Cerita JJCM malam minggu; Petang sabtu, selepas puas berlegar -legar tanpa tujuan di OU Damansara, perut masing-masing mula berkeroncong terutama perut sibusyuk masyam. Dia asyik mention jew dia last makan pukul 1 lepas balik tusiyen. Aku cakap kat dia , bulan puasa tahan lapar jew sahur subuh berbuka malam . Adik mula tarik muka. Saje jew aku mengusik. Sementara cik yuyi belum decide nak makan mana? Aku belikan dulu adik 5 ketui kuih buat lapik perut di nyonya kalers.
Selepas berhempas pulas berfikir, akhirnya cik yuyi cakap dia nak makan kat lala chong ara Damansara. Aku memang malas ahhh nak fikir makan mana . Penat, aku tukang makan jew. Kalau tak silap aku, tahun lepas dia pernah ajak aku makan kat sini tapi masa tu tutup. Dari OU nak ke lala chong dekat lah sikit.Cuba dari rumah aku, fikir 2 3 kali nak pegi .
Pengantin lama : )
Muka orang tak sabar tunggu makanan sampai
Sementara menunggu makanan yang kita order siap , dorang hantar kacang dan jeruk mangga asam boi dulu.
Ayam lemon , nasi goreng cina dan lala kam heong terbaek
Ketam sweet & sour , feveret cik yuyi. Kalau ke restoran seafood tak sah cik yuyi tak order ketam.
Butter prawn berkuah, feveret menantu dan anak. Bihun goreng tu aku order tapi berusik pun. Tetiba rambang tekak, nasi nak bihun goreng pun aku nak. Akhirnya...tapau bawak balik rumah.
Lepas ni boleh makan kat sini lagi. Servis tip top , makanan & minuman cepat sampai dan seafoodnya fresh, harga berpatutan , pelayannya mesra alam .Dan yang penting tempat cuci tangan dan tandasnya berseh. Sorry.... perangai aku ni buruk sikit, aku suka nak mengukur tahap kebersihan tempat makan dari toilet.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .