Monday, 6 April 2015

Cendol Bakar Auntie Sue Teras Jernang Bangi, mu tunggu aku datang


Salam Isnin,


Dua minggu yang lepas selesai membeli barang keperluan majlis perkahwinan peringkat pertama di Bangi, bakal besan ajak singgah makan cendol bakar auntie sue di Teras Jernang.Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, cik senah terus setuju dengan ajakan bakal besan. Kali pertama cik senah & family makan cendol   CB Auntie Sue confirm sedap tu  bulan lepas di Dengkil.  cik senah pernah cerita dekat [SINI], kan. Untuk pengetahuan semua CB Auntie Sue Teras Jernang, Bangi yang kami pergi ni ialah cawangan  CB Auntie Sue  yang keempat  dan baru dibuka  pada 13/2/2015 .


 
 Cendol Bakar Auntie sue cukup sinonim dengan banner besar

 Pilih yang mana satu idaman tekak: Macam-macam jenis cendol bakar ada, CB durian , CB pulut,  CB Tapai, CB durian + pulut, CB cendol bakar, CB tapai +pulut, CB jagung .
    

Haippp,biasa lagi tangan dia tu.Kalau ya pun nak makan ,tunggulah mak ambik gambar dulu(blogger oh blogger)hahaha.
Cucur udang CB Auntie Sue confirm sedap.Walaupun  di luar hujan  , namun itu tidak sedikit pun  mematahkan semangat pelanggan yang sedang menanti giliran untuk menunggu meja makan yang kosong

 

Laksa pun ada, tunggu apa  lagi ,jom pakat mai makan cendol bakar  Auntie Sue confirm sedap.







Cendol Bakar Auntie Sue
Jalan Teras,Kampung Teras Jernang
43650 Kajang, Selangor
019-6428684










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .