Thursday, 20 December 2012

Tempat sama cuma hari yang berbeza ; kita gabungkan sekali tak pe biar lambat pelan-pelan kayuh ; yang ado

 Abaikan tajuk yang macam  sedikit lahanat tu . Cerita baru atau cerita lama yang ado.Kawan aku ni dah masukkan pun gambar ni dalam fasebuk aku je baru terkial-kial nak tepek kat sini kan aku dah kata yang ado. Aktiviti makan besar dengan kawan ni selalunya  berlaku lepas balik kerja masa tu suami aku bizi dan tak sempat jemput aku  kat tempat biasa.Alang-alang menyeluk pekasam dia tak ambik aku jadi  aku berfoya-foyalah  menghabiskan masa bersama  rakan sekerja di kelab malam berdekatan*baca syok-syok  boleh percaya jangan*. Tempat perfoyaan  selalunya di kedai makan salah satu tempatnya di waroeng penyet.

Aku  belajar  banyak benda di sini.Salah satunya makan bakso bersama cili yang pedas plus plus plus kuasa 10. *fengsan*
 cili & kicap cili  disediakan dan kita boleh ambik sesuka hati kita  macam kat rumah sendiri tapi jangan lupa jaga  adab *aku ni dah macam pengawas perpustakaan pulak*

Bakso sebelum di letak cili pedas plus plus plus
Seriously aku susah  nak makan makanan  berkuah atau bersup  yang pedas plus plus mahu 24 jam aku tersedak dan terbatuk.
Minuman ; teh ais lemon tea ; entah kenapa minuman  lain  aku tak berapa pandai nak order kat waroeng penyet ni.
 Nora Danish memilih ayam penyet bahagian dada saje, apasal bakso aku terselit di situ. 
 Cili pedas plus plus haish entah cili apa yang dorang  guna.Pedas berbeno.
Dada ayam penyet kawanku

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Petang semalam aku ke situ lagi , aku belajar lagi benda baru
Ni teh botol, aku cuba abaikan kotak  tu  aku cuba fokus kepada botol  botol botol dan botol.
 
  Aku belajar makan ayam penyet bersama nasi ; nilah first time aku makan ayam penyet. Baru aku perasan yang aku lemah bab makan nasi  tanpa kuah atau sup.


Ralat

Kesilapan teknikal yang disengajakan; Noorghafura bukan Nora Danish


Sekian saje cerita aku untuk hari ni.

Dari makcik yang mula memuja Fasha Sandha dari jauh





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Dah lama mak esah tak ke dapur dan dah lama mak esah tak tepek resepi ; mak esah bukan ratu kebaya

Di rumah ni aku boleh dikira dengan jari berapa kali aku  masak sambal udang atau  sambal sotong .Bukannya orang dalam rumah ni  tidak berapa gemar dengan udang dan sotong  cuma aku saje yang jarang memasaknya mungkin sebab Firdaus dan yuyi ada alahan dengan dua spesis haiwan laut ni.Selalunya kalau dah teringin sangat nak makan sotong atau udang kita orang makan kat luar je. Udang dan sotong yang ada kat rumah  selalunya aku jadikan rencah untuk mengoreng mee atau nasi.

Sambal sotong dan juadah lain yang ada dalam gambar dibawah aku masak sebelum pegi majlis ke resepsi belah suami adik ipar . Sila jangan sepak aku ye,Kalau anda tak pasti aku pasti yang lagi lama  sesebuah cerita itu lagi  suka  orang sekeliling nak ambik tahu.ha ha ha ha statement tak boleh blahkan.

Resepi sambal sotong aku simple je. Resepi simple tak pe tapi masak tu  kena ada skill beb. Skill aku senang je bahan tumisan kena tumis agak lama, lepas tu bahan-bahan lain main lempar je.ha ha ha terbakokan dengar .Relaxlah jangan tersentap sangat nanti cepat tua.

Ada kemungkinan sambal stong aku ni mengunakan stong 1/2 kilo(tetiba je nak main loghat zizan)

1)20 tangkai cili  kering rendam  dengan air panas kemudian kisar cili  tadi  bersama 5 ulas bawang merah dan seketit belacan.(Seketit tu seerti dengan kecil sangat) Jangan terlebih belacan kang  sambal stong korang  terlebih rasa belacan , ko mampu.
2)bancuh sebesar ibu jari  asam jawa bersama dengan lebih kurang 200ml(sotong pantang dengan air, terlebih air kan sambal sotong korang jadi cair.
3)sotong dibersehkan , dibasuh dan dituskan
4)Hirisan sebiji bawang holand
4)gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa

cara-cara membuatnya

1)Panaskan minyak kemudian tumis cili kisar yang dikisar bersama bawang dan belacan tadi  sehingga  pecah minyak, naik bau dan apa saje lah-guna api sederhana
2)Masukkan air asam jawa -biar  sambal agak mendidih-masih mengunakan api sederhana
3)Masukkan gula  dan garam- seimbangkan rasa gula garam dan asam.
4)Masukkan hirisan bawang besar -kacau sekejap
5)Masukkan sotong- Masak sotong hingga  sederhana masak-Gunakan api sedikit kuat
6)Sebelum angkat masukkan secubit kecil serbuk perasa. 

ikan selar goreng ; ikan goreng kali ni menampakkan yang  aku mengikut  tunjuk ajar ku siput sedut(arwah emak), buang pipi ikan, ridip kat ekor,ridip belah  kiri kanan ikan dan  kerat ekor  .mission complete
Sawi cina  yang menjadi feveret seisi family aku dah tentunya sawi cina  goreng bersama  bawang putih plus fish ball atau tahu ikan
bahan-bahan

1)dua ikat sawi cina- siang ,bersehkan, basuh  dan tuskan.
2)1/2 paket fishball-hiris nipis 
3)1/2 labu bawang putih -pecahkan dengan belakan pisau, kupas dan cincang sedikit
4)dua sudu besar sos tiram

Cara-cara membuatnya 

1)Tumis bawang putih cincang  hingga naik bau dan kekuningan dan kecoklatan pekat-guna api sederhana
2)tumis sekejap hirisan fishball
2)Masukkan sawi cina yang telah dituskan air.- kaup balik-guna api besar
3)masukkan sos tiram-kaup balik sekejap
4)tutup api , angkat dan sedia dihidang
sawi cina goreng bawang putih dan fishball ; Jangan cuba nak membezakan  gambar yang diambil mengunakan handphone dan kamera.Sinematografi Istanbul aku datang lagi indahlah : )



Sekian saje cerita aku buat masa ni............



Dari makcik yang tak marah  dengan orang pemalas  tapi  sekarang ni tengah marah dengan orang yang telah  menutup hampir 5 dan 6  bekas makanan Firdaus  selepas dibasuhnya sebelum bekas itu sempat kering . oh tidak makcik menyampahlahhhhhh bekas yang berlendir dan berminyak . Rasanya sunlight dapat membantu ke? Lagi satu kenapa orang suka sangat  nak pijak kepala orang tak de benda lain ke yang nak dipijak selain dari kepala orang?






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .