Showing posts with label family cik ina do do cheng. Show all posts
Showing posts with label family cik ina do do cheng. Show all posts

Thursday, 19 June 2025

KSL Esplanade Hotel Klang: Staycation Tenang di Tengah Bandar


13 July 2024-14 July 2024 -Sabtu & Ahad(Throwback)  Assalamualaikum.. Tiba-tiba teringat, tak lama lagi 13/7—hari jadi cik Yuyi. Rasa nak update balik cerita tahun lepas tahun 2024, yang dah lama dalam draft. Sebenarnya masa tu tak plan pun nak sambut harijadi cik yuyi,  spontan je... tapi tetap jadi kenangan manis."

Sebenarnya tak rancang pun nak pergi KSL, tapi tiba-tiba satu malam tu, makcik tengah scroll TikTok, ternampak satu video satu family duduk room dekat KSL. Makcik tengok sampai habis, terus terjebak! Tak fikir panjang, makcik terus bagitahu Cik Yuyi nak book. Wei, jarang jumpa family room harga murah macam tu. Makcik tempah family room, nak bagi semua orang selesa. Bilik dia luas, bersih, memang best lah untuk bawa family.

Sambil-sambil tu, makcik saje gedik  nak sambut birthday Cik Yuyi sekali. Sebelum gerak pergi hotel, makcik singgah beli kek, beli sekali apple strudel untuk tambah-tambah makan. Lepas check-in, terus setup sikit dalam bilik — letak kek,pasang lilin susun epal strudel,cream horn.

Petang tu kami buat sambutan simple je. Nyanyi lagu birthday, potong kek, makan sama-sama. Cik Yuyi pun nampak happy, semua enjoy. Takde sambutan besar-besar pun, tapi rasa meriah sebab semua ada.



Prof serba tahu.he he he



Drama queen, bagilah kat cucu makcik nyah. he he he


Drama queen.ha ha ha

KSL Esplanade ni memang senang sebab terus link dengan KSL Mall. Tak payah keluar jauh-jauh, turun lif je dah sampai mall. Nak cari makanan, barang anak, jajan, semua ada.

Ada 7-Eleven kat lobby, kalau tengah malam lapar pun boleh turun beli maggi ke air kotak. Nak shopping baju ke, cari mainan untuk cucu pun boleh. Memang jimat masa dan tenaga.

Lepas penat jalan-jalan, terus naik bilik rehat. Mudah sangat, especially kalau bawa family.






Sebelum gerak ke KSL, makcik singgah jap kat kafe kegemaran beli apple strudel, cream horn ngan  kek untuk besday girl 


Walaupun lepak semalam je, nyah tetap gigih bawak luggage macam nak cuti seminggu


Pemandangan dari family room KSL Esplanade memang cantik. Nampak hijau pokok, kolam renang, dan lampu mall waktu malam. Tenang dan menyenangkan



Bilik bersih, suka sangat tengok pemandangan hijau dari bilik. Semua staff pun mesra dan baik. Memang takde apa nak komplen sebab semuanya perfect bagi saya. Hotel ni pulak terus linked dengan mall, senang sangat nak cari makan atau beli barang. Dekat lobby pun ada 7E. Anak bongsu mak keja 7E conform nak promote.huk huk huk








Jangan tanya kek apa, makcik pun dah lupa... lama dah, setahun lepas. Yang makcik ingat, cucu paling happy masa nyanyi lagu harijadi. Semua pakat gelak, ambil gambar, makan sama-sama.

Walaupun simple, tapi meriah dengan suara Anak cucu. Tak plan pun nak sambut masa tu, tapi spontan jadi kenangan manis.



cream horn



Tak sia-sia beli family room kat KSL Esplanade, harga murah dan sangat berbaloi. Bilik ni memang sesuai untuk family sebab dia ada dua ruang berasingan.

Untuk mak ayah, ada bilik utama yang lengkap dengan katil king, toilet dan shower sendiri, so boleh berehat dengan selesa dan ada privasi sikit.

Kat ruang luar pulak, ada satu lagi bilik untuk anak dan  cucu—dilengkapi dengan bunk bed yang terus buat anak dan  cucu excited, siap berebut nak tidur atas. Ada juga sofa yang boleh duduk santai-santai sambil tengok TV. Kat bahagian ni pun ada tandas sendiri, cuma takde shower, tapi dah cukup untuk kemudahan anak dan cucu.

Ruang memang luas, tak sempit langsung walaupun bawa banyak beg. Nak solat pun senang, tak perlu alih barang. Kemudahan semua cukup, dari iron, hair dryer, sampai ke peti ais kecil untuk simpan makanan dan minuman.

Senang kata, bilik ni memang sesuai sangat untuk family yang nak selesa tanpa perlu bayar mahal. Lepas ni kalau datang Klang lagi, confirm repeat bilik ni!






Saper yg bawak  ahli keluarga ramai, boleh tidur atas sofa






Kat ruang luar pulak, ada satu lagi bilik untuk anak dan  cucu—dilengkapi dengan bunk bed yang terus buat   cucu excited, siap berebut nak tidur atas.
















Sarapan pagi makcik order Grab je untuk anak cucu. Senang, jimat masa, semua ikut selera masing-masing. Dah lama makcik tak beli sarapan hotel. Makan dalam bilik pun lebih santai.














sibongsu


Petang tu pool penuh orang, makcik rimas, jadi biar anak cucu je yang mandi. Makcik duduk tepi, sambil layan cerita Korea kat phone. Sesekali anak panggil, makcik senyum dan lambai je. Sambil angin bertiup sejuk, makcik rasa tenang jadi penonton je hari tu.


Pool  bukannya besar mana, tapi ada jugak yang gigih bawak pelampung besar gedabak. Dah la sempit, orang lain nak berenang pun susah, asyik tersekat. Budak-budak pun terlanggar sana sini. Kadang rasa nak tegur je, tapi malas nak spoil mood. Biar jelah, janji kita tetap enjoy mandi walau kena bersesak sikit.




Tempat yang best untuk berjalan2 terutama pada waktu  malam . Ada playground untuk budak-budak main. Sesuai untuk keluarga luangkan masa berkualiti bersama.

Kalau jalan kaki santai kira ,Sskitar 3–5 minit je dari hotel..Laluan pun rata dan selesa—sesuai untuk bawak stroller, jalan dengan anak, atau yang suka stroll petang.Jadi kalau korang check-in kat hotel, lepas tu nak lepak-lepak, jalan-jalan ke Canary Garden, memang lokasi cukup sempurna—jalan kaki je terus sampai taman .Kalau nak cari exercise ringan atau bawa anak ke taman permainan petang, memang mudah gilaaa.



cik yuyi  spend masa ngan anak bongsu


Kalau pergi Canary Garden waktu siang, memang best juga tau! Suasana kat sana tenang dan tak terlalu sibuk, sesuai sangat kalau nak lepak santai atau jalan-jalan cuci mata.

Waktu siang, korang boleh nampak kawasan tu cantik, bersih dan terjaga. Banyak pokok-pokok hijau, jalan pun luas, jadi selesa kalau nak jalan kaki atau bawa stroller kalau datang dengan anak-anak. Ada juga orang jogging, bawa haiwan peliharaan, dan lepak kat taman. Kalau cuaca tak panas sangat, memang best nak ambil angin dan chill kat bangku-bangku taman.

Kalau lapar, kat area tu ada je kafe dan restoran buka siang – boleh singgah minum kopi, makan ringan atau lunch terus. Yang suka ambik gambar, siang hari lighting dia lawa, jadi nak OOTD pun onz sangat!

Pendek kata, Canary Garden waktu siang ni sesuai untuk yang nak suasana tenang, quality time dengan family atau nak lari kejap dari hiruk-pikuk bandar.


Anak bongsu ngan anak sulung


cucu makcik gelar anak bongsu, Paksu small


Overall, memang puas hati stay kat KSL ni. Lain kali boleh repeat lagi!


KSL Espalanade Hotel
No.1, Persiaran Bestari 2
41200 kelang , Selangor



Monday, 5 February 2024

Repeat Padi House. Takde istilah bosan makan kat Padi House


28 Jan 2024  Ahad.  Masa makcik dlm grab nak menuju ke SINI  menantu call, dia bagitau makcik , ahad  kul 9.30 pagi dia nak bawak makcik jumpa lawyer kat Lotus Semenyih  . Jadi untuk menyenangkan urusan berjumpa ngan lawyer hari ahad tu,  makcik tak balik umah makcik. Makcik stay  umah cik yuyi je .Makcik gi bangi semata2 nak makan sate baung , conform lah takde bawak pakaian . Jadi  malam tu, cik yuyi  bawak makcik balik klang  jap ,  ambik pakaian . Isnin tu daus ada exam, dia ambik buku dia sekali  .

Pukul 9.30 pagi menantu bawa makcik  gi jumpa lawyer kat Lotus Semenyih . Sok sek sok sek kat sejam setengah. Selesai urusan ngan lawyer, balik umah cik yuyi. Dalam kul 1.00 pm gerak dari umah cik yuyi.  Makcik suruh dia  hantar sampai KL sentral je. 

Sejak dua menjak ni ,makcik ngan Daus  gila naik LRT & MRT. Sampai  Cik yuyi cakap,sangguplah mak, tak nak org hantar sampai umah semata2 nak naik LRT.Ha ha ha. Sebelum gi KL sentral , dia bawak kitaorg  makan kat Padi House IOI conezion.




Padi House IOI Conezion


Suka kat sini, tak ramai org. Makcik sejenis yg suka tempat sunyi



Dah lama tak tepek muka cik yuyi kat sini




Daus makan deep fried chicken parmigiana with pasta & salad


Menantu makan Mongolian lamb cutlet with garlic sauce  ngan  mouse coklat kek



Mouse coklat kek, makcik tak makan, makcik suka marble  kek dia je




3 kali tepek gambar mouse coklat kek tu,sebab cantik dik  .air tembikai menantu


Kitaorg  minum air kosong



Marble kek dia menjadi pujaan makcik dan cucu sulung. Sedap sesangat2


Makcik makan petai fried rice



Petai fried rice sedap makan bersama hirisan cili api kampung. sedap angat2


Spaghetti bolognese tuk cucu bongsu, cucu sulung makan paata mac & cheese, lupa nak ambik gambar.




Cik yuyi makan stir fried beef  horfun bersama extra hirisan cili api kampung



Padi House


 

Saturday, 1 July 2017

Bonda bonding ; hari kantin 2016


21 November  2016.....tarikh yang mungkin aku takkan lupakan sampai bila-bila .  Tarikh yang sungguh  menguji naluri keibuan Memandangkan aku  jenis yang agak kurang gemar  berkongsi cerita-cerita sedih & duka kehidupan makanya biarlah kejadian yang berlaku pada tarikh tersebut  aku simpan kemas dalam lipatan sejarah hidup aku .Syukur Alhamdulillah, selepas 8 bulan dari tarikh berlakunya kejadian  segalanya  pulih seperti sedia kala dengan izin Allah SWT.

Cerita pasal blog ; lama sungguh blog aku  ni terbiar tanpa diberi perhatian .Seriously, aku kecewa deñgan diri sendiri. Aku tak update blog serajin dulu. Harap-harap lepas ni aku akan lebih rajin dan lebih bersemangat untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa ni. Insyaallah.

Ok, kembali kepada tajuk entri ; setelah sekian lama tak melibatkan diri dalam menjayakan hari kantin/usahawan sekolah , akhirnya pada 13 Nov 2016 aku , cik yuyi dan suaminya datang bersama sibusyuk masyam untuk turut sama memeriahkan hari kantin. Memang  tersangatlah happening melihat  pelbagai gerai antaranya gerai burger, gerai nasi ayam, gerai buah-buahan, gerai ayam goreng & kentang goreng, gerai pelbahgai minuman gerai pelbagai kuih muih dan macam-macam lagi. Selain tu terdapat aktiviti permainan, antaranya  rumah hantu, rumah sesat, pemainan dalaman dan macam-macam .Yang bestnya siap ada zoo mini lagi.boleh gitu.

Jom layan gambar yang sempat aku ambik sepanjang hari kantin berlangsung.

nampak tak??? sibusyuk masyam berbaju kuning tengah happy giler mak dengan akak layan dia hari ni. 

Rambang mata tengok makanan, habis kupon RM30, topup lagi  kupon




Pestime tengok zoo mini.tetiba aku jadi teruja...













Sekian  terima kasih, nanti kalau ada masa  aku update lagi.














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .