Thursday, 6 August 2015

Thistle Port Dickson resort terbaek untuk bercuti


Salam syawal


Seperti biasa, setiap kali raya cik ina sekeluarga mengambil kesempatan bercuti. Kami bercuti selama 4 hari 5 malam. Setelah ditimbang tara, diambil kira dari segala aspek dan dipersetujui  oleh semua ahli keluarga[5 orang ahli sahaja] Kami memilih Port Dickson & Melaka  sebagai destinasi percutian hari raya tahun ni. PD & Melaka je, sila gelak dalam hati. Cukup-cukuplah bercuti masa raya, cik ina dah penat. InsyaAllah tahun depan raya di rumah je. Kalau  nak bercuti pun kena tunggu lepas raya .Hurmmm baru puas hati.saya.hehehe


Sampai Thistle dalam pukul 1 petang. Pertama kali menginap di sini terus jatuh cinta dengan thistle. Penginapan yang selesa , pekerjanya  sangat peramah,tak lekang dengan senyuman . Habis pak guard pun senyum memanjang. Berbagai kemudahan disediakan di sini. Ada padang golf, gym, SPA, movie room, tennis court , ping pong, mini golf & pusat lego untuk kanak-kanak. Aktiviti air & aktiviti darat semua ada. Gud job Thistle, anak bongsu cik ina rindu nak ke sini  lagi.

Sementara menunggu waktu berbuka, kami kemas apa yang patut kemudian terus lepak-lepak anak beranak  kat  atas katil .
Berbuka puasa di hari terakhir puasa di tahun 1436 di salah sebuah restoran seafood berhampiran tempat penginapan kami

Nun di sana  adik duduk bersimpuh disebelah juadah owhh sungguh manisnya manis  tahap diabetis potong kaki. Tidak kira  dimana  kita beraya ,ketupat mini(menangis arwah mak dalam kubur), kuah kacang, rendang dilupa jangan


Menyesal tinggalkan kerepek & keropok  dekat rumah.
Adik buat hal

Gula -gula hacks & adik sempat posing sebelum naik ke bilik
Adik & Akak


Bilik anak-anak
Connecting room
Bilik pak akob dan isteri
Dalam banyak-banyak hotel yang cik ina pernah menginap,  hotel Thistle PD ni je kolam renangnya agak  besar. Kolam yang disediakan sesuai untuk  baby, kanak-kanak, dewasa yang  pandai terapung je macam cik ina  dan dewasa yang pandai berenang. Kami banyak berendam dalam kolam kedalaman 1 meter



Skuad renang berirama kebangsaan.hehehe

Adik tengah buat tutorial cara renang berirama
Dah puas mandi kolam, mandi laut pulak







Sebelah malam pulak kami pakat melayan adik main LEGO







Thistle Port Dickson
KM16, Jalan Pantai
Teluk Kemang
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan
Malaysia







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang