Monday 5 February 2024

Repeat Padi House. Takde istilah bosan makan kat Padi House


28 Jan 2024  Ahad.  Masa makcik dlm grab nak menuju ke SINI  menantu call, dia bagitau makcik , ahad  kul 9.30 pagi dia nak bawak makcik jumpa lawyer kat Lotus Semenyih  . Jadi untuk menyenangkan urusan berjumpa ngan lawyer hari ahad tu,  makcik tak balik umah makcik. Makcik stay  umah cik yuyi je .Makcik gi bangi semata2 nak makan sate baung , conform lah takde bawak pakaian . Jadi  malam tu, cik yuyi  bawak makcik balik klang  jap ,  ambik pakaian . Isnin tu daus ada exam, dia ambik buku dia sekali  .

Pukul 9.30 pagi menantu bawa makcik  gi jumpa lawyer kat Lotus Semenyih . Sok sek sok sek kat sejam setengah. Selesai urusan ngan lawyer, balik umah cik yuyi. Dalam kul 1.00 pm gerak dari umah cik yuyi.  Makcik suruh dia  hantar sampai KL sentral je. 

Sejak dua menjak ni ,makcik ngan Daus  gila naik LRT & MRT. Sampai  Cik yuyi cakap,sangguplah mak, tak nak org hantar sampai umah semata2 nak naik LRT.Ha ha ha. Sebelum gi KL sentral , dia bawak kitaorg  makan kat Padi House IOI conezion.




Padi House IOI Conezion


Suka kat sini, tak ramai org. Makcik sejenis yg suka tempat sunyi



Dah lama tak tepek muka cik yuyi kat sini




Daus makan deep fried chicken parmigiana with pasta & salad


Menantu makan Mongolian lamb cutlet with garlic sauce  ngan  mouse coklat kek



Mouse coklat kek, makcik tak makan, makcik suka marble  kek dia je




3 kali tepek gambar mouse coklat kek tu,sebab cantik dik  .air tembikai menantu


Kitaorg  minum air kosong



Marble kek dia menjadi pujaan makcik dan cucu sulung. Sedap sesangat2


Makcik makan petai fried rice



Petai fried rice sedap makan bersama hirisan cili api kampung. sedap angat2


Spaghetti bolognese tuk cucu bongsu, cucu sulung makan paata mac & cheese, lupa nak ambik gambar.




Cik yuyi makan stir fried beef  horfun bersama extra hirisan cili api kampung



Padi House


 

No comments:

Pengikut Tegar : )