Saper suka makan lontong dengan kuah lodeh ? angkat tangan.Saper suka masak lemak, tak kiralah masak lemak putih atau cili api? angkat tangan. Dengan bangganya aku angkat tangan. Semua yang tersebut aku suka ,tapi apakan daya hampir seluruh ahli keluarga aku tak suka terutama arwah ayah. Asal namanya masak lemak je arwah ayah tak suka jadi no masak lemak kat rumah aku. Seingat aku mula aku belajar makan masak lemak dari seseorang. Dan aku dan mula belajar masak lemak tu pun sebab seseorang. Teringat ketika kali pertama aku memasak masak lemak cili api. Kelakar gileer, entah saper ajar aku letak bawang putih dalam masak lemak cili api. Hurmmm ,macam tak best je nak kenang babak yang lepas terutama babak yang menyayat hati ye dak. Tapi tak semua babak menyayat hati.Ada satu babak yang mencuit hati aku, babak bila aku suapkan kuah lodeh ke mulut adik. Spontan adik cakap ,"kenapa sup ni rasa pelik." Adik tak bersalah langsung. Mak yang bersalah dalam hal ni sebab tak mengajar adik makan masak lemak. Sedih
Jom intai juadah yang aku masak Hari Raya Aidiladha hari tu. Sebenarnya sejak arwah mak meninggal dunia aku jarang masak masa Hari Raya Aidiladha, tapi entah kenapa hari tu rasa nak masak pulak : )
Rendang ayam , Klik [SINI] untuk resepi
Ketupat mini
Ayam Masak merah, Klik [SINI] untuk resepi
Kuah kacang, Klik [SINI] untuk resepi
Kebetulan 10 Zulhijjah jatuh pada hari Ahad 5 Oktober 2014 , jadi bermakna hari Isnin 6 Oktober dapat cuti ganti Hari Raya Aidiladha. Seronoknya bila dengar hari Isnin cuti. Hari Isnin tengahari tu lebih kurang pukul 11 aku suruh yuyi bawak aku ke Tesco nak beli barang keperluan dapur. Sampai je Tesco yuyi terus ajak makan.Laparlah tu. Pada mulanya kami bertiga cadang nak makan pecel lele kat kiosk ayam penyet food court ,siott tutup pulak kiosk tu. Anggap jelah tak de rezeki nak makan pecal lele sebab rezeki nak makan secret recipe sedang menunggu.la la la la la terima kasih cik yuyi. Selesai makan terus gerak beli barang keperluan dapur. Tetiba bangga dengan diri sendiri sebab maintain je berjalan -jalan cari barang dengan perut tengah kenyang .
Adik sedaya upaya suruh aku tuang gula yang kat tangan dia tu ke dalam Ice lemon nya
Bisnes juta juta gamaknya
Entah apa nama kek ni, aku lupa
Muka adik macam nak minta susu
Adik makan grilled black pepper chicken.Jangan marah aku suruh dorang tukar jagung kepada lecttuce dan timun
Yuyi order stew Aussie beef steak,tak sedar diri baru cabut gigi ada hati nak makan daging
Hurmmm aku suka Thai style fried rice Secret Recipe.Sedap.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .