Salam Jumaat,,,
Tak sangka pejam celik pejam celik, esok dah masuk tahun baru 1436 Hijriah. InsyaAllah semoga kita semua diberi hidayah dari Allah SWT. Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharram 1436 Hijrah buat semua umat Islam.Jadi , jom kita tutup buku lama, buka buku baru.
Berbalik pada tajuk entry di atas, Memandangkan hari Jumaat adik habis exam, jadi hari tu sabtu yuyi belanja adik mandi kat Wet World Shah Alam. Cik senah tumpang sekaki. Pukul 9.30 pagi yuyi gerak dari rumah aku terus ke rumah dia ambik gula-gula hacks. Haish boleh tahan budak ni macam anak raja. Macam tak best pulak mandi- manda bertiga. Aku paksa gula -gula hacks ikut. Sampai Wet World dalam pukul 10 .15 pagi am. Nasib baik orang tak ramai.Agenda utama adik dengan akak ni datang sini mestilah nak berendam.Okey fine sebelum korang semua berendam,tempat penginapan cik senah harus disediakan.Ha ha ha tak sah kalau mandi kat Wet World Shah Alam tak sewa Cabana. Aku lepak baca majalah dalam cabana sambil jaga bag....tetiba jekan decide tak nak mandi : )
abang sado bertambah sado sekarang ni...
Macam budak oxford je!!!!
hobi baru menyengih
budak bertiga ni bila dah jumpa air tak ingat doniya
Makanan kat sini kena upgrade untuk mengelakkan kegiatan penyeludupan makanan terus berlaku.Cik senah tak sempat seludup muka cepat cuak
Kebetulan masa tu ,Wet World buat Halloween Escape malamnya jadi dapatlah kami tumpang sekaki bergambar dengan prop halloween sebelum balik.
Mudah sangat adik terpengaruh dengan ajaran sesat photographer bangla Wet World. Ibu dah cakap ,posing macam tu memang tak lah adik nak buat bila dah bujang teruna nanti. Yuyi cakap dia yang dah dewasa ni pun boleh terpengaruh apatah lagi budak kecik. Ha ha ha
Aku tak tahu nak cakap apa,,,hampir 80 % posing adik mengikut ajaran photographer bangla
Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Bayaran Masuk
Hari : Isnin, Selasa , Khamis dan Jumaat
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti sekolah& Cuti Am
Ketinggian 90cm hingga 130cm = RM16.00
Ketinggian melebihi 130cm ke atas = RM20.00
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .