Tuesday 23 April 2013

Dari La Boulangerie A French Bakery ke Japanese Village...jumpa AR.Badul

AR.Badul telah  tersasul menyebut nama Sabree Yunus  sebagai Sabree Fadhil dalam program Bintang Mencari Bintang pada hari ahad hari tu., kepenatan barangkali mendaki anak tangga menuju ke Japanese Village pada petang sabtu tu .Aku agak je, sebab hari sabtu baru-baru ni... masa aku sedang menuruni   anak tangga  ke tempat menunggu shuttle bas ,aku ternampak dia dengan seseorang  sedang menapak anak tangga menuju ke Japanese Village.Salute dengan dia, staminanya masih kuat , badan masih tough walaupun dah agak berumur. Mata dia suka melilau tu standard lah kan : )


Sebelum menuju Japanese Village perut harus diisi. Sajekan, Tak sampai beberapa minit yuyi bawak pergi makan, tak kan lapar kot, mangaku jelah yang sebenarnya aku memang tak boleh nampak bakery.

Tak banyak pilihan, aku cuma beli croissant white chocolate dan butter cookies

Abaikan budak baju merah yang nak mengepaw air  minuman tu : )

Sebelum menuju Japanese Village sempat  posing dengan kereta kuda
Rombongan cik kiah  ke sukan komanwel zaman sekarang
Permandangan di sepanjang jalan menuju ke Japanese village
Yuyi dengan Firdaus dalam free shuttle bas menuju  ke Japanese Village
Gula-gula hack pun nak juga  bergambar dalam free shuttle bas
Permandangan di sekitar Japanese Village
Masih permandangan disekitar Japanese Village

Dari tempat shuttle bas ni kami berhenti nak naik ke Japanese Village, kita kena mendaki sikit, bukan sikit..........kaki kami asam tak de rezeki nak sampai ke Japanese Village
Amboi, bila dah baik macam belangkas. Kami  berdua  frust tak dapat naik ke Japanese Village.
 
Japanese Village 
Berpeluh , rasa nak putus nyawa juge nak menapak naik menuju  Japanese Village .Sampai di separuh jalan  kami berhenti, tak sanggup nak meneruskan perjalanan. Lenkali jelah, kami singgah ye.  Tidaklah teman setakat nak  tengok kampung  Jepun teman kena  merembeskan peluh dan melonggar skru kepala lutut.







Tarikh ; 20 April 2013, Sabtu
Lokasi :
La Boulangerie A French Bakery, Berjaya Hills,
 Bukit Tinggi, Pahang
Japanese Village , Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang
Peristiwa Jalan-Jalan Hujung Minggu




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )