Salam Selasa,
Masih belum terlambat untuk cik ina mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Cik ina doakan semoga semua tetamu Allah yang menunaikan haji tahun ni , dipermudahkan segala urusan ibadah di Tanah Suci Mekah dan InsyaAllah mendapat haji yang mabrur serta selamat pergi dan kembali ke tanahair .Amin.
Macam mana sambutan Hari Raya Haji korang? Berapa ekor lembu tumbang kat kawasan korang? Jangan cakap korang tak kira .hehehe. Sambutan Hari Raya Haji cik ina tahun ni biasa -biasa je .Cuma bezanya tahun ni rezeki cik ina beraya haji dengan ahli keluarga baru. Nampaknya selepas ni cik ina dah tak boleh malas masak dah masa raya haji. Raya haji tahun permulaan yang baik.Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Cukup sampai di sini saje kemerapuan cik ina kali ni. Kesihatan cik ina agak merosot kebelakangan ni jadi tak boleh nak merapu lebih.
Santan M&S rasa santan segar sebenar, cuba jangan tak cuba. Bila dah ada santan dan kacang tanah dalam masakan, kita tak perlulah guna MSG lagi
kuah kacang (anggaran 1/2 kilo kacang tanah)
1)Kacang tanah disangrai tanpa minyak sehingga empuk .Tunggu sejuk kemudian ramas -ramas supaya tanggal kulitnya .Tampi untuk membuang kulit kacang tanah yang tertinggal kemudian kisar sederhana halus.
1)1 tin kimball tomato puri
2) 6 sudu besar bahan bumbu rendang(terdiri daripada halis, serai, lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dikisar)
3)1 cawan cili kisar
4) segenggam udang kering-basuh, tuskan dan kisar sederhana halus
5)gula dan garam secukup rasa
Cara menyediakannya
1) Panaskan minyak, tumis bumbu rendang & udang kering hingga naik bau
2)Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
4)Masukkan 800ml air,jika kuah agak pekat boleh lah di tambah air. 5)Bila dah mendidih masukkan kacang tanah kisar, garam diikuti gula.Biar kuah kacang mendidih hingga pekat
Resepi ayam masak merah
Bahan-bahan
1) 1 1/2 ekor ayam dipotong 18 , dibersehkan dan digaram
kunyit
2) 1 batang kayu manis & 2 kuntum bunga lawang
kunyit
2) 1 batang kayu manis & 2 kuntum bunga lawang
3)3 sudu besar cili sos
4)1/2 tin tomato puri[cik ina guna tomato puri kimball]
5)1 kotak santan M&S size kecik
6)dua helai daun kunyit[disiat-siat]
4)1/2 tin tomato puri[cik ina guna tomato puri kimball]
5)1 kotak santan M&S size kecik
6)dua helai daun kunyit[disiat-siat]
7)Gula dan garam secukupnya
Cara memasak
1)Goreng ayam hingga 3/4 garing (jangan garing
sangat)ketepikan
Bahan kisar halus
8)5 ulas bawang merah
9)5 ulas bawang putih
10)1 ketul lengkuas
11)4 batang serai
12)1 cawan cili kisarCara memasak
1)Goreng ayam hingga 3/4 garing (jangan garing
sangat)ketepikan
2)Panaskan minyak, tumis bahan no 2 dan bahan kisar hingga naik bau dan agak garing.
3)Masukkan cili kisar dan garam secukupnya.Tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili diikuti dengan tomato puri , kacau sekejap.Kemudian masukkan pulak santan, daun kunyit serta gula secukupnya .Kacau hingga sosnya agak pekat.
5)Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan digaul sebati
6)Sedia untuk dihidang
Resepi rendang daging pedas3)Masukkan cili kisar dan garam secukupnya.Tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos cili diikuti dengan tomato puri , kacau sekejap.Kemudian masukkan pulak santan, daun kunyit serta gula secukupnya .Kacau hingga sosnya agak pekat.
5)Akhir sekali, masukkan ayam goreng dan digaul sebati
6)Sedia untuk dihidang
Bahan-bahan
1)2 kilo daging lembu
2)5 ulas bawang merah*
3)1 labu bawang putih*
4)6 batang serai*
5)1 ketul halia sederhana besar*
6)1 ketul lengkuas sederhana besar*
7)Kunyit hidup sebesar ibu jari*
8)3 sudu besar kerisik
9)6 tangkai cili api + 10 tangkai cili kering[dikisar basah]
10)1/2 kotak santan M&S[sumpah rasa santan segar sebenar]
11)1 helai daun kunyit[disiat-siat]
12)sekeping asam keping
13)Garam dan gula secukupnya
Cara memasak
1)Potong daging sederhana besar kemudian dibasuh berseh dan dituskan.Ketepikan
2)Kisar basah bahan - bahan yang bertanda * .Ketepikan
3)panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan agak garing.
4)Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak
5)Masukkan daging diikuti dengan kerisek. Kecutkan sekejap
6)Masukkan santan M&S, daun kunyit dan garam secukupnya. Masak hingga daging empuk.
7)Perasakan dengan gula secukup rasa.Sebelum diangkat masukkan asam keping.
Resepi jelatah timun
Bahan-bahan [sila basuh terlebih dahulu sebelujm dihiris]
1) 2 batang timun sederhana besar[dikupas selang seli dan dihiris menyerong]
2) 1 biji nenas[kupas kulit, dibuang matanya dan empulur. kemudian potong ikut citarasa masing-masing]
2) 1 biji nenas[kupas kulit, dibuang matanya dan empulur. kemudian potong ikut citarasa masing-masing]
3)2 biji cili merah besar [dipotong menyerong]
4)1/2 biji bawang holland[dihiris nipis]
5)1/2 genggam udang kering[cuci berseh,keringkan dan kisar sederhana halus]
6)cuka , garam dan gula secukupnya
cara menyediakannya
1)Satukan kesemua bahan hirisan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul sekata
2) masukkan udang kering dan gaulkan dengan bahan hiris tadi
3) Masukkan cuka , garam dan gula secukupnya.Gaul rata.
4)Biar seketika untuk bahan sebati.Sedia untuk dihidang
4)Biar seketika untuk bahan sebati.Sedia untuk dihidang
Menu wajib
Last minute cik ina tambah menu bihun goreng
Anak cik ina ni agak kureng sikit dengan nasi himpit .Dorang layan nasi himpit waktu pagi je , tengahari mula lah masing -masing mengagau cari nasi .
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .