau anak semakin bambam he he he
Cantik kan pantai Ao Nang. Sebenarnya makcik tak ingat pun nama tempat yg makcik pegi ni, lama dah, tahun lepas kan. Makcik tengok kat gambar ni ada nama lokasi , ok makcik copy nama tu dan google,ok pantai Ao Nang. Ok siap caption.hurmmm
Tebalnya rambut Daus
Kata melawat pulau, wajib ada buah tropika ko
Dah cakap update secara pukal jadi makcik letak sekali gambar makanan yg kita orang makan kat muslim patani langka suka kat
sini . Sampai hotel, berehat sekejap kat hotel, petang kita org gi makan kat sini
Sotong goreng tepung dia tak pernah mengecewakan
Sama ngan kangkung belacan dia
Siakap stim limau dia wajib repeat
Cucu no 2 ngan udang berpisah tiada
Sebenarnya mak suka cicah kerang ngan sambal kicap, mak tak akan cuba cicah ngan pencicah hijau, ok mak tak akan cuba. Mak sejenis yg kalau kata tak nak, tak nak. Bab makanan makcik tak paksa tekak makcik
Tomyam putih ni feveret cucu sulung
Telur dadar feveret menantu
Kari massaman tak sama cam sebelum kat
sini .mak kuciwa
Ulang siar gambar telur dadar
Kerabu mangga feveret besan
Tomyam seafood dia tak pernah mengecewakan
Seronok bercuti di Krabi! Makanan sedap, tempat urut pun banyak dengan harga yang berpatutan. Satu saja masalah, pagi-pagi buntu tak tahu nak sarapan apa. Ok nak repeat 2027, insyaAllah
No comments:
Post a Comment