Monday, 21 December 2015

Mi sedaap, kenapa sedaap

Salam isnin, dalam gembira ada duka. Bertabahlah wahai penyu.....

Ada yang bertanya pada cik ina , "tak penat ke asyik masak je"
Masak ikut  kemampuan diri.  Insyaallah kita tak penat. Letih aahh nak puaskan hati semua orang. Boleh gila kalau nak ikut semua, ada yang suka ikan , ada yang tak suka ikan, matik.

Jangan betulkan monitor komputer, lappy atau screen hp anda.
Its me, cik ina do do cheng , pemilik blog Hijau itu indah dan permai , suatu waktu dahulu seorang blogger yang sangat rajin update blog. Cik ina kembali dengan semangat baru.Insyaallah.


Juadah makan malam cik ina 2 hari lepas, masa ni tukang masak sakit.


Resepi mi sedaap goreng
Bahan-bahan
3 bungkus Mi sedaap asli flavour[celur sampai lembut , angkat, siram air sejuk dan tuskan airnya, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan dan perencah yang disediakan.Ketepikan.
1 biji bawang holand[dihiris]
2 ulas bawang putih[diketuk]
Sedikit ikan bilis[dicuci bersih]
2 biji telur


3 tangkai sawi[siang dan cuci bersih]
Suku kobis[hiris dan cuci bersih]
Sedikit minyak untuk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Cara memasak
1)Panaskan minyak masak,  tumis ikan bilis dan bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan sayur,kaup balik sekejap.Ketepikan.
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur dan agak garing
4)Masukkan mi sedaap, diikuti dengan 2-3 titis minyak bijan.Kacau sekata.
5)Tutup api dan sedia dihidangkan


Mi sedaap goreng sedap(berapa kali sedap da) di makan bersama kicap cili[hirisan cili api bersama kicap cair], telur goreng atau ikan bilis goreng.












Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, Insyaallah.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 19 December 2015

Donut, tak jemu buat sebab anak-anak cik ina suka


Salam sabtu, dalam gembira ada duka.

Dah lama rasanya tak mencurah rasa hati di sini. Tak tahu kenapa, tetiba hari ni rasa  macam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang lagi sedikit nak berkudis dan hampir bernanah tinggal belum pecah .Cik ina ni jenis orang yang susah nak luahkan apa yang terpendam dihati tapi ni bukan bermakna cik ina ni wanita lindungan kaabah ke atau baik hati tak pernah nak marah ke apa.  Cik ina jenis yang tak suka cari masalah dengan kawan  ke, dengan pasangan ke,  dengan sesiapa je. Cik ina jenis tak ambik port,orang  nak tunjuk pandai ke, nak menunjuk harta benda ke, nak ajar cik ina masak ke.  Cik ina okey je .

Cik ina ni jenis orang yang suka buat sendiri semua kerja rumah terutama memasak kecuali kalau tak larat sangat baru cik ina minta tolong anak-anak. Lately, cik ina tak berapa sihat , perlukan rehat, perlukan ketenangan.  Perlukan kedamaian. Di saat ni,macam susah nak fahamkan  orang yang lambat nak faham. Better orang yang susah faham tu hidup sendiri. Semuanya dah terlambat okey bye, cik ina nak pergi buat donut.


Doh donut ; selepas diperap 30 minit

Resepi Donut [Anggaran dalam 12 ketui donut size sederhana]
Bahan-bahan
1)2 cup tepung gandum[haruslah cik ina guna tepung gandum cap blue key]
2)1/2 tbsp gula pasir
3)1 tbsp butter
4)1 biji telur
5)1 1/2  tsp yis kering [cik ina guna mauripan]
6)1/2 tsp garam
7)1 tsp baking powder
8)1 tbsp susu tepung[nak sedap guna susu tepung lemak berkrim]
9)100ml air suam[jangan panas sangat]
Cara-caranya
1)Larutkan air suam dengan gula kemudian masukkan yis, biar sampai berbuih2.ketepikan
2) Satukan semua bahan dalam bekas. Uli sampai gebu dan tak melekat2 kat tangan.Tutup doh dengan kain berseh. Perap doh dalam 30 minit.
3)Selepas 30 minit, bolehlah mula menerap doh mengunakan acuan .Terap sampai habis.Perap lagi selama 30 minit.

 4)Panaskan minyak, goreng donut di atas api sederhana. Terpulang pada citarasa masing-masing , samada nak goreng garing atau tidak. Cik ina suka goreng garing sikit.
5)Topping, terpulang pada citarasa masing-masing. Cik ina gaul dengan gula castor je.

Tadaaaaa, siap donut cik ina






Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, InsyaAllah.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .