Wednesday 17 January 2024

La Meridien KL. 2 hari 1 malam -28 Sept 2023-29 Sept 2023

Azam  2024,  makcik berjanji akan sentiasa memastikan blog ini berupdate .INSYAALAH.ha ha ha  teringin nak rajin update  mcm mula2 makcik berblog tahun 2009  . Pada waktu tu,kebanyakan post2 makcik banyak berkisar kisah anak2 takpun masak2 . alah masak maen2 je, ikut mood makcik. Janji ada modal tuk update blog . Tahun 2009, anak2 makcik dah besau,  yg  kecik tinggal sibongsu umur 4 tahun sekarang  dah 18 tahun form 6. Saper yg  ikut blog makcik, dorang tahulah,, makcik selalu update pasal  sibongsu, makcik gelar dia sibusyuk masyam.  Sekarang sibongsu suka bahasakan diri dia "Daus". 

Tak tahu dari mana nak mula update. Banyak sgt entry , gambar tersimpan dlm draft. Lat tali lat tali tam plom ,   Ok lah makcik update dulu  percutian  2 hari 1 malam makcik  ngan daus bulan  9 2023 . Bercuti santai2 je, just  untuk berehat.   Kat rumah takde maknanya nak berehat, ada je keja umah nak buat kan . Cara makcik nak betul2 berehat, tak nak pikir pasal kerja2 rumah, makcik akan bercuti ,gilah mana  hotel2, dapat tido dalam semalam pun jadiklah .  Gi ngan Daus oklah semalam. Kalau gi  ngan anak menantu cucu conform2  4 malam. 

Petang khamis makcik bertolak dari rumah ke KL sentral naik komuter Sampai KL sentral, makcik cakap ngan  Daus  nak jalan kaki gi Le Meridien ke,  Daus  cakap , jauh dia tengok waze 20 minit gak nak   jalan kaki .  Makcik cakap, ok.makcik ambik grab. Malas nak bertengkar. Pagi , masa  turun ke bawah, nak ambik makanan  dari rider kat bawah, kitaorang nampak KL sentral ,baru perasan  Le.Meridian kat tepi  KL Sentral je. Kemain naik grab ....


Lepak kat sini sementara menunggu grab datang, bawak gi muzium negara. Daus  terpaksa ikut makcik gi muzium .ekceli dia tak nak gi.



Le Meridien ,Hilton  kedua-dua hotel sebenarnya bersebelahan


Superior room, city view




Motip daus ambik gambar ni???



Dah  terbiasa, setiap kali gi hotel bawak peralatan mandian dari  rumah 


Malam2  Daus  suka  minum kopi  kat tepi tingkap sambil healing





Sila percaya, masa korang  tengok tv kat hotel lah , korang akan jumpa drama zaman kegemilangan spektra .Korang kenalah tengok sampai habis. hurmmmm

Kat bawah tu  KL Sentral  daus 



Pool  share jugak ngan hilton 



pool hilton





Duk hotel masa  hari bekerja seronok  , tak ramai org



Setiap kali gi pool makcik akan  bawak makanan, beshalah lepas berendam conform perut lapau 



Rupa muka budak kena paksa gi muzium, makcik pun satu, tiber nak wat lawatan ke Muzium .ha ha ha



Masa dalam  Muzium makcik banyak ambik gambar,  tapi malas nak tepek kat sini.  

KL Sentral, Nu Sentral sebelah Le Meridien, banyak tempat makan best2, makcik nak jugak  ajak Daus  gi  makan kat  Bangsar Shopping Centre .  Tak salah kan  makcik B40 nak makan kat sini sambil ambik vibe org have2. la la la.






No comments:

Pengikut Tegar : )