Showing posts sorted by relevance for query fruity bakery & cafe. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query fruity bakery & cafe. Sort by date Show all posts

Monday, 31 December 2012

Fruity bakery & cafe ; pilihan makcik dulu kini dan selama-lamanya

 Petang Jumaat lepas   yuyi ambik aku balik  kerja . Masa tu dia  tengah demam selsema , aku memang tak bagi dia ambik aku. Kalau boleh aku suruh dia rehat sepenuhnya kat rumah tapi dia degil nak gak  ambik aku balik  kerja. Dalam kereta dalam perjalanan ke rumah dia bagitahu aku perut dia lapar kalau boleh dia  nak makan kat Fruity. Aku on je , Sampai je rumah aku terus ambik Firdaus dari rumah pengasuh.Waktu tu suami pulak dah balik kerja aku ajaklah dia pergi sekali.

Yang bestnya Fruity Bakery & cafe ni ada bermacam-macam menu cuma yang tak de kat sini  menu masakan kampung je . Menu wajib setiap kali kitaorang makan kat sini semestinya croissant tuna , laksa Thai dan kek.Kat sini memang mewah kek yang sedap-sedap belaka. Yuyi yang suka order kek memang tak pernah mis  order kek,  ada 2 atau 3 jenis kek  yang dia suka kat sini.Salah satunya  black forest cake. Cheese cake memang dia tak gemar , aku je gemar cheese cake.ha ha ha .Jadi haruslah order untuk aku cheese cake.

Budak tak sihat bersama dengan budak yang tak sabar tunggu makanan tiba
 Sekarang ni aku dah  beralih arah kepada green tea dan chinese tea
selera orang tak sihat : )
 terbaek ; keknya  sedap serta mewah krim
 croissant tuna yang sedap
 sizzling chicken rosemary
Baru je habis makan kek terus makan chicken chop.Semenjak cuti sekolah ni nampak sangat badan dia dah berisi.
suami makan Thai laksa




Sekian saje cerita Jalan-jalan cari cafe aku  buat masa ni............................Lega makcik kelengkapan sekolah putera bongsu dah setel.Persiapan putera bongsu ku back to school akan ku ceritakan  malam ni, InsyaAllah. *puii putera bongsu konon*


Dari makcik peminat tegar tempe dan cheese cake





 iklan tak  berbayar

Address:
Fruity Cake Sdn Bhd,
No. 107, Lebuh Turi,
Off Persiaran Raja Muda Musa,
Taman Chi Liung,
41200 Klang, Selangor
Tel: 03-33731071 (Hunting line)

Branch:
Maju Junction Mall,
K02, Lower Ground Floor, 1001,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26925813







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 16 March 2014

Koleksi cefe kegemaran keluarga ; JJCM



Hujung minggu dikala cuaca yang agak berjerebu lebih lagi ketika negara Malaysia kucintai ini masih lagi berduka cita atas  kehilangan MH370, kaki ni terasa berat hendak  melangkah keluar dari rumah.Cehhhh wah terserlah sungguh sifat keperihatinan aku di situ.Pakkal lah yuyi ajak temamkan dia pergi bakery, kalau tak jangan harap aku nak keluar rumah. Kasihan yuyi, dahlah perut lapar, lepas  pergi  ke hampir 3 buah bakery,dia masih tak jumpa barang yang di cari jadi kesudahannya dia ajak aku balik. Sebelum balik, kami singgah makan dekat  Fruity.

 Samada korang perasan atau tak, aksi tu nampak sedikit manja , gelikss mak tau


Blogger yang kononnya tegar ni tak punya account facebook dan instagram dia cuma punya account twitter saje, jadi sesiapa yang berminat nak tahu perkembangan terkini pasal dia sila follow dia punya twitter.ceh wah dah macam retis di situ.

Apasal buat  muka serius, nak cucuk ayam je pun
Kenapa sampai nak keluarkan gigi?, kek coklat je pun

chicken chopnya agak keras sedikit. tulah adik, aku nak orderkan dia chicken sizzling dia tak nak,hambekk ko , sampai makan pakai tangan sebab tak larat potong ayam dengan pisau



Perghhhh sorganya bila dapat makan croisant tuna serta minum secawan tea dipetang hari. Croisant tuna salah satu menu yang wajib diorder setiap kali makan dekat sini.














Tarikh : 15 March 2014,sabtu
 Lokasi : Fruity Bakery & Cafe Klang













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 16 April 2013

The Loaf

Habit aku : Setiap  kali masuk shopping mall mesti nak cari bakery.Bila dah jumpa bakery pasti nak menyinggah. Hari sabtu hari tu masa aku pergi empire shopping mall subang aku sempat singgah di The Loaf  kedai bakery dan pastry berkonsepkan Jepun, kalau nak tau kedai roti ni  milik mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohammad ..Entah apa kena dengan aku ni, setiap kali masuk  kedai roti & bakery suka nak teruja tak tentu pasal, mulalah aku rambang mata tak tahu nak beli yang mana satu.

Harap-harap tak de yang salah faham, bukan semua bakery  buat aku teruja ,buat masa ni aku hanya teruja dengan Fruity Bakery Cafe, The Loaf , Lavender Bakery dan  The Baker's Cottage.


Tun, tolong buka sebuah cawangan kat Jaya Jusco Bukit Tinggi : )


I Love it
Croissantnya menyelerakan,terbaek
heavennya dapat makan cranberry cheese ketika lapar
 Aku dah jatuh cinta dengan Cranberry cheese "The Loaf"










Tarikh : 13 April 2013
Lokasi : The Loaf Empire Shopping mall
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu
 











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 12 November 2013

Tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula bisness yang pernah menjadi sumber rezeki aku suatu ketika dahulu

Senang citer.... hidup jangan mendongak langit sangat... sesekali pandang rumput dibumi. Bukan apa takut kita tak perasan bila  rumput bertukar kaler . Pepatah melayu juga ada menyebut "Tidak akan hilang bisa ular yang menyusur akar..*baca cam gaya samy Vellu* . Sesungguhnya semua orang ada jasa mereka tak banyak sikit tetap jasa ye dak. Mak bagi doploh sen , dengan duit tu kita beli cikades.Berjasa juga mak kepada kita walaupun kita tahu mak tak berapa nak ada duit pada masa tu???  walaupun mak kita tu cleaner je tapi nampak tak pengorbanan di situ?   harus  up cleaner sebab arwah mak aku cleaner office & toilet. Masa tu kita tahu  mak  keja cleaner demi membesarkan anak-anak cuma kita tak memahami situasi mak.Ha ha ha bila yuyi baca entry ni mesti dia cakap aku "emosi lebih"

Blog crazymoney, Avon, Leno, Tupperware , Rorine, Menang Gelas,produk eriesya spa, produk reena's cosmetic  terima kasih kerana pernah menjadi sumber rezeki aku bagi membesarkan  anak-anak, maaf beribu maaf  kalau ada yang tak tersenarai dalam list.

Berbalik pada tajuk entry, hari  jumaat lepas,  selepas  balik keja yuyi ajak aku  temankan dia beli barang kat  Avon. Alahai.. rasa dah lama tak jejak kaki  ke kedai Avon. Lepas   beli barang avon, kitaorang menyeberang jalan menuju ke Fruity Bakery and Cafe.
Sempat sambar buku avon...makcik masih ahli avon nyahhhh

Sementara menunggu makanan sampai, kita bukak dulu hasil rembatan di Avon
Kasihan yuyi, baru nak belajar jadi feminin.Geram betul dia kat aku.Mana taknya setiap kali dia mengayakan aksesori yang baru dibelinya didepan cermin, aku bantai gelakkkk.
ha ha ha ciannya yuyi baru nak berjinak-jinak dengan  aksesori rantai
alo alo comelnya cincin yuyi

Aiman tak kisah  perfume mahal murah  aiman sembur
Chicken sizzling  with manyak manyak carrot.



















Tarikh : 8 November 2013, Jumaat
Lokasi : Fruity Bakery and Cafe, Klang
Peristiwa : beli barang Avon




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .