Salam Sabtu,
Suatu waktu dahulu, cik ina seorang penulis diari yang tegar. Setiap hari ada je benda nak tulis dalam diari.
Diari ,menjadi tempat cik ina mencurah rasa dan suka duka kehidupan sebelum aktif berblog . Diari tahun 2002 hingga 2013 ni, masih dalam simpanan cik ina. Sayang nak buang, saje buat kenangan. Semenjak mula berblog sekitar tahun 2009, cik ina mencurah segala rasa di blog. Blog ni umpama first diari digital buat cik ina sepanjang terjebak dalam dunia maya. Sekarang ni, tak tulis diari dah no more. Diari cik ina buat buku mencatat hutang piutang, perbelanjaan harian dan hal-hal penting & tarikh penting terutama tarikh peod je.huk huk huk huk
My second diari digital, Instagram. Lagi 10 followers untuk cukup 1000 followers. Tak reti -reti nak follow.huk huk huk
Cik ina tak dapat nak kongsi lebih- lebih majlis merisik cik yuyi . Cik ina kena hormat privacy cik yuyi.
Majlis pernikahan cik yuyi telah berlangsung pada 18 Sept 2015 hari Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam.
Satu - satunya gambar masa nikah cik yuyi yang cik ina update dalam instagram cik ina
Anak lelaki cik ina no 3, menjadi orang penting dalam majlis pernikahan cik yuyi
Majlis persandingan cik yuyi telah berlangsung dalam keadaan serba sederhana pada 19 sept 2015 hari sabtu di Laman kayangan Shah Alam.
Lagi gambar orang penting sebelum majlis persandingan berlangsung.
Kredit gambar pernikahan & persandingan cik yuyi & En.Ayun kepada
Syukur Alhamdulillah, selesai sudah entry majlis perkahwinan anak sulung cik ina , cik yuyi walaupun tidak secara terperinci tapi okeylah kan. Cik ina harap semua yang menjenguk ke sini puas hati. Sekian, terima kasih.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .