Showing posts with label sotong salted egg. Show all posts
Showing posts with label sotong salted egg. Show all posts

Tuesday, 18 November 2025

Restoran Seafood D'Bendang Sekinchan:Tempat santai untuk pencinta seafood segar!

 5 Apr 2025 - 7 April 2025 (Sabtu-Isnin)

Takkan lah ye kitaorang dari Klang  ke Sekinchan semata-mata nak makan seafood ye dak Memang taklah, nyah. Sementara Daus tunggu result STPM dan kerja part-time kat 7-Eleven, masa yang tepat makcik ajak dia jalan-jalan. Dia pun tak pernah lagi pergi kawasan sawah padi dan desa-desa. Kalau ada pun, sekejap je di sini, tu pun masa dia kecik. Ha ha ha. Esok dia dah start belajar, malas nak kacau dia. Jadi hari ni kita manfaatkan je masa — jalan-jalan tengok sawah, hirup udara segar, ambik gambar cantik, dan opcos , makan seafood sedap! Santai habis, nyah


Kitaorang sampai Sekinchan dah petang, almaklumlah tunggu Daus habis kerja pukul 2, kalau tak silap makcik. Sampai homestay dalam pukul 5 petang. He he he, makcik ajak Daus duduk homestay — layan je, janji bilik ada tingkap nampak sawah padi menghijau. Nasib baik padi tengah menghijau, cantik mata memandang!Lepas settle check in, semua, makcik ajak Daus jalan-jalan sekitar homestay dulu. Ambik angin petang, hirup udara segar, dan sempat snap beberapa gambar sawah yang luas menghijau. Lepas tu, baru kitaorang gerak cari tempat makan seafood — memang heaven lah rasa seafood segar sambil layan pemandangan sawah yang terbentang hijau, sejuk je mata memandang. Angin lembut pun meniup perlahan, buat suasana rasa tenang gila. 



Restoran Seafood D'bendang  terletak di tengah sawah padi bersebelahan Chee Villa. Ruang parking terhad




Tempat yang selesa dan tenang


Bosan campur lapar… memang tak boleh bawa bincang


Waktu ni perut lapar gila, tak sabar nak tunggu makanan sampai



wah lega fun fries sampai dulu







Makcik syorkan sotong telur masin



Tak tahu kenapa, telur ni memang special di hati ramai orang. Untunglah jadi telur.he he he




Feveret Daus, sotong salted egg



Daus minum  jus tembikai & Makcik minum chinese tea suam



Kailan goreng bawang putih & telur dadar



Jenahak stim asam pedas ni dah siap dengan bendi dan tomato, jadi tak payah order sayur dah.



Jenahak stim asam pedas ni serius sedap, isi ikan pun fresh gila

Pengajaran dari percutian makcik ke Sekinchan — lepas ni tak boleh dah nyah jalan-jalan kat desa sampai 3 hari 2 malam. Buat 2 hari 1 malam pun dah cukup nyah



Restoran Seafood D'Bendang
Lot 3919., Jalan Sawah Ban Site B
Pekan Sekinchan
45400 Sekinchan
Selangor



Friday, 10 October 2025

Review Khuntai Thai Restaurant – Rasa Asli Thai, Suasana Pun Menarik

8 oct 2025(Rabu)

Daus nak makan menu ala-ala Krabi vibes gitu . Ok lah, jom kita layan makan kat Khuntai. Sebenarnya makcik dah bosan  makan kat sini, tapi takpelah… demi nak merasa jering Kak Rus dengan sambal belacan, makcik on je. Menu-menu kat sini pun ok je, cuma makcik dah selalu sangat makan kat sini  — tu yang rasa bosan kot. tak caya sudah  , nama mu dollah nenen mu sebelah . tengok sini dan sini dan sini  . banyak kali tak terkira sampai malas nak ambik gambar.he he he



Jadilah dik, Krabi vibes

Tetaplah jadi model blog makcik dari umur 3 tahun hehehe


Tomyam putih seafood dia sedap, rasa masam pedas dia memang kena


tolong ambikkan saya sambal belacan


sambal belacan dia padu


Sambal belacan dari jarak dekat. ha ha ha



Nasi dan jering


Makcik minum lemon ais kosong, daus minum air tembikai



muka model kena banyak


choy sam goreng dia sedap jugak


telur dadar bawang



tomyam putih seafood



Daus dan sotong goreng salted egg berpisah tiada


Makan-makan kita diakhiri dengan mixed fruit dan mangga. Sekian review ringkas pasal Khuntai.




Khuntai Klang 

Taman Perindustrian Air Hitam Phase 1 & 2, No. 14, Jalan Permata 1A/KS09, Pusat Perniagaan Bestari, 42000 Klang, Selangor.