Tuesday, 17 March 2015

Stall cendol & rojak dekat roundabout Taman Chi Liung Klang


Salam Isnin,

Cik senah perlukan ketenangan sekarang ni.  Panas hati cik senah ni masih  belum reda . Masih tèrngiang-ngiang lagi ditelinga cik senah  ayat berbaur  sindiran yang keluar dari mulut seseorang  yang 24/7 tak puas hati dengan orang sekeliling terutama dengan saudara maranya sendiri. Cik senah tàk ambik port pun kalau dia nak tak puas hati dengan sesiapa je pun. Yang cik senah benggangkan, dia meroyan dengan salah seorang saudaranya,  cik senah  pulak jadi punching bag untuk dia  lepas geram. Jujur cakaplah ya, ko gila ke apa nak meroyan dengan status facebook saudara sendiri yang jelas status saudara ko tu  tak mention pun dia rampas laki ko ke,pakwe ko ke. Sakitnya tuh disini ke bila saudara ko tu show off  harta karunnya yang terkumpul. Kalau rasa status facebook saudara ko  tu amat menjijikkan , tak payahlah ko  nak skodeng facebook dia ye dak. Apalah ko ni bengap sangat. Haishhh,malas cik senah nak layan budak tak cukup umur aka bengap ni. Layan cendol sambil makan rojak dekat roundabout Taman chi Liung Kelang ,lagi baikkk.Saper pernah layan cendol & rojak dekàt sini? Angkat tangan.





Adik makan cendol biasa

Adik kureng sikit dengan cendol 


cuba bagi dia air sirap, senyum sampai ke telinga
Budak tak sihat makan  cendol + pulut. Sabau jelah, tak padan yang selsema.

cik senah pun makan cendol pulut

Rugilah, kalau datang stall ni tak beli rojak















Okeylah cik senah dah mengantuk ni. Cik senah masuk tidur dulu ya. InsyaAllah kalau  ada masa lapang nanti cik senah update lagi.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 9 March 2015

Masak masak untuk juadah makan Besar Tahun Baru Cina bersama MIL cik senah.

Salam Isnin,

Dah masuk  bulan  Mac, cik senah terhegeh -hegeh nak update cerita makan besar kat rumah MIL sempena tahun baru cina minggu lepas. Sejujurnya semenjak dua menjak ni cik senah sibuk yang amat. Cik senah sendiri kurang pasti apa yang cik senah sibukkan.hehehe. Apa yang pasti dalam minggu ni cik senah akan bepindah lagi ke tempat baru, bersebelahan dengan tempat sekarang. Apa- apa pun  cik senah gembira dengan tempat baru, tak ramai ,ada privacy sikit laa. Terbaik buat cik senah ,biar dimata orang lain nampak serabut. Hahaha.Mungkin  ada hikmah disebaliknya . Allah knows the best. Aahhh kang cik senah dah spekiong london tu.....

Tak nak membebel lagi,perut cik senah dah berdondang sayang. Cik senah nak pergi kantin. Korang layan je ikan jenahak goreng halia resepi turun temurun mil cik senah ni.

 
Mil cik senah aka popo  forever young. Cik senah syak yuyi tengah belajar tips memikat hati bakal mak mertua dengan poponya
 

MIL sedang menunjukkan skill membalikkan-balikkan ikan   dalam kuali

Resepi Ikan jenahak goreng halia
Bahan-bahan
1)Ikan jenahak saiz  besar[dibersehkan dan dikelar dibahagian badan]
2)2 ketul halia tua[dikupas kulit dan dimayang halus]
3)Kicap cair  50ml -100ml[bergantung kepada saiz ikan]
4)sedikit air
5)Minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing[ketepikan]
2)Dalam kuali lain,panaskan minyak masak dan sedikit minyak bijan.Tumis hirisan halia hingga garing dan naik bau.
3)Masukkan kicap cair,kacau kesemuanya biar sebati .Masukkan air,kacau sekejap dan tutup api.
4)Curahkan bahan tumis ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

 
Mengikut arah jam,ikan jenahak goreng halia,ayam goreng mengcongkam resepi MIL turun temurun[ko ado],kari ayam juga resepi MIL turun temurun dan sayur campur


Makan besar yang tak berapa nak besar. Apa-apa pun kita  kena  bersyukur, Alhamdulillah masih ada rezeki dari Allah SWT

 
Cik senah  & anak -anak  bersama  family mil










Cukup setakat ini  saje untuk hari ni,ada masa nanti cik senah update ye. Akhir kata majulah sukan untuk negara. ♥♥♥♥























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .