Wednesday, 4 December 2013

Resepi ikan senangin goreng cili sedap dan mudah....mai sekor

Sekarang ni aku tengah layan  rancangan Best in the world  kat TV 8 ,rancangannya lebih kurang macam Jalan-jalan cari makan tapi pada pendapat aku yang ni best lagi .  Salute dengan  Pangacaranya Mohamad Razif Hashim Natt kerana berjaya mengemudi rancangan dengan baik. Bila tengok betul-betul rancangan ni.... boleh  meleleh air liur. Cara dia makan buat  perut yang kenyang boleh jadi lapar.

Mata dah ngantuk ni, makcik masuk tidun dulu ye.Makcik sudahi entry ni dengan resepi ikan senangin goreng cili

Bahan-bahan :
1)8 ekor ikan senangin disiang  dan dibersehkan
2)6 ulas bawang merah [dihiris dan dikisar kering]
3) 4 tangkai cili merah besar  & 7 tangkai cili api merah[dikisar kering]
4)asam jawa sebesar ibu jari[dibancuh dengan 200ml air]
5)1/2 biji bawang holland[dihiris]
6)Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan :
1)ikan senangin dilumur dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2)Panaskan minyak, tumis bawang kisar sehingga naik bau dan agak garing
3)Selepas  naik bau, masukkan  cili kisar dan terus menumis sehingga pecah minyak
4)Masukkan air asam jawa dan masak hingga agak-agak pekat
5)Parasakan dengan secubit  perasa,garam serta gula  secukupnya
6)Tutup api, angkat dan curah sambal tadi atas ikan goreng
Abaikan pinggan retak menanti belah  itu, sila fokus pada ikan senangin goreng sambal cili merah besar campur cili api makcik peria cum makcik tempe
 
Bayam goreng bawang putih pilihan sekeluarga ; kalau masak pasti tak cukup sebekas












Tarikh : 1 December 2013, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Masak-masak juadah makan tengahari







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang