Tuesday, 8 September 2015

Cuti Raya 2015, rombongan cik kiah ke Melaka bandar bersejarah

Salam Selasa,

Sambungan cerita dari  SINI,  masih berkisar tentang  cerita raya 2015. Lamakan korang  nak tunggu sambungan cerita raya  cik ina .Hehehehe.Speechless  sangat dah nie, bila sorang kawan ofis cakap setiap kali buka blog cik ina , asyik entry hari raya je .Dia cakap  lagi jangan  bagitahu dia yang cik ina nak tunggu hari raya haji baru nak update blog.Jangan risau ya, selagi hidup, selagi sihat InsyaAllah blog ni tak akan terkubur begitu saja. Cik ina janji.

Berbalik  kepada cerita raya, oh ye  hampir terlupa nak share cerita menu  hari raya cik ina. Menu hari raya sama seperti tahun -tahun sebelumnya, rendang kambing, ayam masak merah, kuah kacang,dan  nasi himpit


 
Barang saperlah yang bersepah kat sebelah  meja makan tu. Semak



Hari pertama lepak hotel je. Hari raya kedua  rombongan cik kiah  berangkat ke Bandar Hilir Melaka.  Dulu selalu  pergi waktu  malam , ni kali pergi waktu siang pulak. Cuba terai tengok best tak  bandar hilir Melaka waktu siang.Sebelum berangkat ke Melaka ahli rombongan  bersarapan pagi dulu secara buffet  di Thistle. Dalam pukul 10 pagi baru gerak.

Tujuan utama ke bandar hilir Melaka "naik beca". Kasihan anak-anak belum pernah naik beca sepanjang hidup mereka. Amatlah teruja anak-anak cik ina naik beca .Pengalaman pertama. RM30 @ 1 beca, okey lah.

Beca berhias & bermuzik cuma ada di Melaka, sila percaya

Anak-anak cik ina ni pertama kali seumur hidup naik beca. Tu nampak teruja tak henggat.


Panas terik  masa ni, nak naik beca punya pasal  kenalah lupakan panas terik ye dak.


Omeinya anak teruna cik ina dalam beca  frozen ke princess cik ina kurang pasti.

Cik ina teruja tetiba, Kota  A Famosa ni  pertama kali dan terakhir  kali cik ina jejak  34 tahun lalu,

Takpe lah  anak-anak, tak dapat nak  masuk melawat istana dapat bergambar depan  istana pun jadilah ya.



Kesimpulannya bercuti  raya di Melaka & Port Dickson  sangat ohsemm sebab kebanyakkan kedai makan orang Islam  bukak .Kipidap Melaka & Port Dikcson.











































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .