Saturday, 5 March 2022

Tempat makan menarik Langkawi 2022 wajib try, kedai makan cili kampung

 Assalamulaikum , semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Syukur Alhamdulilah, syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT.

Kan  makcik dah berjanji akan merajinkan diri mengupdate blog.Insyaallah.Entry dalam draft makcik KIV dulu.makcik update cerita terkini ya.

Cerita berkisar pada bulan Februari 2022 .Rancangan nak  ke Langkawi bukan rancangan baru .Rancangan ke Langkawi asyik tertunda disebabkan covid. Last  makcik ke Langkawi  syawal 2014  . 2022 makcik dah tak pedulil covid movid, Langkawi makcik datang.Dengan SOP ketat , Februari 2022 makcik cik yuyi, budak form5, ngan 2 cucu  menaiki  flight pukul 11tengahari (Jumaat)  sampai Langkawi pukul 12.15 tengahari  .Cerita selanjutnya akan makcik ceritakan dientry yg lain.

Cerita hari kedua(sabtu) makcik di Langkawi.Tiber cerita hari kedua, pelan2 ya.makcik tengah susun gambar ☺️.Cik yuyi ajak makan tengahari kat cili kampung. Kata cik yuyi sedap.dia dah pernah makan kat sini.

Lain maciam panas kat Langkawi. Tapi tak menghalang makcik and family bergambar sakan depan kedai.ha ha ha. 


Papan di belakang tu dipenuhi  tandatangan  artis dan vip yg pernah makan kat sini.


Macam2 lah budak form 5 ni


cik yuyi bersama budak 5 tahun dan 5 bulan.ha ha ha.comei2 cucu makcik☺️

budak 5 bulan suka tau berdukung

Masa ni budak 5 tahun ngan makcik

Rasa makanan di masak penuh kasih sayang. Memang puas hati,pedas dia lemak dia semua terbaik...harga agak tinggi sedikit,tapi berbaloi.susah nak cari kedai rasa masakan macam ni di langkawi. Ikan siakap asam pedas terbaik cukup  semua rasa ...mula-mula ingat kecik jer saiz ikan, sekali sampai besar boleh makan untuk 3 orang...memang puas hati. Bendi goreng nampak bodoh,tapi sedap giler. Boleh kata masakan dia macam masak dekat rumah bukan macam masak di kedai...dari segi kebersihan kedai terbaik, tandas berseh dan wangi.okey. servis pun terbaik owner dan pekerja peramah.


 Kitaorang makan

-Daging salai masak lemak
-ikan siakap asam pedas
-ayam goreng kunyit
-bendi goreng




Kedai makan cili kampung

No comments: