Tuesday 31 March 2015

Sejenis ayam black pepper grill yang mudah dan sedap ,langkah demi langkah


Salam Selasa,

Pernah tak korang rasa letih, penat dan lain-lain  perkataan yang seumpama dengannya? penat layan  orang sekeliling , penat jaga hati orang, penat layan kawan plastik, penat layan kawan yang suka menabung dalam masa yang sama ada habit mengokak ,penat tengok second bos dan kawan yang berusaha nampak baik,  penat layan orang yang tak berada tak habis -habis mengutuk orang berada, penat layan kawan loser,sampah, penat dengan pemilik kenderaan yang sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka depan rumah, penat tengok orang buat kerja separuh jalan, Penat layan orang yang depan cakap lain belakang cakap lain ,penat layan orang kuat bunyi  ibarat tin kosong  bunyi kuat tapi hakikatnya kosong, penat cakap dengan orang yang cakap dia je betul.Ya yang penat tu cik senah. Penat menelan kata -kata sendiri tapi satu je cik senah tak penat melayan keranah anak-anak dan masak.


RESEPI AYAM GRILL BLACK PEPPER 
Bahan-bahan
1)8 ketul peha ayam(nak dapatkan peha ayam sedondon belilah di kedai Ayamas)
2)1 1/2 sudu besar lada hitam kisar*
3)2 sudu besar sos tiram*
4)2 sudu besar madu*
5)Sedikit daun Rosemary segar*
Cara-cara menyediakannya
1)Peha ayam dicuci berseh dan disejatkan airnya

2)Gaul ayam dengan bahan bertanda *
3)Masukkan ayam yang sudah diperap dalam plastik berseh/ziplock
4)Perap paling kurang sejam.Kalau nak sedap perap semalaman barulah sebati rasanya.
5)Grill sampai masak aka lebam.Jangan lupa balik-balikkan ayam supaya masak aka lebam serata..Ganaskan resepi cik senah???

Ayam black pepper grill sedia untuk dihidang

Ayam grill black peper sesuai dihidang bersama nasi lemak


dan juga nasi ayam

Gambar terkini adik yang semakin sihat dan comel.










Cik senah penat, rasanya cukup setakat ni , InsyaAllah kalau ada masa cik senah update lagi resepi yang mudah dan sedap. Akhir kata  dari cik senah, majulah sukan untuk negara.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )