Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts
Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts

Tuesday, 4 July 2023

Secret recipe ; Spicy Tomato Chicken Chop.boleh repeat lagi dan lagi


Salam Khamis . Petang minggu  2/7/23 4.30 petang,  makcik ngan budak form  6 wat foot & shoulder massage  kat  Ayu Borneo, tempat feveret makcik sekeluarga . Selalunya makcik gi Ayu Borneo yg kat  Setia Alam sebab  dekat sikit ngan rumah makcik. 

Lepas habis 90 minit wat  foot & shoulder massage perut makcik lapau, normal lah kan..huk huk huk. Makcik ajak budak form 6 makan kat secret recipe  kat2  situ ,dekat dlm 1 1/2 minit   berjalan kaki.




Tadaaa Secret recipe Setia Alam. Wajib makan kat sini, setiap kali lepas urut  kat Ayu Borneo Setia Alam. Punyalah kerap datang, sampaikan pekerja kat situ dah kenal makcik .ha ha ha



Makcik order spicy tomato chicken chop (Sebelum2 ni tak nampak dlm menu. Makcik syak menu baru. Jarang makcik minat ngan menu ayam.tapi yg ni lain,  peha ayamnya ranggup dilitupi sos tomato pedas yg dibakar(korang kena cuba , serius sedap. ikut tekak makcik , sedap sosnya . Bertambah sedap dihidang panas2 bersama mashed potato ngan salad .  makcik rekmen , korang kena cuba.



Budak form 6 order nasi kerabu ,Tanjat makcik.  Dia tak pernah makan  nasi kerabu, tiber nak order.  Makcik  bagitau dia , nasi kerabu nasi campur ulam2. Dia cakap, dia okey je, dia nak cuba. Lepas habis dia makan nasi kerabu ,makcik tanya sedap ke idak.Dia cakap sedap . lepas ni boleh repeat.



Friday, 10 October 2014

Cerita Hari Raya Aidiladha 2014, Lontong, kuah lodeh & masak lemak

Salam Jumaat,

Saper suka makan lontong dengan kuah lodeh ? angkat tangan.Saper suka masak lemak, tak kiralah masak lemak putih atau cili api? angkat tangan. Dengan bangganya aku angkat tangan. Semua yang tersebut aku suka ,tapi  apakan daya  hampir seluruh ahli keluarga aku tak suka terutama arwah ayah. Asal namanya masak lemak je arwah ayah tak suka jadi no masak lemak kat rumah aku. Seingat aku mula aku belajar makan masak lemak dari seseorang. Dan aku  dan mula belajar masak lemak tu pun sebab seseorang.  Teringat ketika kali  pertama aku memasak  masak lemak cili api. Kelakar gileer, entah saper ajar aku letak bawang putih dalam masak lemak cili api. Hurmmm ,macam tak best je nak kenang babak  yang lepas terutama babak  yang menyayat hati ye dak. Tapi tak semua babak menyayat hati.Ada satu babak yang  mencuit hati aku, babak bila aku  suapkan  kuah lodeh  ke mulut adik. Spontan adik cakap ,"kenapa sup ni rasa pelik." Adik tak bersalah langsung. Mak yang bersalah dalam hal ni sebab tak mengajar adik makan masak lemak. Sedih

Jom intai juadah yang aku masak Hari Raya Aidiladha hari tu. Sebenarnya sejak arwah mak meninggal dunia aku jarang masak  masa  Hari Raya Aidiladha, tapi entah kenapa hari tu rasa  nak masak pulak : )


Rendang ayam , Klik [SINI] untuk resepi
Ketupat mini
Ayam Masak merah, Klik [SINI] untuk resepi
Kuah kacang, Klik [SINI] untuk  resepi

Kebetulan 10 Zulhijjah  jatuh pada hari Ahad 5 Oktober 2014 , jadi bermakna hari Isnin  6 Oktober dapat cuti ganti Hari Raya Aidiladha. Seronoknya bila dengar hari Isnin cuti. Hari Isnin tengahari tu lebih kurang pukul 11 aku suruh yuyi bawak aku ke Tesco nak beli barang keperluan dapur. Sampai je  Tesco yuyi terus ajak makan.Laparlah tu.  Pada mulanya kami bertiga cadang nak makan pecel lele  kat  kiosk ayam penyet  food court  ,siott tutup pulak kiosk tu.  Anggap jelah tak de rezeki nak makan pecal lele sebab rezeki nak makan secret recipe sedang menunggu.la la la la la terima kasih cik yuyi.  Selesai  makan  terus gerak beli barang keperluan  dapur.  Tetiba bangga dengan diri sendiri sebab maintain je   berjalan -jalan cari barang  dengan perut tengah kenyang .

Adik sedaya upaya suruh aku tuang gula yang kat tangan dia tu ke dalam Ice lemon nya
Bisnes juta juta gamaknya
Entah apa nama kek ni, aku lupa
Muka adik macam nak minta susu
Adik makan grilled black pepper chicken.Jangan marah aku suruh dorang tukar  jagung   kepada lecttuce dan timun
Yuyi order stew Aussie beef  steak,tak sedar diri baru cabut gigi ada hati nak makan daging
Hurmmm aku suka Thai style fried rice Secret Recipe.Sedap.






















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 2 June 2014

Grilled black pepper chicken, Grilled Mushroom Chicken ; Secret Recipe


Terasa lamanya tak makan grilled black pepper chicken Secret Recipe. Terlalu lama,  masa tu jagung kukus yang kat sebelah chicken tu pun tak ujud lagi. Entah bila dorang dapat idea buh jagung kukus mengantikan salad dengan hirisan bawang besar gedabak, aku rasa better dulu kot berbanding jagung kukus marang kerapu kepunder marangsekeper ni.



Tak sah kan kalau tak tunjuk gigi

kira spontan ke ni????
Memikirkan PS kat rumah
Aku dan adik pilih grilled black pepper chicken , gula-gula hack pilih grilled mushroom chicken .  
Adik gilerrrr,  makan bersama  pasword WIFI Secret Recipe



cik yuyi pilih  spaghetthi aglio olio  dan milkshake






Tarikh :  1 June 2014, Ahad
Lokasi : Secret Recipe , Tesco, Malaysia








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .