Thursday, 19 December 2024

Aunty Aini's Pop Up dah buka di KL DC Mall. Love sangat

 15 Dec 2024 (Ahad)   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.


Hari kerja biasa la makcik masak, tapi hujung minggu sekali-sekala nak jugak rehat. Tangan makcik yang sakit ni pun boleh rileks sama. Jadi, makcik bagitau Cik Yuyi tak nak masak lauk tengahari, cadang nak order Grab je. Tapi Cik Yuyi kata tak payah, dia ajak kami  makan kat Aunty Aini's. Makcik pun on je la. Dalam hati lega juga, tak sia-sia hari tu makcik bagitau Cik Yuyi yang Aunty Aini's dah buka kat DC Mall, KL.

Apa-apa pun, sebelum gerak ke DC Mall, kena isi perut dulu, especially perut si Pecot dengan si Antu. Untuk si Pecot, makcik belikan nasi lemak telur rebus tanpa sambal, si Antu pulak bihun sup. Budak dua orang ni sebelum tidur dah siap pesan kat makcik, pagi esok nak makan apa. Jadi senang la kerja makcik, pagi tinggal order je. Anak bujang dengan makcik confirm nasi lemak!. Gerak dari rumah pukul 1. Sebenarnya Cik Yuyi plan nak gerak pagi, tapi anak-anak dia bangun tengahari. Jadi, tunggu la anak2 dia  mandi dan sarapan dulu, baru boleh gerak.

Sampai DC Mall lebih kurang pukul 2. Makcik tak risau pun Cik Yuyi sesat, hehehe. Dia  dah biasa drive kat KL.




Menu-menu yang ada.


Cik yuyi dengan makcik minum air kosong je


Sirap kahwin  untuk aishah, lemon grass tea lime  untuk Daus


Kesayangan 


Lama dah tak makan kerabu pucuk paku. Memang padu gila rasa dia!! 



Seumur hidup tak pernah makan itik, pertama kali rasa terus dapat merasa itik salai masak lemak cili api. Nikmat yang tak dapat disangkal. Syukur sangat atas rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah.



Telur itik, ayam kampung, itik salai, masak lemak cili api. Sesekali, apa salahnya makan nasi dengan masak lemak cili api, kan? Hehe, sedap gila!


Sambal belacan kuininnya memang padu, rasa meletop-letop dalam mulut!


Kangkung goreng belacan


Dulu selalu tengok Merlissa Zainal dalam majalah, tak sangka boleh jumpa depan-depan. Lagi tak sangka rupanya dia anak sulung Aunty Aini. Seriuslah, terkejut makcik! Ketinggalan betul makcik ni. Terus laju makcik google anak sulung  Aunty Aini.He he he



Rambut kerinting Merlissa tu la yang buat makcik suka tengok dia dulu2. He he he


Dah nama pun model, posing macam mana pun tetap nampak onz!

 Next, insyaAllah Aunty Aini's kat Nilai. Cik Yuyi dah pernah pergi, tinggal makcik dengan Daus je belum sampai.




Aunty Aini's Pop Up
6, Jalan Damanlela
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur






Tuesday, 3 December 2024

Loaded potato bowl dengan brokoli, homemade 🤭


Anak bujang makcik yang nombor tiga tu memang suka sangat makan loaded potato bowl. Setiap kali makcik pergi KFC, mesti dia kirim beli. Satu hari tu, makcik tak sihat, tak ada selera makan, jadi makcik order online bubur ayam MB untuk diri sendiri. Sebelum itu, makcik tanya si bongsu, “Daus nak beli apa-apa tak?” Dia terus jawab, nak loaded potato bowl. Jadi, makcik pun orderkan untuk dia.

Sebaik sahaja bubur sampai, makcik terus makan dengan lahapnya. Hehe! Memang sedap betul makan bubur nasi panas-panas. Sementara tu, makcik perhatikan Daus makan loaded potato bowl dia separuh je. Makcik pun tanya, “Kenapa tak habiskan?”
Dia jawab, “Tak sama macam mak buat.”
Makcik tanya lagi, “Apa yang tak sama?”
Dia kata, “Kentang tak sama.”
Makcik pun balas, “Memanglah tak sama, ni kentang segera! Faham tak? Kalau tak faham, buat-buat faham je.”



Loaded potato bowl sebelum letak topping mayonis dan cheese



Loaded potato bowl selepas letak topping mayonis dan cheese

Resepi Loaded Potato Bowl dengan Brokoli
1. Brokoli
Didihkan air dengan sedikit garam.
Setelah air mendidih, masukkan brokoli dan celur selama 1-2 minit.
Angkat dan tuskan.

2. Popcorn Ayam(makcik guna CP popcorn ayam) 
Ketepikan.

3.Sweet corn kernel, siap sedia untuk digunakan. (makcik guna sweet corn kernel ayam brand) 

4. Kentang Lenyek
Kentang, dipotong kecil-kecil.
Rebus hingga empuk.
Setelah empuk, masukkan sedikit butter dan lenyek hingga halus.
Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus melenyek hingga mencapai tekstur yang diingini.

5. Topping
Mayonis secukupnya.(makcik guna mayonis kewpie) 
Sos cheese secukupnya.(makcik guna Mama G sos cheese) 
Bahan-bahan:
Goreng hingga keemasan.

Cara Penyediaan:
1. Susun kentang lenyek di dasar mangkuk sebagai lapisan pertama.
2. Tambahkan brokoli, popcorn ayam, dan jagung manis di atas kentang lenyek.
3. Tuangkan mayonis dan sos keju secukupnya di atas bahan-bahan tersebut.
4. Hidangkan segera.

Tip:
Untuk rasa lebih menarik, boleh tambahkan serbuk cili atau herba pilihan seperti parsley sebagai hiasan




Thursday, 28 November 2024

Aruan tasik, Jenahak hasil pancingan pak akob dan rakan2 kembali-resepi kari aruan tasik

 27 Nov 2024 Assalamualaikum. Lama sudah makcik tak berkongsi cerita memancing   Pak Akob  dan hasil  pancingannya. Tiba-tiba hari ni, tergerak hati nak bercerita. Rasanya kali terakhir makcik kemas kini tentang hasil pancingannya  ialah pada tahun 2014. Bukanlah makcik tak nak berkongsi, cuma sejak 2014, Pak Akob memang kurang aktif  memancing.

Hari  Sabtu, Pak Akob beritahu Makcik, hari Ahad dia nak bawa  bos dan kawan bos pergi memancing  . Kalau makcik  tak silap dengar, mereka keluar memancing berempat, Pak akob,kawan pak akob, bos  dengan kawan bos. Hasil memancing hari Ahad mereka dapat ikan jenahak, talang dan aruan tasik

Pada tengah hari Isnin, Pak Akob menyiang dan memotong ikan aruan tasik serta ikan talang. Selepas selesai, dia balik ke rumah dan menyimpan semua ikan itu ke dalam peti sejuk beku.

Makcik sampai rumah sekitar pukul 7.30 malam. Bila Makcik buka peti sejuk beku, ikan aruan tasik masih belum keras sepenuhnya. Jadi, Makcik keluarkan ikan itu dan pindahkan ke peti sejuk bawah untuk memudahkan urusan memasak esok pagi tanpa perlu nyah beku.



Di sebelah kiri , bos Pak Akob, manakala di sebelah kanan pula kawan bos Pak Akob, kalau tak silap makcik. Jadi, cuba teka yang mana satu Pak Akob. Tiber!




Hasil pancingan pak akob dan kawan2 



Ikan talang kelihatan di bahagian atas, diikuti ikan jenahak yang agak terselit di tepi sebelah kiri, manakala di bahagian bawah sekali, terdapat ikan aruan tasik.

















Dah  lama tak tengok aruan tasik, tiba-tiba terasa teringin nak makan kari aruan tasik tanpa santan, dengan rasa masam-masam yang menyelerakan. Pagi tadi, makcik masak aruan tasik tanpa santan, lebihkan asam seperti yang diidamkan. Alhamdulillah, akhirnya tertunai juga hasrat hati. Syukur Alhamdulillah!

Resipi Kari Ikan Aruan Tasik Tanpa Santan

Bahan-bahan:
Ikan aruan tasik – basuh bersih dan gaul dengan garam kunyit
Terung hijau thai– belah dua
Pes asam jawa Adabi
air secukupnya
Daun kari
Halba campur
2 bungkus kecil serbuk kari ikan Adabi – bancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Bahan hiris:
Bawang merah
Halia
Bawang putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis halba campur, daun kari, dan bahan hiris hingga naik bau wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, dan masak sehingga pecah minyak. Tambahkan garam untuk perasa.
3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan pes asam jawa diikuti dengan air secukupnya.
4. Biarkan kuah mendidih. Apabila mendidih, masukkan terung dan masak hingga separuh empuk.
5. Masukkan ikan aruan tasik dan serbuk perasa. Masak selama kira-kira 6 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
6. Tutup api dan angkat. Kari ikan aruan tasik siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!


Monday, 25 November 2024

Waffle HongKong Ice Cream sedap di Ao Nang Landmark Night Market

 26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

27 Sept 2024 Bersambung dari cerita di Sini.  Malamnya kami pergi  Ao Nang Landmark Night Market. Kami pergi berasingan. Daus  membonceng makcik naik  motor. Besan dengan topa  naik tuktuk. . Menantu membonceng cik yuyi dengan  anak2 naik motor. Kami semua berjumpa  di Ao Nang Landmark Night Market. 

Ao Nang Landmark Night Market  memang penuh dengan kemeriahan. Kalau dekat Malaysia ni kita  panggil pasar malam. Banyak  gerai-gerai berwarna warni  dihiasi lampu neon terang, mencipta suasana meriah . Bau pelbagai jenis makanan, seperti pad thai, sate ayam, dan pencuci mulut seperti mango sticky rice,  menggamit selera pengunjung.

Pelbagai hiburan jalanan seperti persembahan muzik akustik dan seni jalanan turut menambah keceriaan malam. Selain makanan, terdapat juga gerai yang menjual cenderamata unik, pakaian, dan aksesori buatan tempatan. Ao Nang  Landmark Night Market sebuah pengalaman yang wajib dirasai.




Di satu sudut pasar, makcik tertarik dengan  sebuah gerai yang menjual waffle, dijaga oleh seorang anak muda bersama ibunya. Tanpa berfikir panjang, makcik  terus mendekati gerai tersebut, tertarik dengan pelbagai topping menarik yang dipamerkan.

Pasangan ibu dan anak ini bukan sahaja berniaga untuk mencari rezeki, tetapi juga membawa aura kekeluargaan yang mesra. Pengunjung yang berhenti membeli bukan sahaja menikmati makanan, tetapi juga mendapat pengalaman melihat keakraban dan usaha gigih keluarga ini



Daus kata waffle dia sedap dan rangup, ice cream dan coklatnya pun sedap. Dia cakap macam pertama kali makan waffle sesedap itu.

Makan waffle sambil berjalan di sekitar Ao Nang Night matket  terasa seperti menikmati pencuci mulut di tempat yang sempurna. Selain menjadi sajian yang lazat, ia juga  waffle Hong Kong ice cream sebagai pencuci mulut terbaik!




Rajinnya, muda-muda lagi sudah pandai membantu ibu berniaga.


Di sebelah gerai waffle terdapat gerai ice blended yang diusahakan oleh kakak kepada peniaga waffle.sempat kan makcik interview. Ha ha ha


Gerai ini menawarkan waffle dengan pelbagai pilihan topping dan aiskrim, menjadikannya tarikan istimewa untuk pencinta makanan manis.



Sampai saja di Ao Nang Night Market, terdapat mercu tanda besar, tapi makcik tak pasti  kepala merah tu  apa.



Sebaik je sampai  di sini, Daus beritahu makcik yang dia nak bergerak solo. Makcik tak kisah, budak dah besar, sesekali nak masa bersendiri. 


Ke hulu ke hilir dengan kamera, tapi mana gambarnya, Daus?


Tak pasti tembakan siapa yang paling padu sampai berjaya dapat patung  coklat itu.ha ha ha



Permainan api dan pantai berpisah tiada







Makcik tak ingat apa yang dia jual, tapi kalau dah ingat nanti, makcik akan datang balik ke sini








Comel pulak, tak tahu apa motif Daus ambil gambar dia



Seriusnya menantu makcik



Masing-masing mencuba nasib demi mendapatkan anak patung coklat . hehe!


Selepas menjelajah hampir kesemua gerai, perut pun mula terasa lapar. Menantu membawa makcik dan besan ke gerai menjual makanan. Memang rambang mata  dengan banyak pilihan makanan. Cuma kena mencari dan memilih yang halal. Makcik nampak satu gerai yang menjual set nasi, terus sasarkan gerai tu. Makcik beli 4 set nasi – untuk besan, Daus, Topa, dan makcik sendiri. Ada 2 set nasi ayam pad kra pao dengan telur mata, dan 2 set nasi black pepper chicken dengan telur mata. Makanan untuk cik Yuyi dan anak-anak, menantu yang belikan. Sayangnya, tak ada gambar makanan, masing-masing dah lapar dan terlupa nak ambil gambar. Kalau ada pun, cuma satu gambar je, Daus sempat ambil gambar makanannya, nasi ayam black pepper dengan telur mata.


Makcik lebih banyak menikmati suasana di Ao Nang Landmark Night Market daripada sibuk mengambil gambar. Makcik  terpesona dengan cahaya lampu yang berwarna-warni, aroma makanan yang enak, setiap gerai menawarkan sesuatu yang menarik, dari makanan laut segar hingga barangan kraftangan. 









Ao Nang Landmark Night Market
Ao Nang
Mueang Krabi District,
Krabi 81000, Thailand






Wednesday, 30 October 2024

Berjimba -jimba di Holiday Inn Resort Krabi Ao Nang Beach,Kids Club

 26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cerita bercuti di  Johor Bahru  makcik  simpan dulu ya, almaklumlah makcik bercuti  tahun  lepas jadi gambar2 nya entah mana2. Makcik kena cari balik dalam galeri . Mengambil masa yang  lama jugak nak mencarinya. 

Makcik lompat ke cerita  bercuti di Krabi, bulan sept tahun ni. Sempena harijadi siantu, Cik yuyi nak repeat Krabi, cik yuyi  cakap siantu suka sangat nak pergi krabi. Siantu bagitau cik yuyi dekat Krabi, hari2 dia  boleh naik motor, massage, buat rambut buat kuku. Hurm dekat krabi bolehlah, harga murah nok.

Makcik dengan Daus pertama kali bercuti ke Krabi. Kalau tak silap makcik, anak menantu dengan cucu masuk ni kali kedua . Last makcik  bercuti  bersama dorang di sini. Masa cik yuyi  cakap dengan makcik , dia nak bawak siantu pergi Krabi, makcik on je. Tapi dalam hati Allah SWT je tahu. Sebenarnya makcik sejenis yang takut naik kapal terbang, Sebelum. Naik kapal terbang, conform malam tu tak boleh tidur, dalam otak ni fikir yang bukan2. Demi siantu,makcik  cuba memberanikan diri. Huk huk huk

Sehari sebelum balik Malaysia, makcik temankan cucu mewarna t shirt dekat kids club. Budak2  ni dapat  mewarna pun dah gembira kan.



Tu yang Siantu suka pergi Krabi, dapat pasang  kuku panjang. Dekat Krabi, kita bagi lepas, sebelum balik Malaysia kita kopek ya. Good bye kuku panjang .he he he




Staf lelaki dekat kids club ni nampak tak kekok  mengendalikan kanak2


T shirt sebelum diwarnakan



Terujanya sipecot mewarna  




 Nampak senang, tapi susah jugak.Nasib baik ada siantu yang mahir  mewarna


Tekunnya sipecot. He he he




Hasil kerja tangan siantu


Bulan 9 sipecot masuk 3 tahun, siantu masuk 7 tahun. Adik beradik ni berbeza tingkah laku dan karakter. Dari pemerhatian makcik, sipecot suka bergaya sakan, Siantu besha2 je dia sempoi. ha ha ha



Pandai jugak sipecot mewarna. Ha ha ha 



Pandai Siantu mewarna, conformlah pandai. cik yuyi masukkan Siantu  global art sejak dia  berusia  4 tahun 





Kids club
Holiday Inn Resort Krabi 
244 Moo 2
81000 Ao Nang Beach 
Thailand


Wednesday, 23 October 2024

Santai2 di Hard Rock Cafe Puteri Harbour , makan2 sambil layan lagu


16 June  2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bersambung dari cerita di SINI.  Hari pertama di Johor bahru, kami makan malam di Yanalis cafe Puteri Harbour.  Makcik tahu pasal Yanalis cafe ni dekat tiktok. Ramai jugak artis yang pernah  makan dekat situ. Jadi makcik pun terjebak, kebetulan pulak, masa dekat Puteri Habour tu, tak tahu nak makan dekat mana. Jangan tanya mana gambar makan2. Sedih makcik,semua  gambar  makan dekat Yanalis  Cafe  Daus dah delete. Makcik tak boleh salahkan dia, dah lama, dia tak sangka makcik nak update dalam blog. Lepas makan dekat Yanalis Cafe, kami main electric bike dengan electric scooter  sampai pukul 12 malam. 

Hari kedua di johor Bahru, siangnya kami berjimba2 di Legoland jadi masing2 penat, Malam, malas nak keluar cari tempat makan jadi kami makan  dekat Hard Rock Cafe, lokasinya berdekatan dengan hotel kami duduk.   

Gambar pergi Legoland makcik tengah kumpul2, kalau ada makcik update. 


Makcik dengan Daus pertama kali jejak kaki dekat Hard Rock Cafe. Cik Yuyi   conform dah pernah pergi sebelum ni.


 Sampai Hard Rock Cafe , ko bawak bag  7-eleven tu Daus.He he he 


Menantu bawa kami duduk luar, dekat dalam ada live band,dia risau kami tak selesa  makan dalam suasana bising . Masa muda remaja oklah nak makan sambil layan live band, dah tua2 ni nak tenang2. He he he


Hot fudge brownies, beria ia siantu usik buah ceri tu,  mcm dia nak makan, sebenarnya dia tak makan manis pun.


Boneless bodacius tenders & mac  & cheese for kids

spicy shrimp, kalau tak silap makcik, almaklumlah  gi tahun lepas , tahun ni baru nak update.he he he

Makcik makan grilled  norwegian  salmon . I like salmon very much, tiber

Topa makan original legendary  burger

Daus  makan twisted mac chicken cheese

Mac & cheese for kids

Menantu makan steak, besan makan apa??? makcik lupa. Gambar  tak tahu ke mana.he he he






Hard Rock Cafe Puteri Habour