Showing posts with label Happy Mothers Day. Show all posts
Showing posts with label Happy Mothers Day. Show all posts

Friday, 15 May 2015

cik ina do do cheng bukan retis bukan sesaper, hanya makcik suka masak

Salam hari jumaat


Orang cakaplah kan,saper kita nak berkongsi kehidupan harian & aktiviti harian kita dengan orang lain. Biarlah. Setiap orang berhak menyuarakan pendapat & pandangan.Bersuaralah anda selagi boleh bersuara.  Cik ina ni sejak simawar suci telah memanipulasi pendapat dan pandangan cik ina serta menjadikan senjata untuk memeras ugut orang ,cik ina surrender,lepas ni cik ina sumpah  tak nak jadi pencadang mahupun pendengar .Tak nak  dengar  lagi aduan dari simawar suci waima dia dibalun secara bergilir -gilir dengan niger sekalipun  cik ina dah tak nak ambik port .Cik ina tukang tengok je ok. Bunyik macam ganaskan. Sejujurnya cik ina dah gibab buat baik dengan orang ni. Penat.Minta maaf cakaplah buat masa ni cik ina lebih rela mendengar anjing menyalak atau kucing miang mengawan daripada mendengar suara simawar suci .Tak sedap okey. Ya Allah,ampunilah dosaku. Kesucian hati cik ina sedikit tercemar bila bercerita perihal simawar suci .Serius dowh  muka dan suara dia suci sangat  tapi perangai macam  jilake lah lebih hina dari pelacur jalan chow kit. Ayah Rani Kulop cakap "kipidap"

Cik ina nak tukar topiklah.Nak cerita pasal anak Pulak. Cakap pasal anak je, macam terasa -rasa angin suci bertiupan. Owhhh anak-anakku......angin bayu membelai.....

Rutin setiap pagi cik ina ,menyediakan kelengkapan sekolah adik.Rutin yang sama dari yang sulung hingga ke bongsu,pencen masa anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah menengah

Masa anak kecik -kecik dulu  selalu gak  cik ina bawak dorang pergi JJCM. terutama pada cuti hujung minggu. Bila masing-masing dah besar,cik ina pulak follow dorang pergi JJCM.

Hari minggu tu follow lah  anak pergi JJCM kat Manhattan  JJ Bukit Tinggi . Amboi ramainya orang . Cik ina terlupa hari tu hari ibu.Katanya Manhattan ,Happy parents' day jadi dapatlah parents'day meal (Manhattan flaming seafood platter,2 x blue laggoon & 2  x  chowder) dengan harga ok ok lah)
Kasihan yuyi, anak kucing dia tak pandai nak wish happy mothers day . What to do kan. Jadi sempena happy mothers day ni  dia beli makanan dalam tin dan ikan mainan untuk anak kucingnya demi nak mengembirakan hati sendiri .


 

Adik bagi nota kecil tertulis "happy mothers day" saya sayang mak".Adik tanya cik ina,tak kisah ke tak bagi hadiah. Cik ina cakap selagi pemberian tu ikhlas dan bermakna aiman tak kisah.hehehehe

blue laggoon , cik yuyi tambah 2 x ais kosong
 chowder soup


Manhattan flaming seafood platter

Oyster roulette feveret cik yuyi. Setiap kali dia masukkan dalam mulut,cik ina tutup mata.
berdesir panas goreng pisang  dengan aiskrim ,dicurah krim kelapa(english menu bila di terjemahkan secara langsung ke dalam Bahasa Malaysia macam sesuatu je kan)








Akhir kata "KIPIDAP" ,sebelum anda dikipidapkan.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 13 May 2013

Kasih sayang antara kami ; cukup kami saja yang mengetahuinya

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk mengekspresi perasaan cinta dan  kasih sayang terhadap pasangan dan keluarga tersayang. Perasaan cinta kasih sayang itu sebenarnya boleh  diekspresikan dalam berbagai bentuk .Ekceli kami respek sangat -sangat  dengan mereka yang pandai mengekspresikan kasih sayang  melalui kata-kata,kata-kata cinta, kata-kata romantis kad ucapan berisi bahasa puitis,belaian,pelukan, ciuman  dan kesantunan tingkah laku   Sejujurnya kami tak pandai nak mengekspresikan cinta kasih sayang kami dengan cara sebegitu.Kami ada cara tersendiri untuk  mengekspresikan cinta kasih sayang  kami, mungkin korang pun ada cara tersendiri , semua ni terpulang pada diri masing-masing.Tepuk dada tanya selera.

Ok, stop cite pasal ekspresi cinta kasih sayang.Kita cite pasal perjalanan yang tidak dirancang pulak,rancangan awal nak ke pasar malam kat area rumah tapi entah macam mana boleh tersasar sampai ke Jaya Jusco Bukit Tinggi, aku pun tak tahu ?Aku kurang pasti apa tujuan sebenar kami ke sana.
Tetiba je kurasakan yang Firdaus berada di luar negara Malaysia
Yuyi mulai membelek-belek pilihan dihati
Bila dah penat meronda  seluruh Jaya Jusco, kitaorang survey tempat makan. akhirnya tanpa dirancang kami layan "RASAMAS" 
cikgu dengan anak murid mengulangkaji pelajaran bersama-sama
Kasihan.......gula-gula hacks baru putus cinta dengan jururawat. Nak ku pinangkan anak dara pakcik jual murtabak yang comel tu, dia senyap tak de respon.
haish!!! kat rumah tak delah serajin ni .......
We all memilih mirinda strawberry : )
Malam tu aku dengan yuyi tak jamah nasi, kitaorang  dah kenyang sebab sebelum keluar rumah  dah siap isi perut  . 
Ayam percek pilihan kami 
set menu untuk 4 orang syukur Alhamdulillah lebih dari cukup 




Kata ganti nama diri kami ; mewakili seluruh ahli keluarga aku : )



Tarikh : 12 May 2013
Lokasi : Rasamas
, Jaya Jusco Bukit Tinggi
Peristiwa : Jalan -jalan hujung minggu, Happy mothers day





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .