Cerita bersambung dari sini,
selepas aku menyetel apa yang perlu disetelkan, dalam pukul 1.30
petang yuyi dengan gula-gula pun sampai di rumah. Aku call suami ajak
dia join sekali . Dia kata dia tengah bekerja,dia suruh aku pergi
dengan anak-anak dulu nanti dia menyusul kemudian. Masa kat dalam bilik
tengah nak bersiap-siap ke rumah MIL , aku dengar bunyi motor yang
tak semenggah berenti depan rumah. "sah sah bunyi motor suami, tak de
lagi bunyi motor yang tak semenggah kat taman ni selain dari bunyi
motor dia,"bisik hati kecil ku. Bila aku keluar dari bilik aku terkejut
melihat suami dah terpacul di depan pintu bilik."saya join sekalilah awak." Dia gapai tuala lalu masuk ke bilik air dan mandi,
Berbalik pada tajuk asal ; acara makan besar adalah satu upacara wajib untuk orang cina yang kebiasaannya disambut meriah tapi disambut secara sederhana di rumah MIL.Dipendekkan cerita kitaorang gerak dari rumah lebih kurang pukul 1.45 petang, sampai rumah MIL lebih kurang pukul 2.15 petang.Dekatkan rumah aku dengan rumah MIL.
berposing di Flat yang penuh kontroversi
Gula-gula hacks yang sentiasa maintain cute
abang dan adik yang suka berkelahi
yuyi yang dah nampak sedikit berisi opsss habislah kalau dia tahu aku cakap dia dah sedikit berisi
Firdaus tengah lapar , dia alas perut dengan epal dulu
Firdaus, gula-gla hacks dengan MIL yang semakin naik seri semenjak bertukar kaler rambut : )
Dari tadi epal tu tak habis-habis?
Macam kecik pulak pipi yuyi dalam gambar yang ni : )
MIL aku ni dengan asam tak boleh dipisahkan
bakul merah hamper yang yuyi bagi kat MIL
Bibir terukir dengan senyuman tapi perut sedang berkeroncong
Juadah yang disediakan oleh MIL dan adik ipar simple je, ayam goreng halia dengan goreng sayur campur dan malamnya pulak MIL buat ikan stim.
Makan besar cara berlambak boleh gitu : )
Lebih kurang pukul 4 petang kitaorang semua bawak MIL shopping baju, kasut dengan handbag kat Jaya Jusco Bukit Tinggi. Habis shopping hantar MIL balik rumah dia lepas kitaorang terus balik ke rumah.Sebelum balik singgah jap beli nasi ayam dengan otak-otak.
yuyi yang tak sabar nak makan otak-otak , hambek kau mengelupur kepanasan
Dah kenyang cermin mata aku pulak jadi mangsa
Setakat ni saje cerita aku dan cerita family MIL menyambut Chinese New Year 2013
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .