Showing posts with label D'Tavern Restoran. Show all posts
Showing posts with label D'Tavern Restoran. Show all posts

Monday, 13 October 2025

Kembali ke D’Tavern: Steak Sedap & Kenangan Lama

 10 Oct 2025(Friday)

Rindu moment makan kat  sini dan sini  dengan kawan ofis, anak, adik-beradik, arwah ayah dan mak. Tempat ni memang betul-betul mengamit kenangan lama. Teringat juga uncle supervisor yang kerja sini dulu, orangnya baik dan ramah setiap kali kami datang. Sayang, dia dah pun pergi masa musim Covid.Tempat ni pun selalu jadi port kami meraikan kawan yang berhenti kerja atau sambut birthday. Setiap kali melangkah masuk kat sini, terus teringat moment lama dengan kawan-kawan ofis — yang masih ada dan yang dah bawa haluan masing-masing. Kenangan tu memang tak pernah hilang

Jumaat , makcik pergi  makan kat sini. Daus cakap nak makan beef steak, terus makcik cadangkan tempat ni — sebab teringat arwah ayah memang suka sangat beaf steak kat sini. Pak Akob pun join sekali. Ada je Pak Akob tu, cuma makcik jarang ambik gambar dia. Jadi yang selalu tanya “mana Pak Akob?”, haa kali ni tengok puas-puas gambar dia ya. Hehe. Tempat ni tetap sama, cuma orangnya je yang makin berbeza… tapi kenangan tu tetap hangat setiap kali datang.



Walaupun muka Pak Akob dah dimamah usia, tapi tetap nampak kacak... , Mak suruh pakai sunscreen, tapi degil tak nak... hehe

Muka Pak Akob nampak letih, baru balik kerja


Muka dah tak sabar tunggu beef steak sampai!

Dulu ada live band, sekarang dah tak ada dah.



Mushroom soup



Beef steak, Daus nak medium — sedang-sedang masak je. Abaikan luka kat tangan Pak Akob tu, tak sengaja masuk dalam frame.



Daus cakap sedap


Memandangkan makcik tak berapa lapar, jadi makcik share chicken chop black pepper dengan Pak Akob je



Lupa dah Daus minum air apa, makcik dengan Pak Akob cuma minum air suam je.

Makan sambil borak-borak kosong, lepas habis makan terus balik. Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki dan nikmat yang Allah SWT  kurniakan









D'Tavern 
Port Klang 9,11,15
Ground Foor
Pelabohan Klang





Monday, 8 June 2015

Cik ina do do cheng sumber inspirasi atau idola , mana satu ni??


Salam Ahad


Jumaat kelmarin cik ina masuk ofis lambat. Sampai ofis dalam pukul 8.50. Baru nak duduk, sorang rakan ofis datang tanya cik ina dah makan ke belum. Cik ina cakap dah makan . Rakan ofis cakap,dia baru ingat nak belanja cik ina makan. Cik ina konpius. Cik ina tanya kat dia , nak belanja sarapan ke lunch.Dia cakap nak belanja lunch. Cik ina tanya kenapa pulak nak belanja cik ina lunch  Dia cakap sebab cik ina sumber inspirasinya. OMG.Biar betik makcik sumber insprasinya . Hurmmm, cik ina cakap kat dia  , cik ina dah bawak bekal. Kalau betul nak belanja next time. Syukur Alhamdulillah , melimpah ruah rezeki hari jumaat, sorang lagi rakan ofis bagitahu nak belanja cik ina lunch. Katanya cik ina dia punya  idola ,wow wow, wow sumber inspirasi lah ,idola lah apa ni....Kalau rakan ofis yang pertama tadi nak belanja cik ina tolak macam tu je,tapi tidak pada rakan ofis yng kedua, cik ina terus on.


Hidangan pembuka


Cik ina makan fish Set Lunch


Cik noor kita makan steak set lunch


Hidangan penutup






D'Tavern Pub & Restaurant
9,11 & 15, Ground Floor
Bangunan Suzin
Jalan Depoh
Port Klang
Tel no : +603-31688580











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 7 September 2014

sup ekor, western style D'Tavern sedap

5 september 2014, Jumaat..Terpaksa bekerja dan menghadap seseorang dalam keadaan  diri tengah tak sihat ,sakit sebenarnya.Tapi nak buat macam mana? Redholah, Kehidupan harus diteruskan.
Lega....dalam keadaan otak dan badan tengah tak berapa stabil syukur Alhamdulillah dalam masa tak sampai 3 jam aku dapat menyelesaikan tugas yang boleh dikategorikan penting jugaklah dalam hidup seseorang.
Aku masih lagi memerlukan rawatan doktor, petang tu lepas habis kerja yuyi drop aku kat klinik,kemudian dia terus ambik Firdaus dari sekolah. Selesai mendapatkan rawatan,yuyi bawak aku dengan Firdaus makan di D'Tavern  berhampiran.

Senyum jangan tak senyum,tu diaaaa lamb shank dah depan mata
Adik bersama nasi buttter dan chicken ala kingnya

Sup oxtail style western

Ekornya seketui je,tapi besar puaslah jugak makan

 tekak tengah takde selera sedap jugak makan  ceasar salad

Roti biasa ni boleh menjadi luar biasa bila dimakan bersama butter
Vanilla milk shake feveret  firdaus


Entah kenapa,setiap kali tengok banana split ice cream yuyi ni tangan aku ni ringan je nak ketuk kepala dia.







D'Tavern Restaurant
Port Klang,9,11, 15,
Ground Floor
Bangunan D'Tavern,Jalan Depoh
Pelabohan Kelang










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .