Wednesday, 23 January 2013

yes , itu budak kilang tempat aku bekerja dan dia mempunyai blog ; Tak semestinya mulut yang longkang itu mempunyai hati yang sama longkang..isu yang harus kita kupas bersama : )

Mana boleh bagi tahu saper orangnya.............. tak tau berapa ribu orang kat ofis ni yang baca blog aku tapi tak nak mengaku.......hipokrit di situkan?*baca boleh percaya jangan*tapi lelaki yang membuatkan aku bengang tu memang budak kilang.Budak kilang  itu memang luarannya tak nampak  jamban tapi mulut dan hatinya  ada sedikit  jamban  *feningkan*

Selepas kejadian itu , hati  ini memang benar-benar mendidih, rasanya  mahu saje aku layangkan penumbuk ke muka dan  mulut jamban budak lelaki  itu. Nasib baiklah belum ada  syaitan yang mencucuk-cucuk tangan aku ni kalau tak haish!! haish!!! aku tak tahu apa yang akan berlaku . Selagi boleh sabar aku sabar kalau dah tak boleh sabar garenti aku bertindak mengikut arahan kepala lutut aku. Musibabnya perangai budak lelaki poyo ni."Aku bercakap dengan suara -suara yang serak basah ala macam suara awie tu.hoiiiiiiiiiiiiiiii apahal ni? saper baling selipar lagi ni.kuang ajarkan...........


Petang semalam  entah apa yang dah merasuk fikiran aku , balik kerja aku terus suruh suami berhentikan motor kat kedai Acheh , tetiba je mood memasak aku sampai , apalagi jam tu gak tangan aku capai ikan , sotong , dan sayur -sayuran.Yeah !!!!!bila aku tengah marah otomatik kerajinan aku sampai, itulah salah satu sikap aku yang paling buruk yang korang kena tahu  selain dari tabiat  membasuh tuala mandi setiap hari. Cerita panas ni disambung dan  diaktifkan  oleh jin pakai toncit


Balik kerja petang semalam aku masak simple je, aku  buat ikan cencaru bakar, sayur pulak aku goreng
kangkung belacan


hasil rembatan dari kedai Acheh yang berdekatan dengan rumah aku

sayur-sayuran wajib ada
Aku bakar ikan cencaru dalam chefal kesayangan : ) Sebelum ikan dibakar  harus ikan itu  dibedung  mengunakan aluminium foil supaya badan ikan  tak melekat didasar chefal kemudian  bendung ikan itu dengan sedikit daun kunyit.terimak.Sebelum dibakar titikkan sedikit minyak di atas ikan tadi.
 Status ikan cencaru bakar ni macam goreng pun ada. Kasihan bila ikan cencaru bakar dah terlebih bakar : (

Pencicah ikan cencaru bakar ; 

Aku ambil 3 ekor sotong  buat rencah kangkung goreng belacanku ; Siang sotong , basuh berseh  dan sejat airnya

Bahan -bahan tumisan yang akan  dikisar kering  sederhana halus ; 5-6 biji cili api yang tak berapa pedas , sedikit belacan , 2 biji cili masak, 3 ulas bawang merah dan dua ulas bawang putih .Basuh semua bahan-bahan terlebih dahulu sebelum dikisar. Belacan pun aku basuh boleh gitu.Tak senonohkan perangai aku.

Cara-cara membuatnya

 Tumis bahan kisar  didalam  sedikit minyak panas  hingga  naik bau dan pecah minyak . guna api sederhana besar. Bila bahan tumisan dah pecah minyak kita masukkan pulak sotong yang dah dipotong dan disejat airnya dan terus besarkan api. Kacau kaup balik sotong tadi kemudian masukkan kangkung yang dah dibasuh dan  dituskan.Kacau dan kaup balik, akhir sekali masukkan sos tiram sebagai penganti garam dan serbuk perasa.


kangkung goreng belacanku yang menjadi feveret Firdaus 
Sempat lagi aku perhangatkan sambal sardin balance juadah malam semalam
Budak yang tak sabar  menunggu aku menyiapkan hidangan makan malam
Laju je Firdaus makan nasi bila ada ikan cencaru bakar dengan kangkung goreng belacan


Sekian saje cerita aku dan juadah makan malam tadi



Sempena esok umat Islam semua menyambut  hari kelahiran Nabi Muhammad SAW  marilah sama-sama kita alunkan Selawat ke atas Rasul junjungan kita. Aku tengah beristighfar, cerita budak kilang bermulut jamban  aku  KIV sehingga ke satu tarikh yang  akan diberitahu kelak.hoiiii saper baling  telur  tembelang ni.dush dush aku  tengah elak ni, haish nasib baik tak kena kat  dress  aku.


Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 22 January 2013

Mulut longkang okeylah sikit dari mulut jamban ; gelilah dengan kawan lelaki aku yang 24jam update status kat facebook ni

 Bersambung cerita di sini, Hoiiiiiiiiiiiiii  berapa banyak selipar korang nak baling kat aku ni?  Sabarlah dulu sambungan cerita Duandee terpaksa aku hentikan seketika bagi memberi laluan kepada cerita yang lebih penting dan hot gitu. Gara-gara  budak hafiz ni aku kena KIV cite Duandee. Apa kena ko Hafiz meroyan atau dah lama hidup. Kenapa lu lebih sudu dari kuah?Gua  tak cari pasal dengan lu . Gua  cuma cari pasal  dengan  awek alam bunian lu . Wak lu , kenapa lu up status  kat facebook  "gua  pompuan bermulut longkang" . Kalau gua pompuan bermulut longkang, lu jantan mulut jambans.  hei!!  lu dah bikin  gua panas.Gua tak kacau lu beb.Gua pandang lu kecik besar kecik besar . Boleh tak lu jangan bagi gua  berfikir sebagai seorang ganster yang mempunyai masa depan yang cerah untuk menjadi hero KL Ganster 50. 

Gua tahulah lu frust dengan mak we alam bunian lu yang dah ada kekasih hati.Come to papa , meh nangis kat bahu papa, ala cian busyuk , frust ye. Itu lu punya pasal, gua tak de mengena dalam lu punya cerita. Gua tak pedulik , gua tengah panas ni. Gua dah copy paste segala pengakuan berani mati  lu yang cintakan  awek alam bunian dalam diam" Seriously lu memang jantang bermulut haram jadah jadam jadom kaho na pyar hai. Lu ingat dengan  mengikat pertunangan dengan seorang  pelakon spektra tahun 80 an , lu  boleh menutup spekulasi percintaan lu dengan awek alam bunian tu. .Cian tak de pelakon lain ke  yang lu nak ambik jadi tunang ?


Gua tak boleh cite-cite lebih pasal lu lah, Gua fening , gua rasa nak tampar mulut jamban lu 44 kali.Gelis tau I bila lelaki macam u  suka  sangat nak update status kat Facebook.opss gua lupa lu ada update status masa  lu   jatuh terhentak terduduk kerana  terpijak kulit pisang abu yang  gua baling?  milo ais lu yang sedap tu ada lipas?

Luahan hati panas terpaksa dihentikan  seketika bagi memberi laluan kepada cerita aku dan family makan-makan di Duandee pada petang 18 January 2013

Dah macam kiah propa

pengacau kucing tegar

hye, kenal saya tak ?

Oppa gangnam style
pengila cekak rambut tegar

Gula-gula hacks memang tak boleh berpisah dengan milo aisnya
Tomyam seafood
 sotong goreng tepung terbaek
 Kailan goreng belacan
 Telur bistik 
 yuyi dengan ketam tak dapat dipisahkan 
 motip makan sambil memerhatikan kucing
 dua orang budak yang dari pagi belum makan lagi : (



Sekian saje cerita aku, Family makan-makan di Duandee  dan jantan mulut jamban





Gua tengah tenang ni, gua nak lupakan awek lu yang macam ramlah ram dan lu yang macam Hafiz.Bukan apa bila gua ingat pasal lu, gua rasa jam  ni gak gua nak tarik rambut lu yang ketak-ketak tu kemudian tendang vontot lu 44444 juta kali sampai pipih vontot lu.boleh?





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .