5/9/2014, Jumaat, masak hari kedua aku tak sihat. Hari rabu yang menyesakkan,balik kerja yuyi bawak aku ke klinik. Syukur Alhamdulillah Doktor bagi MC untuk hari khamis, dapatlah aku merehatkan badan di rumah. walaupun hakikat sebenarnya MC itu sangat mengundang kemarahan seseorang.Aku dah penat asyik nak jaga perasaan dan hati orang lain. Aku rasa dah tiba masanya aku move on . dari segala kesakitan, kegelisahan ,kepedihan yang selama ni aku tanggung sendiri : )
Berbalik pada hari rabu yang menyesakkan,selepas ambik Firdaus dari sekolah yuyi terus jemput aku dari klinik kemudian terus ke Harbour Palace. Terpandang The Asian Taste , hurmmm selalu lalu lalang je depan kedai tu ..Tapi entah kenapa tetiba malam tu masing masing tampak berminat nak mencuba makanan disitu. Tak sia -sia , percubaan yang berbaloi , harga makanan sungguh berbaloi dengan kesedapan makanan yang mereka hidang. Boringkan , everday cerita sama, cerita anak, makan, family. Pada aku okey kot daripada bercerita hal perbadi orang lain .Kenapa nak mengagak-agak kehidupan orang lain yang dah tentu tentu kita tak berada ditempat mereka .Tanya pada diri kita, adakah kita kuat untuk berada ditempat mereka .Annoyinglah,,, bila budak mentah cuba nak bercerita tentang keluarganya yang selama ni dia tak berminat pun nak kenal..Past is past,buat apa nak ungkit kisah silam kalau buat hati sendiri sakit especially kisah orang tua yang suatu ketika dahulu pernah menyiksa mental dan emosi aku .
Rambang mata melihat beraneka kek lapis Sarawak yang dijual disini. Nasib baiklah aku bukan peminat kek lapis Sarawak : )
muka budak lapar
Sedap jugak air Ribena campur nata de coco dan buah laici, kalau tidak ,takkan yuyi order sampai 2 kali.
Tak sangka aku, yuyi minat dengan kek lapis Sarawak rupanya. Lupa pulak nak ambik gambar char kuey teow yuyi .
Boleh tahan jugak nasi lemak dan sambal dia, cuma mereka kena perbaiki lagi part ayam goreng
Bihun sup peneman setia ketika sakit
ASIAN TASTE
G-14, Ground Floor, Harbour Place Mall Klang,
Lot 6683 Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel/Fax : +603-3371 2532
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .