Sampai Pavillion pukul 3. 30 pm, kami terus pergi A cut above. Sementelaah Daus gunting rambut, makcik buat perawatan kuku. Takde lah bosan menunggu. Selepas selesai, kami mencari tempat makan. Hampir setengah jam berpusing di tingkat yang sama, tetapi masih tidak jumpa tempat makan yang menepati citarasa. Kemudian kami naik ke tingkat 5, terdapat banyak tempat makan di situ. Cuma Madam Kwan menarik minat makcik. Sudah tentulah , Madam Kwan sebelum ini makcik dah pernah makan di Madam Kwan Subang Empire dan Madam Kwan Suria KLCC. Memang kena dengan selera.
Madam Kwan's terkenal dengan hidangan Malaysia seperti nasi lemak, rendang, laksa,rojak,mee udang, ipoh kway teow sup, kway teow goreng dan banyak lagi.
Hiasan dinding yang mengandungi seni tradisional dan warna-warna cerah memberi suasana yang menyambut dan selesa.
Almari kayu yg diletak dekat dengan pintu masuk restoran digunakan untuk menampilkan produk yg dijual, keropok ubi kayu , kari paste ngan char kway teow sos
Keropok ubi kayu
Layanan kakitangan sangat baik dan peramah .Mereka membawa makanan dengan cepat dan efisien.
"Daus cakap sama ngan keropok ubi kat luar.""Makcik cakap, apa-apa jelah, Daus. Mak nak makan jugak."
Suasana di dalam restoran tidak terlalu bising, sesuai untuk bersantai dan menikmati makanan dengan teman atau keluarga.
Sejak dikenalkan dengan seorang hair stylist lelaki Cina di A Cut Above, setiap bulan Daus menukar gaya rambut. Pertama kali Daus ke A Cut Above pada bulan Mei, dia malu-malu dan gugup. Namun, hair stylist tersebut menyambutnya dengan mesra dan bersikap profesional, sehingga Daus merasa selesa dengan dia.
Ya, sejak dikenalkan dengan hair stylist itu, Daus memang tidak pergi ke tempat lain lagi. Dia sangat teliti dan tahu apa yang Daus inginkan. Hasil kerjanya memang tip-top. Dia juga memberikan nasihat yang bagus tentang penjagaan rambut. Next time makcik pergi, ambil gambar hair stylist tu ya. Ha ha ha.
creamy mushroom soup, lemak berkrim
Daus makan nasi lemak kari .Nasi lemak dia terkenal, disajikan dengan sambal yang pedas, telur rebus, kacang tanah, dan ikan bilis.
barli limau ais
char kway teow seafood, ada udang besar , ada sotong besar dan lembut
Puas hati dapat minum teh tarik panas gelas tinggi. La la la
Madam kwan
No comments:
Post a Comment