Tuesday, 16 September 2014

Macam muka minta penampar dengan steering lock

16 September 2014, Isnin, Selamat hari Malaysia 16 September 1963


Boleh ke aku senyum?  bila  tarikh cuti  Deepavali ditukar dari 23 Oktober 2014 ke 22 Oktober 2014 , kalau ditukar ke  24 Oktober  2014 (hari jumaat) okeylah kot nak senyum kambing sikit bila mengenangkan hari sabtu,Ahad cuti ye dak. Malas nak  cerita pasal cuti, buat sakit otak aku je.

Berbalik kepada cerita yang berkaitan dengan tajuk entry ; Sejujurnya,  mood aku dua tiga hari ni sekejap merudum,sekejap normal, sekejap tak terkawal.Aku tahu ni semua berpunca dari aunty cina berambut tomboy *bajet aku akak* Ceritanya begini,khamis minggu lepas, aku ada order  produk  cosway dengan  rakan sekerja .Selalunya dia tolong bayar dan ambikkan sekali barang aku tapi kali ni  dia cuma bayarkan je .Barang dia suruh aku ambik sendiri kat cosway Giant Bukit Tinggi sebab barang yang aku order banyak dan berat belaka , susah sikit dia nak bawak pakai  motor. Aku takde hal kena ambik sendiri ,yang penting barang yang aku order dah get ready .

Hari Jumaat lepas kerja, aku minta tolong yuyi bawak ke cosway Giant bukit Tinggi. Sampai je cosway aku pun tanyalah aunty cina pasal  barang aku.  Seperti biasa dia buat gelabah puyuh setiap kali orang tanya pasal barang. Dia suruh aku tunggu sebab dia tengah bizi melayan pelanggan.okey fine,aku tanya  pulak pasal barang aku  kat sorang pekerjanya yang tengah relax sokmo.  Pekerjanya juga suruh aku tunggu. Okey fine,aku tunggu kat luar dulu.Selepas 1/2 jam aku masuk semula ke dalam cosway . Aunty cina kelihatan  sedang membaca komik cina. Relax sokmokan. Terasa aunty cina sedang  pijak-pijak kepala aku. Aku tanya  lagi aunty cina pasal barang aku. Dia letak komik cina ketepi,dia suruh aku bagitahu dia barang yang aku order. Kesabaran aku dah makin menghaus,aku terus jerkah aunty cina dengan penuh sopan santun."Apaaa?,,barang saya  Mr.x  dah order petang semalam." Aunty cina mengelabah puyuh dia terus beredar dari situ . Selang beberapa saat, dia datang kembali dengan membawa dua bungkusan barang tertera nama aku. Ada pun kan. Susah sangatkan nak jadi baik.


Barang yang menimbulkan kontroversi : )


Kemarahan aku  reda sikit selepas tibai nasi ayam TCRS.Thanks nasi  ayam TCRS aka nasi ayam orang kaya. Kalau makan kat sini selalunya yuyi akan order set , set tu bergantung kepada bilangan orang yang nak makan lah. Kami bertiga ,jadi Yuyi order set untuk  3 orang.

 Kulit  muka cik  yuyi kita macam flawless je

Memang dah jadi habit yuyi kot. Tak sah kalau dia  tak order minuman yang  takde dalam senarai set menu.

Gado -gado ni dulu aku pandang sepi je , tapi sekarang tak lagi : )
Ayam steam memang feveret kami sekeluarga










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .