Thursday 19 September 2013

Cadangan menu makan tengahari untuk diet ; Acar berempah bersama ayam masak merah makcik tempe

Amboi boi boi boi ramainya mengoogle menu diet........tak pe adik tak bersalah : )  Buat pengetahuan adik , ayam masak merah bukan menu untuk diet, ia  lebih kepada  menu untuk menambahkan berat badan je. Tapi pada pendapat makcik yang hanya belajar di primary and  secondry school ni, kita boleh  makan makanan yang sedap masa tengah berdiet cuma  kenalah pandai  jaga pengambilan kalori dan kalau boleh   makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil dan kerap.Pokok pokoknya apa ??pokoknya  kita kena rajin bersenam atau beraero aero macam ELLA,  dan banyakkan minum air. ~konpius,aku pakar diet atau pakar diabetis??~

Kita mulakan dengan menu diet hari pertama  acar berempah

Bahan-bahannya

1)8 ulas bawang merah-belah dua setiap biji
2)5-6 ulas bawang putih-belah dua setiap biji
3)1 1/2 batang timun-buang empulur dan potong jejari
4)1 batang carrot-dikupas dan potong jejari
5)1 biji cili merah-dibuang biji dan dipotong jejari
Jejari  timun
 jejari carrot
6)1 1/2 cm halia-kupas kulit dan dimayang halus
7)1 sudu besar rempah kari dibancuh dengan sedikit air
8)Sedikit kayu manis, buah pelaga dan rempah campur
9)sedikit cuka
10)garam, gula dan serbuk perasa
11)air

 Cara menyediakannya-Masa menumis gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau rempahnya 
1)Panaskan minyak dan tumis kayu manis , buah pelaga , halia dan rempah campur sehingga naik bau
2)Bila dah naik bau masukkan bawang merah dan putih dan tumis sehingga layu
3)Bila bawang dah layu masukkan rempah kari -kacau sekejap
4)Masukkan jejari cili merah, carrot & timun diikuti dengan sedikit air dan biar jejari  timun & carrot empuk
5)Masukkan  1-2 sudu besar cuka-Kacau sekata
6) Sebelum diangkat ,masukkan garam, gula dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
Acar berempah

Bahan-bahan untuk membuat ayam masak merah(anggaran separuh ekor ayam)
Ayam separuh ekor dibersehkan , digaram kunyit dan digoreng  70-80%  masak

1)Bahan tumis ; 4 batang serai,1/2 cm kunyit hidup,  2 cm halia, 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih-dikisar halus
2)15-20 tangkai cili kering-direndam dalam air & dikisar
3)3 sudu besar tomato puri
4)100 ml santan atau susu ideal
5)garam, gula dan serbuk  perasa
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak
2)Setelah bahan tumisan  pecah minyak masukkan cili kisar  diikuti dengan tomato puri dan tumis lagi sehingga pecah minyak
3)Bila semuanya dah pecah minyak, masukkan santan atau susu cair diikuti dengan gula , garam dan serbuk perasa-Kacau sekata .
4)Akhir sekali masukkan ayam goreng-Biar mendidih sekejap
5)Seimbangkan rasa dan tutup api
Ayam masak merah.yummy yummy yummy
Biasalah  pepagi brader muka ketat.Berselera sungguh  Firdaus makan nasi bersama dengan acar berempah dan ayam masak merah.



~Sekadar luahan hati~

Anakku!!  menangislah sepuas hatimu sepertimana aku  menangis dan terus  menangis sepanjang hidup kerana kehilanganmu .Bukan nak mengusung amarah apatah lagi dendam aku cuma mahu merungkai segala yang terbuku didada.Terima kasih kerana mengajar aku sesuatu tentang hidup ini.








Tarikh : 19 September 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Menu makan tengahari cum breakfast






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )