Wednesday, 8 January 2025

Percutian 4 Hari 3 Malam ke Johor ; Restoran Kelab Kopi Lama Kempas Johor, boleh repeat lagi...

16 June  2023(Jumaat)-19 June 2023(Isnin)(Throwback) Jumaat -Isnin


Bersambung dari SINI

Tak ingat hari ke berapa di Johor makcik  makan tengahari di sini. Makcik jumpa  Kelab Kopi Lama ni hasil pencarian tempat makan sedap kat Johor di  TikTok. Zaman sekarang, semua info kat hujung jari kan. 





Kelab Kopi Lama, kopitiam bertema tradisional di Kempas, Johor Bahru, terkenal dengan suasana kopitiam lama dan pilihan makanan pelbagai yang dihidangkan sepanjang hari.



Makanan semua sedap gila & banyak pilihan dalam menu. Tempat bersih & selesa dengan suasana yang best.



Tempat ramai orang tapi servis laju gila



Tempat lauk-pauk tersusun rapi, dengan persekitaran yang bersih. Hidangan lauk-pauk kelihatan segar dan sangat menyelerakan.




Di kaki lima kedai, ada tempat bakar-bakar. Kalau nak rasa roti bakar atas arang atau sate panas-panas yang terus dihidang ke meja, sini lah tempatnya!



Kedai makan popular untuk sarapan dan makan tengahari. Banyak pilihan makanan Melayu. Yang bestnya, roti bakar arang yang unik gila.

Makcik makan terung berlado, ulam kobis dengan asam pedas ikan pari. Makcik sejenis yg tak pandai makan nasi dengan banyak lauk. Paling banyak lauk yg makcik ambik 3 atau 4 jenis je



Daus  makan nasi dengan lauk kobis goreng,tahu telur, asam pedas ikan, lupa dah ikan apa. 




Lauk pauk dia sedap, cukup rasa. 





Sedap dan murah. Laksa Johor, Mee kari  wajib try kat sini!


Tak sah kopitiam tanpa set ‘standard’ – Roti Bakar, Telur Separuh Masak, dan Kopi O. Dekat Kelab Kopi Lama, ‘Set Kopitiam’ dia siap ada goreng pisang,jemput-jemput ikan bilis sekali. Padu!

Roti Bakar Arang yang rangup kat luar, lembut gila dalamnya, memang sempurna bila dicelup dengan Telur Separuh Masak yang cair dan berlemak. Memang fav Daus!



Masa ni si Antu baru 6 tahun, tengah semangat gila nak belajar. Pantang jumpa kertas dengan pen,  dia nak  menulis. Hahaha!




Masa ni si Pecot baru 2 tahun, kiut gila! Kejap kacau sini, kejap kacau sana. 😂


Tengok muka sipecot tiber rindu sipecot, hampir 2 minggu dah tak jumpa dia. 







Restoran Kelab Kopi Lama

No comments: